ٱلَّذِینَ إِن مَّكَّنَّـٰهُمۡ فِی ٱلۡأَرۡضِ أَقَامُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَوُا۟ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَمَرُوا۟ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَنَهَوۡا۟ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۗ وَلِلَّهِ عَـٰقِبَةُ ٱلۡأُمُورِ
“Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan” [Surah Al-Hajj 41]
#Sambungan perbahasan tentang acuan kepimpinan yang dikehendaki Allah swt.
#Perkara berikutnya dalam ayat 41, Surah al-Hajj, Allah swt menyebut berkaitan amar makruf (suruh yang baik) iaitu dakwah kepada solat dan mentaati Allah swt, mengajak kepada keharmonian, perpaduan, kesatuan dan kebersamaan melalui ucapan, tulisan dan amalan. Begitu juga dengan cegah kemungkaran. Perkara ini melibatkan bidang kuasa kerajaan dan rakyat juga boleh berperanan. Rasulullah saw bersabda:
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ، وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ
“Sesiapa di kalangan kamu melihat satu perkara mungkar, hendaklah dia mengubahnya dengan tangan. Jika tidak mampu, maka dengan lidahnya. Jika tidak mampu, maka dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman” (HR Muslim)
#Rakyat diajar untuk mencegah kemungkaran. Kita didik rakyat supaya bersama dengan kerajaan dalam menjalankan tugas ini. Jangan sesekali mengabaikan tuntutan amar makruf dan nahi mungkar ini kerana besar ancamannya daripada baginda saw.
#Sabda Nabi saw: “Demi Zat yang jiwaku di tanganNya, hendaknya kalian benar-benar melaksanakan amar makruf nahi munkar atau (jika kalian tidak melaksanakan hal itu) maka sungguh Allah akan mengirim kepada kalian seksaan, kemudian kalian berdoa kepadaNya, akan tetapi Allah tidak mengabulkan doa kalian” (HR Ahmad dan at-Tirmizi)
#Di akhir ayat, Allah swt menyebut:
وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُور
“Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan”
#Ini menunjukkan adanya muhasabah di sisi Allah swt. Kita meyakini bahawa pemerintah yang adil berada di bawah naungan Arasy Allah. Ia disebut sebagai golongan pertama dari 7 golongan dalam sebuah hadis yang mendapat naungan Allah iaitu pemimpin yang adil.
Pemerintahan yang mengikuti petunjuk Allah akan sentiasa berada atas landasan kebenaran dan sentiasa dipandu Allah ke arah kebaikan