≡ Menu

Pemberian Sampel Percuma Susu Formula Bayi. Ini Yang Kita Perlu Tahu

Bagi para ibu, mungkin ada antara anda yang pernah menerima pelbagai jenama sampel susu formula bayi percuma di pasaraya.

Amalan ini mungkin kelihatan normal dan tidak mendatangkan masalah, namun sebenarnya ia mempunyai kesan tertentu kepada gaya penyusuan anda suatu hari nanti.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kaitan antara sampel susu dengan amalan penyusuan susu ibu, mari baca penerangan oleh Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti di bawah.

Anda pernah terima sampel susu formula bayi?
Kenapa tidak boleh terima? Baguslah dapat susu percuma kan??”

Benda percuma sesiapapun mesti mahu.. Tetapi tahukah anda bahawa dengan menerima sampel susu formula ini, ianya boleh menjejas dan mengugat amalan Penyusuan Susu Ibu?

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

“Apa pula kaitannya…??”

Pemberian susu formula bayi secara percuma daripada pihak syarikat atau melalui profesional kesihatan merupakan salah satu cara pemasaran yang sering dilakukan oleh pihak syarikat susu formula untuk memperkenalkan produk mereka.

BACA:  Sunnah yg dilupakan. Sunat anak ketika bayi,8 kelebihan Ibubapa tak tahu.

Sekiranya bayi diberi pengenalan kepada susu formula melalui sampel yang diterima, ianya akan menganggu deria rasa bayi dan menyebabkan bayi lebih memilih susu formula yang lazimnya mempunyai rasa yang lebih manis dan berlemak berbanding susu ibu.

Oleh itu, bayi yang diberi susu formula terdedah kepada risiko penyakit pada jangka masa panjang seperti obesiti, kencing manis dan hipertensi.

Amalan penyusuan susu ibu akan terganggu kerana bayi akan cenderung memilih susu formula yang telah diperkenalkan dengan rasa lemak-lemak manis dan diberikan melalui botol susu yang kurang memerlukan tenaga penghisapan.

Perkara ini akan menyebabkan penghasilan susu ibu terganggu kerana kurang mendapat rangsangan hormon yang tercetus daripada hisapan bayi.
Sekiranya bayi diperkenalkan dengan susu formula, keputusan untuk menghentikannya dan kembali kepada penyusuan susu ibu adalah sukar. Oleh itu, elakkan daripada menerima sampel susu formula bayi dan teruskan amalan penyusuan susu ibu.

BACA:  Polis Lancar Operasi Gerakan Besar-Besaran Cari Acap Sabtu Ini

Tahukah anda
Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melaksanakan Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan bagi melindungi, mempromosi dan menyokong amalan penyusuan susu ibu sejak tahun 1979.

Di bawah Tata Etika ini, pihak syarikat susu formula bayi dan profesional serta anggota kesihatan (awam & swasta) TIDAK DIBENARKAN untuk memberikan sampel susu formula bayi kepada orang awam.

Pihak syarikat susu formula bayi dan profesional serta anggota kesihatan boleh dikenakan tindakan penalti sekiranya MELANGGAR Tata Etika ini.
Sekiranya anda diberikan sampel susu formula bayi secara percuma daripada mana-mana sumber, laporkan kepada Bahagian Pemakanan melalui emel tataetika.disiplin@gmail.com atau talian 03-8892 4476.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.