≡ Menu

Penawar Dalam Kepahitan. Ini Khasiat Peria Yang Menakjubkan

KHASIAT PERIA / PERIA KATAK

Peria atau nama saintifiknya Momordica charantia cukup terkenal dengan rasanya yang begitu pahit namun kaya dengan khasiat.

Ia juga dikenali sebagai ‘bitter gourd’ atau ‘bitter melon’ kerana rasanya yang semakin pahit apabila semakin ranum. Sayur peria juga sering digunakan dalam masakan Melayu.

Antara spesis yang terkenal di Malaysia ialah peria katak, di mana saiznya lebih kecil dan comel.

Ramai antara kita yang pernah dengar petua mengamalkan jus peria kerana dikatakan dapat mengawal paras gula dalam darah. Sejauh manakah kebaikan peria untuk kesihatan ?

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Jom kita kenali manfaat peria dengan lebih dekat!

7 KHASIAT PERIA / PERIA KATAK UNTUK KESIHATAN

1. KAYA DENGAN VITAMIN C

Walaupun rasanya pahit, namun ia padat dengan kebaikan vitamin C.

94 gram peria mampu membekalkan sehingga 94% jumlah vitamin C yang diperlukan dalam sehari.

Diet tinggi vitamin C adalah penting bagi badan untuk melawan penyakit dengan menghapus pembentukan radikal bebas serta membantu untuk menyembuhkan luka dengan cepat.

2. DAPAT MENGAWAL PARAS GULA DALAM DARAH

Kita sering mendengar petua amalan peria untuk mengawal paras gula dalam darah.

Kajian yang telah dijalankan juga mendapati pengambilan peria dalam jangka masa panjang dapat menstabilkan paras gula dengan baik.

BACA:  Bahayanya Melihat Telefon Bimbit Dengan Postur Kepala Yang Salah

Para pengkaji berpendapat peria dapat membantu badan mengawal paras gula dengan menggalakkan penghasilan insulin.

Namun, seeloknya jus ini haruslah dibuat sendiri berbanding produk-produk jus peria di pasaran kerana dikhuatiri ia mengandungi gula tambahan atau bahan-bahan lain semasa proses pembuatannya.

3. DAPAT MENURUNKAN KADAR KOLESTEROL DALAM BADAN

Kadar kolesterol yang tinggi boleh menyebabkan pembentukan plak pada arteri. Jika tidak dicegah, ia boleh mengakibatkan penyakit seperti strok dan sakit jantung.

Hasil kajian yang dijalankan ke atas tikus mendapati ekstrak peria dapat mengurangkan paras kolesterol dan triglicerid dengan berkesan.

Walaupun kajian terperinci perlu dijalankan, ia menunjukkan potensi tinggi penggunaan peria bagi menurunkan paras kolesterol dalam darah.

4. MEMBANTU DALAM MENURUNKAN BERAT BADAN

Dengan kadar kalori yang cukup rendah dan kandungan serat yang tinggi, peria didapati sangat sesuai untuk diamalkan bagi yang ingin menurunkan berat badan.

Khasiat seratnya pula membantu dalam mengurangkan selera makan serta membuat seseorang rasa lebih kenyang.

Beberapa kajian juga mendapati peria dapat membantu dalam membakar lemak dan mengurangkan berat badan secara berkesan.

5. MELANCARKAN SISTEM PENGHADAMAN

Pengambilan peria secara konsisten dalam diet dapat memberikan kesan positif pada sistem penghadaman.

Ia juga baik untuk diamalkan bagi mencegah masalah ketidakhadaman seperti sembelit atau sakit perut, serta penyakit usus atau ‘Irritable Bowel Disease’ (IBS).

BACA:  Kemurungan Bukan Sahaja Masalah Mental, Ia Boleh Memberi Kesan Kepada Tubuh Badan

Di samping itu, khasiat antioksida yang terdapat dalam peria membantu melancarkan lagi penghadaman dengan meningkatkan penghasilan enzim pencernaan.

6. BAIK UNTUK KESIHATAN MATA DAN KULIT

Selain vitamin C, peria juga diperkaya dengan vitamin A.

94 gram sayur peria dapat membekalkan sehingga 44% jumlah vitamin A yang diperlukan dalam sehari.

Vitamin A adalah penting dalam penghasilan sel kulit baru serta melindungi kesihatan mata.

7. MENGURANGKAN SIMPTOM ASMA

Penyakit asma menyerang apabila laluan pernafasan menjadi sempit dan mengakibatkan kesukaran bernafas.

Oleh sebab itu, penghidap asma sering bergantung pada inhaler bagi memudahkan untuk bernafas.

Kajian mendapati peria mempunyai komponen aktif yang berfungsi untuk menenangkan otot pada ruang laluan udara bagi mengurangkan sistem asma.

WALAUPUN BANYAK KHASIAT PERIA, KENA JUGA BERHATI-HATI DENGAN KESAN SAMPINGANNYA

Di sebalik kebaikan peria untuk kesihatan, ia TIDAK BOLEH diambil dengan kuantiti banyak kerana boleh menyebabkan penyakit seperti sakit perut ringan, cirit-birit dan muntah.

Pesakit diabetes pula perlu berbincang terlebih dahulu dengan doktor sebelum mengamalkan peria dalam diet.

Ini bagi mengelakkan risiko hipoglycemia atau paras gula terlalu rendah jika peria dimakan bersama dengan ubat kencing manis.

Peria juga tidak digalakkan dalam diet ibu mengandung.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.