≡ Menu

Penawar Sakit Sendi – Ustaz Sharhan Shafie

Sakit sendi terjadi disebabkan oleh kecederaan pada ligament atau tendon yang menyelaputi sendi. Sakit sendi juga berlaku apabila terdapat radang pada sendi seperti arthritis, osteoarthritis dan gout.

Sakit sendi boleh dilegakan dengan mengamalkan gaya pemakanan yang sihat untuk sendi.

Selain daripada itu, orang yang selalu sakit sendi juga dinasihatkan untuk cuba kurangkan berat badan kerana sendi mudah tercedera akibat terpaksa menanggung badan yang lebih berat dari yang sepatutnya.

Namun untuk warga tua yang sekali jatuh terus sakit dan sapu ubat pun susah untuk surut, saya cadangkan untuk ambil supplement tambahan khas untuk sakit sendi.

Sebelum itu, mari saya kongsikan 5 makanan yang bagus untuk sakit sendi, khasnya untuk mengurangkan radang di bahagian sendi lutut dan sebagai anti-oksidan.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

5 MAKANAN UNTUK MERAWAT & MENGHILANGKAN SAKIT SENDI

BACA:  Doa Menghilangkan Was Was. Insya'Allah Kita Lebih Yakin

#1: SOYA
Soya kaya dengan isoflavine dan anti-radang.

Pastikan minuman atau makanan soya yang anda pilih adalah bebas bahan kimia. Contoh makanan berasaskan soya termasuk lah tempe dan kacang soya itu sendiri.

#2: BUAH – BUAHAN
Vitamin C merupakan sumber terbaik untuk anti-oksidan dan mengelak osteoarthritis. Contoh makanan Vitamin C termasuk lah buah mangga, betik, oren dan kiwi.

#3: IKAN
Minyak ikan mengandungi Omega yang melegakan sakit sendi dan kebas yang disebabkan oleh rheumatoid arthritis. Asid lemak omega-3 dalam ikan juga melindungi tulang rawan daripada haus.

#4: REMPAH & HERBA
Kunyit, jintan, kulit kayu manis dan bawang putih mempunyai bahan anti-radang yang membantu mengurangkan sakit sendi.

#5 : BUAH DAN TUMBUHAN YANG KAYA DENGAN POLYPHENOL
Polyphenol adalah sejenis bahan yang terdapat secara semulajadi di dalam buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan. Polyphenol juga adalah anti-oksidan dan anti-radang yang terdapat dalam tumbuhan seperti anggur, lobak ungu dan buah european elderberry.

BACA:  Sayangi Ibu Bapa, Titiplah Doa Ini Setiap Kali Selesai Mengerjakan Solat

Anti-oksidan dan anti-radang ini penting untuk membantu melegakan sakit sendi.

Antara buah yang mempunyai kandungan polyphenol yang paling tinggi adalah adalah anggur muscadine yang tumbuh melata di bahagian amerika selatan.

Anggur jenis ini tidak dijual di Malaysia kerana harganya. Saiz sebiji anggur muscadine juga lebih besar dari anggur-anggur biasa.

Ia dikatakan secara tradisi telah membantu ramai pesakit untuk sihat semula.

Sumber: diaryofmuhammad.com

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.