≡ Menu

Penemuan Terbaru, Covid-19 Memberi Kesan Buruk Terhadap Kesuburan Lelaki

Penemuan yang mengejutkan ditemui oleh pakar dan penyelidik perubatan, apabila mendapati coronavirus boleh menyebabkan masalah kemandulan terhadap orang lelaki yang dijangkiti pandemik ini.

Hal ini sangat di pandang serius oleh pakar perubatan, ini kerana virus berbahaya ini mampu menyerang sel sperma sehingga menyebabkan kemandulan berlaku.

Sel Sperma Berkurangan Hingga 50%

Menurut doktor Dan Aderka daripada Pusat Perubatan Sheba, Israel, membuat pemeriksaan keatas orang lelaki yang dijangkiti coronavirus dan mendapati virus ini telah memasuki sperma.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Menerusi hasil dapatan kajian, laporan menunjukan lebih kurang 50 peratus jumlah sel sperma berkurangan.

BACA:  Hukum Bagi Lelaki Memakai Gelang/Bangle. Jangan Pakai Kalau Sekadar Suka Suka

Perubahan Pada Sel Sperma

Pusat Perubatan Sheba telah menjalankan siasatan terhadap 12 pesakit dan menemui bahawa terdapat perubahan terhadap sel testis yang menyokong perkembangan dan menghasilkan hormon testosterone.

Sperma yang normal biasanya akan matang sekitar hari ke-70 hingga hari ke-75, tetapi apabila pemeriksaan dilakukan selepas sperma matang, para penyelidik mendapati sel sperma berkurangan.

Coronavirus Menyerang Dua Sel Dalam Buah Zakar

Menurut doktor Aderka, virus maut ini menyerang dan memusnahkan dua sel dalam buah zakar orang lelaki iaitu sel sertoli dan sel leydig.

Dalam jurnal “Coronavirus Affects Fertility: A Concern”, ada menyatakan bahawa coronavirus ini mampu merosakkan sel tisu dan protein yang berkaitan dengan penghasilan sperma.

BACA:  Surah ini Sangat Ditakuti Iblis Dan Bacalah Disetiap Rakaat Pertama Ketika Melakukan Solat…

Kerosakan yang dilakukan oleh virus ini mampu menjejaskan jumlah sperma, dan menyebabkan kebarangkalian yang tinggi untuk orang lelaki mengalami masalah kemandulan.

Penemuan ini memerlukan kajian yang berterusan dan pemeriksaan bagi melihat hasil keputusan dan dalam masa yang sama mencari penyelesai bagi mengekang masalah kemandulan yang bakal dihadapi oleh orang lelaki jika dijangkiti oleh wabak berbahaya ini.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.