≡ Menu

“Penyembuh Bagi Penyakit Yang Ada Didalam Dada”. Rahsia Penawar Dalam Surah Yunus

TIADA siapa yang mahu dirinya jatuh sakit. Apabila kesihatan terjejas, maka rutin harian juga akan terkena tempiasnya.

Pasti banyak kerja yang akan tertangguh atau langsung tidak dapat dilakukan. Malah, ia juga mungkin menyukarkan untuk kita melakukan ibadah sunat yang biasa dilaksanakan.

Namun, jika sedang diuji dengan kesakitan, maka pergilah mendapatkan rawatan daripada mereka yang pakar. Pada masa sama, usah mengeluh dengan ujian itu. Sabar adalah sebaik-baik tindakan.

Siapa tahu, barangkali dengan kesakitan itu akan menyebabkan dosa-dosa kita terhapus. Wallahuaklam.

Pada zaman milenial ini, pelbagai jenis penyakit yang datang ‘menyerang’ masyarakat tanpa mengenal usia.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Antara penyakit yang biasa kita dengar ialah darah tinggi, kencing manis, jantung, batu karang, gout, strok, buah pinggang, barah, ketumbuhan, senggugut dan macam-macam lagi.

Begitupun, ketahuilah, tiada penyakit yang tiada penawarnya kecuali mati.

Dalam al-Quran terkandung penawar untuk semua penyakit.

Pakar perubatan Islam, Ustaz Datuk Sharhan Shafie menjelaskan, menerusi kalam ALLAH berkenaan, terselit amalan yang boleh menjadi penawar kepada penyakit.

“Sebenarnya Tuhan sebut secara spesifik dalam al-Quran penyakit yang ada dalam dada kita.

“Kepada mereka yang menghadapi penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, jantung, batu karang dan seumpamanya yang disahkan oleh pakar perubatan serta bukan daripada penyakit gangguan makhluk halus, ingatlah bahawa al-Quran ada untuk merawat mereka sebenarnya,”

Ujar beliau, terdapat satu ayat yang begitu hebat untuk kita amalkan. Insya-ALLAH ia akan jadi penawar untuk diri kita.

Beliau kemudian membacakan sepotong ayat yang diambil daripada ayat 57, Surah Yunus.

Ayat berkenaan berbunyi: وَشِفَاء لِّمَا فِي الصُّدُورِ (Wa syifaul lima fis sudur). Ia membawa maksud: Penyembuh bagi penyakit yang ada dalam dada.

BACA:  Jariah Seorang Ilmuwan Islam. Siapa Kata Jariah Hanya Melalui Harta

LETAKKAN tangan pada dada sambil membacakan potongan ayat 57 dalam Surah Yunus setiap kali selepas menunaikan solat.

“Ini kerana, dalam dada itu terdapat jantung dan pelbagai organ penting lain.

“Maka, bacalah potongan ayat itu setiap kali lepas solat dengan meletakkan tangan pada dada.

“Yakinlah kepada ALLAH dan usahlah mempercayai perkara-perkara khurafat,” nasihatnya.

Jom kita cuba lakukan amalan ini. Insya-ALLAH, penyakit yang dihidapi akan sembuh dengan izin-NYA.

Apa-apapun, segala nasihat doktor dan preskripsi ubat yang diambil jangan pula dibiarkan begitu sahaja. Biarlah kedua-duanya bergerak seiring dalam memberikan kesan yang baik.

Setelah berusaha untuk menerima rawatan, makan ubat dan mengamalkan bacaan potongan ayat al-Quran tadi, bertawakal dan berserahlah kepada ALLAH SWT.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.