≡ Menu

Penjelasan Berkenaan Isu Status Halal Ayam Sembelihan

Minggu ini pihak kami kembali dihujani dengan pertanyaan dan kemusykilan dari orang ramai berkaitan status halal ayam sembelihan yang berada di pasaran Malaysia.

Ianya berpunca daripada tular video yang menunjukkan ayam hidup dilemaskan di salah sebuah lokasi pasar basah di Rawang sebelum dijual kepada orang ramai dan video ayam sembelihan di pasaraya Tesco Melaka Sentral yang didakwa tidak disembelih mengikut hukum syarak.

Berdasarkan hasil laporan yang diterima, Pihak Penguatkuasa Halal, Jabatan Agama Islam Selangor telah melakukan operasi bersepadu di salah sebuah pasar basah di Rawang minggu ini dan mendapati ayam-ayam yang dilemaskan tersebut hanya dijual kepada pelanggan bukan Islam. Selain itu, pemilik premis berkenaan yang bukan beragama Islam turut meletakkan penandaan “non halal” bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pengguna Islam.

Manakala berkenaan isu video pertikaian status halal ayam sembelihan yang dijual di pasaraya Tesco Melaka Sentral, tular ini berpunca dari salah faham awam berkenaan kesan head puller terhadap ayam sembelihan yang menampakkan seolah-olah ayam tidak disembelih menurut hukum syarak.

Salah faham ini juga berlaku kerana kurangnya kefahaman berkenaan realiti pemprosesan ayam di pusat penyembelihan yang menggunakan pelbagai fasiliti moden. Sudah pasti pemprosesannya berbeza dengan pengeluaran berskala kecil.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Untuk makluman, penjelasan berkenaan head puller dan isu status halal ayam sembelihan ini pernah dibuat oleh JAKIM:-

▶bit.ly/HeadPuller
(Penjelasan berkenaan apa itu Head Puller)

▶http://bit.ly/2eJMRNc
(Penjelasan Berkenaan Tular Video Jualan Ayam di Tesco Setia Alam/Shah Alam Tidak Disembelih)

▶http://bit.ly/2wHAEgm
(Penjelasan Isu Jualan Ayam Sembelihan di Econsave Tidak Disembelih)

▶http://bit.ly/2x9Z4SG
(Penjelasan Berkenaan Isu Pasaraya Jual Ayam Tidak Disembelih)

Pihak pasaraya Tesco juga turut mengeluarkan kenyataan dan penjelasan berkenaan isu status halal ayam sembelihan yang dijual oleh pasaraya besar tersebut:-

BACA:  Amalan Sunat Bagi Yang Baru Menimang Cahaya Mata

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2064150463622850&id=191466347557947

Justeru, masyarakat dinasihatkan agar berhati-hati dalam menyebarkan sesuatu info halal yang tidak diketahui status kebenarannya dengan merujuk pihak berautoriti agar tidak terjebak ke dalam dosa fitnah dan salah faham sesama ummah.

Sebarang kemusykilan berkenaan isu-isu halal yang tular boleh ikuti penjelasan lanjut di FB Bahagian Hab Halal, JAKIM:-

http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

Untuk mengetahui status halal rumah sembelihan ayam yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia boleh layari direktori halal di www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar SmartHalal dan Verify Halal.

Harap maklum dan terima kasih.

Seksyen Komunikasi Korporat,
Bahagian Pengurusan Halal,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
14 Disember 2018 M
06 Rabiulakhir 1440 H

📧 pr_halal.islam@1govuc.gov.my
☎ 03-8892 5000/1

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.