Surah dalam Juzuk Amma kebanyakkan Surah Makiyyah – penekanan atas Aqidah
Pengajaran dari Surah Al Naziat
BAHAGIAN I
- Allah menceritakan kisah para Malaikat dan tugasnya. Malaikat ada pelbagai tugas, ada yang mencabut nyawa dengan perlahan, ada yang mencabut dengan kasar, ada yang menjalankan perintah Allah
- Sifat Malaikat sentiasa berlumba mengikut perintah Allah. Sifat Malaikat juga mengurus dengan baik
BAHAGIAN II
- Hidup ini adalah sementara dan semuanya akan berakhir dengan kematian untuk memulakan kehidupan sebenar yang hakiki iaitu AKHIRAT. Umar Abdul Aziz :- Hidup manusia tidak ada pengakhiran cuma ada proses pertukaran ( Peringkat 1 – Dari ada kepada tiada, seterusnya di dunia –} Barzakh } AKhirat (SYurga @ Neraka yang kekal Abadi) Betapa kehidupan di dunia hanyalah permulaan.
- Cerita tentang Hari Qiamat betapa hati manusia takut, pandangan tunduk.
BAHAGIAN III
- Cerita tentang Nabi Musa as berdakwah kepada Firaun.
- Manusia paling mulia ialah yang menyampaikan dakwah dan menyampaikan kebenaran
- Jadilah manusia yang baik di sisi Allah bukannya di sisi manusia. CUba untuk menyampaikan dakwah mengikut kemampuan (Pandai bercakap boleh berdakwah dgn lisan, atau memilih medium penulisan)
- Mesej dakwah Nabi Musa as ialah :- Menunjuk jalan kepada Firaun supaya kenal TUHAN , bukan kepada ku.
- Hasil dakwah yang paling baik ialah fatakhsha (Kamu paling takut kepada Allah)
- Manusia paling baik ialah manusia yang kenal Allah, dan kemuncaknya TAKUT kepada Allah ( Sepertimana Firman Allah : Sesungguhnya orang yang takut kepada Allah ialah orang yang berilmu). Saranan Nabi , berdoa dengan doa ini “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kedamu ILMU yang bermanfaat, rizki yang baik (halal) dan amal yang diterima”.
- Tiada manusia yang sombong dan melampau melainkan kesudahannya dibinaskan di dunia atau tidak dapat tidak di akhirat. Sehebat hebat FIraun yang berbangga dengan kusa dan mengaku Tuhan, Allah hanya membinasakan dengan air sahaja.
- Bila manusia zalim, Allah bagi peluang (masa) dengan tujuan memberi masa bertaubat atau proses istidraj supaya makin banyak melakukan dosa.
BAHAGIAN IV
- Allah ajak manusia sentiasa berfikir tentang KEBESARAN ALLAH melalui ciptaanNya (Ayat 27)
- Manusia lebih mulia daripada binatang ternak bila menggunakan akal berfikir untuk kenal dan tunduk kepada Allah.
- Manusia lebih mulia daripada binatang ternak bila menggunakan akal berfikir untuk kenal dan tunduk kepada Allah.
- Binatang ternak lebih mulia daripada manusia bila manusia tidak menggunakan akal berfikir untuk kenal dan tunduk kepada Allah.
BAHAGIAN V
- Semua amalan manusia kebanyakkan akan lupa tetapi akan datang suatu masa manusia akan ingat satu persatu dari A — Z yang kecil zahir dan tersembunyi, Dan ketika itu ingatannya tidak memberikan apa apa faedah. Pengajarannya, berfikir dari sekarang. Pastikan amalan kita ALLAH redha samada kecil atau besar. (Ayat 35-36)
- Punca manusia melebihkan dunia daripada akhirat adalah sebab sifat Tagha, sifat melampaui batas dan mengutamakan dunia berbanding akhirat (Ayat 37-38)
- Neraka Jahim ialah tempat tinggal kekal untuk orang yang melampau dan mengutamakan dunia (Ayat 39)
- Orang yang berjaya ialah orang yang takut dan berjaya mengawal nafsu supaya sentiasa rasa kebesaran ALLAH dan tunduk kepada ALLAH.
- Kesudahannya adalah SYURGA untuk orang yang berjaya kawal nafsu. Orang yang cerdik ialah yang susah sementara di dunia tetapo bahagia dan kekal di AKHIRAT.
- Dunia ni seronok macam mana pun bila pergi ke Akhirat, masa di dunia umpama seperti waktu dhuha atau waktu petang. Usia kita 60-70 tahun itu sesungguhnya hanya singkat sahaja berbanding waktu di Akhirat. (Ayat 46)
Masya Allah menarik kan pengajaran Surah Al Naziah
Semoga bermanfaat
Loading...