≡ Menu

Pembelajaran Atas Talian Menggunakan Gajet Mungkin Mendedahkan Anak-Anak Kepada ‘Blue Light’. Bahaya Kepada Anak Anak

MATA adalah organ anugerah Pencipta yang sangat berharga. Justeru, kesihatan mata perlu diambil serius dan itu semua bagi memastikan kita dapat menikmati penglihatan yang baik dan berpanjangan.

Tidak kiralah berapa usia kita, penjagaan rapi perlu dititik beratkan. Apatah lagi warga emas, bayi dan kanak-kanak. Golongan inilah yang sangat sensitif.

Bercerita tentang mata, seorang pegawai perubatan, Dr Redza Zainol melalui bebenang Twitternya melontarkan pesanan berharga kepada ibu bapa di luar sana.

“Mak ayah tolong jangan leka bab jaga mata anak. Ini kerana merujuk kajian, saraf mata anak berisiko untuk rosak akibat terdedah pada cahaya biru (blue light) yang terhasil daripada skrin gajet jika digunakan lebih dari sejam sehari,” tulisnya.

Untuk pengetahuan pembaca, sinaran ultraviolet daripada matahari boleh ditapis oleh kornea dan kanta kristalin. Namun, cahaya biru tadi pula boleh menembus sehingga ke bahagian saraf mata. Memang menakutkan!

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Pegawai perubatan dalam bidang pediatrik itu kemudian berkongsi catatan American Academy of Pediatrics tentang limitasi penggunaan skrin gajet:

BACA:  5 Pantang Larang Tentang Mandi

i. Penggunaan skrin gajet untuk bayi di bawah umur 2 tahun tidak dibenarkan kecuali sesi pendek semasa membuat panggilan video bersama keluarga.

ii. Bagi kanak-kanak yang berumur 2 hingga 5 tahun pula, disarankan cuma sejam sahaja.

“Namun, tak semua mak ayah ikut pun nasihat ini. Ingat, apabila kita biar anak guna gajet tanpa kawalan, penglihatan anak boleh jadi kabur, sakit kepala, mata jadi kering dan boleh jadi rabun jauh,” beritahu Dr Redza.

Menerusi bebenang itu, pegawai perubatan itu turut mengemukakan amalan senaman mata bagi mengelak masalah penglihatan. Antaranya adalah:

i) Peraturan 20-20-20.

Caranya, untuk setiap 20 minit berhenti dan berehat melihat skrin tersebut. Kemudian minta anak kecil memandang tempat lain sejauh 6.1 meter (m) selama 20 saat. Mudahkan?

Walaupun mudah, ia dapat memberi manfaat besar untuk mata yang sihat kerana peraturan itu dapat membantu merehatkan mata dan mengelak daripada mata terlalu penat.

BACA:  Khasiat Garam Mengikut Amalan Rasulullah

ii) Fokus jauh dan dekat.

Caranya, letakkan ibu jari pada jarak 20 sentimeter (sm) dari mata dan pandang ibu jari selama 20 saat.
Selepas itu, pandang tempat yang 6.09m jauhnya selama 20 saat. Ulangi langkah tersebut beberapa kali.

Sehubungan itu, jika anda, ahli keluarga lain lebih-lebih lagi si cilik yang mempunyai simptom masalah mata, segeralah dapatkan nasihat pakar agar ia tidak melarat.

Awasi juga perilaku anak-anak kita. Jangan biarkan mereka berterusan melekat dengan telefon pintar mahupun komputer.

Tempoh masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini merupakan satu situasi yang agak sukar sebenarnya untuk mama dan papa mengawal anak-anak yang barangkali kebosanan. Namun, demi kebaikan, anda kena bertegas ya!

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.