≡ Menu

Pentingnya Menjadi Suri Teladan Yang Baik, Contohilah Rasulullah

Firman Allah SWT

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِيْ رَسُوْلِ اللّٰهِ اُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَنْ كَانَ يَرْجُوا اللّٰهَ وَالْيَوْمَ الْاٰخِرَ وَذَكَرَ اللّٰهَ كَثِيْرًاۗ ٢١

Sungguh, telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari Kiamat dan yang banyak mengingat Allah.” (QS. Al-Ahzab [33]: 21)

Pengajaran

1. Dalam ayat di atas menyatakan bahawa Rasulullah SAW adalah insan yang sepatutnya menjadi suri teladan manusia agar mendapat rahmat Allah dan peringatan agar memperbanyakkan zikrullah. Iman mesti disertai dengan pengharapan. Sekiranya hidup tidak mempunyai harapan, maka tidak ada ertinya hidup ini. Maka untuk memelihara iman dan harapan hendaklah banyak mengingati Allah. Sebab itu maka di hujung ayat ini dikatakan bahawa perbanyakkanlah untuk menyebut dan mengingati Allah.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

2. Allah SWT menjelaskan bahwa Nabi Muhammad SAW adalah uswah yang baik, yang memberikan contoh di dalam segala urusan. Rasulullah telah memberikan contoh kebaikan di dalam setiap sisi kehidupan manusia.

BACA:  Berkasih-Sayang Sesama Manusia, Contohilah Keperibadian Rasulullah S.A.W. Barulah Hidup Dalam Muhibah

3. Bagi tujuan menanamkan nilai kebaikan, tidak cukup hanya bercakap tetapi mesti ada contoh teladan untuk diikuti. Di samping Rasulullah, akhlak para sahabat seperti Khalifah Abu Bakar RA yang terkenal dengan ketinggian akhlak serta sifat pemurahnya, khalifah Umar RA yang sangat menonjol keadilannya serta sifat zuhud yang ada dirakam dalam sirah.

BACA:  Perlu Seimbang. Ini Cara Islam Untuk Menjaga Kesihatan Fizikal Dan Rohani.

4. Dengan kekuatan keteladanan kepimpinan Rasulullah SAW dan khalifah RA, mampu menjadi cerminan pada setiap generasi hingga hari kiamat.

5. Dalam mendidik anak-anak dan ahli keluarga dalam hal aqidah, ibadah dan akhlak maka ibubapa adalah contoh paling utama yang ada di hadapan mata anak-anak untuk diikuti.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.