≡ Menu

Penawar Batuk Berkahak. Insya’Allah Sembuh, Ikhtiarlah

Kebiasaannya, batuk berkahak mengambil masa berminggu untuk pulih, walaupun setelah penghidap mencuba pelbagai cara merawatnya. Ada yang sampai habis duit dengan membeli ubat, namun batuk berkahak masih tidak lega. Tapi jangan risau, ada satu perkongsian penawar kepada batuk berkahak ini hanya dengan menggunakan buah pear!

Jika anda perhatikan, orang Barat sering merebus atau mengukus buah pear ketika musim sejuk bukan? Disangkakan sebagai menu pemanis mulut, rupanya inilah yang menjadi ‘ubat’ di saat mereka mengalami masalah batuk. Boleh cuba!

BACA:  Sujud Dan Rukuk Sewaktu Dengan Imam. Sah Atau Tidak Solat?

PENAWAR BATUK BERKAHAK MENGGUNAKAN BUAH PEAR

Patutlahh ‘mat saleh’ atau orang Barat suka kukus atau rebus buah pear. Rupanya banyak manfaat dan petua ni boleh diamalkan oleh kanak-kanak hingga orang dewasa!

Bahan-bahan:

– 1 biji buah pear
– 2 helai kamchau (licorice kayu manis)

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Cara:

1. Potong bahagian atas buah pear.

2. Korek di tengah-tengah buah pear tersebut dan buat macam lubang (rujuk gambar)

3. Letak 2 helai kamchau ke dalam lubang buah pear tadi.

BACA:  Kufur Tanpa Kita Sedar. Nauzubillah. Hati-Hati Bertutur, Agar Kita Tidak Menyesal Di Akhirat Sana

4. Tutup atas buah pear tersebut.

5. Kukus selama sejam dengan api kecil.

*Selepas sejam, anda boleh minum air kukusan buah pear semasa masih hangat. Buah pear itu jangan buang pula kerana anda boleh makan macam biasa. Rasanya sedap dan manis. Bahkan, anak-anak kalau batuk pun akan request buat “ubat ni”. InsyaAllah, batuk & kahak cepat hilang & tak melarat. Boleh cuba yaa..

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.