Penyakit malas memang sudah sebati dalam diri manusia. Ia bukanlah sesuatu yang bersifat terlampau negatif, namun boleh menyebabkan diri sendiri dan orang sekeliling mendapat tempias yang kurang menyenangkan. Malas atau tidak produktif kadangkala disebabkan keletihan, depresi dan kurang minat untuk melakukan sesuatu tugasan.
Apa pun kalau berkaitan dengan kerja atau tanggungjawab hakiki, rasa malas bukan lagi boleh dijadikan alasan. Jika kerja itu perlu disiapkan, ya ia wajib kerana ada amanah dan sifat integriti. Jadi, apa pil penyembuh sementara untuk penyakit malas ini? Atau ada tak sesuatu gerak kerja yang membantu kita untuk sekurangnya bergerak biarpun tubuh ingin berbaring seharian?
Katanya ada tips dari orang Jepun untuk mengatasi masalah malas. Bolehlah kita cuba praktikkan dalam kehidupan kita.
Ikigai – mempunyai tujuan dalam hidup. Penyebab kamu bangun setiap pagi
Terdapat 4 peraturan dalam Ikigai iaitu;
- Lakukan apa yang kamu cintai
- Lakukan apa yang kamu bagus dalam sesuatu perkara
- Lakukan apa yang diperlukan oleh dunia
- Lakukan apa yang memberi keuntungan (upah) pada diri kamu
Kaizen – fokus pada peningkatan kecil. Sekurang-kurang 1% setiap hari
Kamu tidak perlu berjaya menyempurnakan tugasan dalam satu hari. Kata peribahasa Melayu, ‘sikit-sikit, lama-lama jadi bukit’. Betulkan? Daripada kamu tak buat langsung. Berdamai dengan apa yang kamu mampu pada hari itu.
Shosin – “If your mind is empty…it is open to everything. In the begginer’s mind there are many possibilities, but in the expert’s mind there are few.” Shunryu Suzuki.
Ia sebuah konsep dari agama Buddha Zen menggunakan pemahaman ‘minda kosong’ untuk membuat satu kerja. Pada pendapat kami, ia boleh digunakan supaya kita tidak mengharap terlalu tinggi atau besar pada tugasan itu. Lakukan sahaja seperti biasa, bebas fikiran dari bebanan harapan.
Hara Hachi Bu – berhenti makan jika sudah hampir rasa kenyang.
Konsep makan banyak penyebab rasa malas mungkin ada betulnya. Selepas makan ada diantara mudah rasa mengantuk dan lesu. Malah, sunnah Nabi Muhammad SAW juga makan ketika lapar dan berhenti makan sebelum rasa kenyang.
Shinrin-yoku – dalam bahasa Jepun ‘shirin’ bermaksud hutan dan ‘yoku’ iala mandi.
Ini refleksi kepada kembali kepada alam semulajadi. Apa yang boleh kami jelaskan ialah berhenti seketika dari jadual harian, ambil cuti dan pilihlah destinasi yang menenangkan seperti percutian yang menghayati alam semulajadi. Banyak yang kita boleh pelajari dari hidupan floral dan fauna.
Wabi-sabi – cari kecantikan dalam ketidaksempurnaan
Ya, mungkin kadangkala kita tertekan bila kerja yang disiapkan tidak sempurna atau tidak seperti hati harapkan. Sekali lagi kami ulang, berdamai dengan kebolehan kita. Cuba cari kecantikan dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan. Ulangi dan buat penambaikan.
Ganbaru – sabar dan lakukan mengikut kemampuan kamu
kami tak mahu ulang lagi! Ya, sabar dan lakukan sebaik mana kamu boleh. Rasa malas wujud bila kita melihat tugasan itu terlalu susah untuk disiapkan. Rilek, rilek sudahlah kan!
DIVA harap perkongsian ini dapat membantu kamu dan diri kami sendiri dalam menghadapi penyakit M yang kian berleluasa. Kongsikan artikel ini pada rakan-rakan kamu juga. Mana tahu ada mereka yang sangat memerlukan. Selamat beramal!