≡ Menu

Pengajaran Juzuk 5, Jauhi Perangai Munafik

Orang-orang munafik dan orang-orang yang lemah imannya, yang tidak ikut serta berhijrah bersama Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam ke Madinah, akhirnya dikerah oleh pembesar Makkah; Abu Jahal untuk bersama tentera Musyrikin Quraisy Makkah untuk memerangi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam di medan Badar.

Keadaan mereka menjadi begitu sebenarnya kerana iman mereka yang rapuh dan ragu-ragu dengan kemenangan yang dijanjikan oleh Allah dan Rasul-Nya, apabila mereka diperintahkan untuk berhijrah ke Madinah untuk membina kekuatan, tetapi mereka enggan untuk turut sama berhijrah.

Akhirnya mereka dipaksa untuk memerangi Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersama para muslimin Madinah di peperangan Badar dan akhirnya mereka terkorban sebagai orang-orang munafik.

BACA:  Kenali 41 NGO Pro-LGBT Yang Memfitnah JAKIM

Allah Subhanahu wa Ta`ala menurunkan ayat 97 Surah An-Nisa’ ini kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam untuk menjadi peringatan kepada muslimin yang lain:

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

إِنَّ ٱلَّذِينَ تَوَفَّىٰهُمُ ٱلۡمَلَٰٓئِكَةُ ظَالِمِيٓ أَنفُسِهِمۡ قَالُواْ فِيمَ كُنتُمۡۖ قَالُواْ كُنَّا مُسۡتَضۡعَفِينَ فِي ٱلۡأَرۡضِۚ قَالُوٓاْ أَلَمۡ تَكُنۡ أَرۡضُ ٱللَّهِ وَٰسِعَةٗ فَتُهَاجِرُواْ فِيهَاۚ فَأُوْلَٰٓئِكَ مَأۡوَىٰهُمۡ جَهَنَّمُۖ وَسَآءَتۡ مَصِيرًا (٩٧)

(Maksudnya): Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: “Apakah yang kamu telah lakukan mengenai agama kamu?” Mereka menjawab: “Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi (Makkah)”. Malaikat bertanya lagi: “Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?” Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. [Surah An-Nisāʾ: 97]

WAllahu’alam….

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.