≡ Menu

Percayalah, Janji Allah Adalah Janji Dunia Dan Akhirat

Wahai hamba-hamba Allah,

Bertaqwalah kamu kepada Allah (dengan mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya). Dan carilah bekalan, maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah bertaqwa kepada Allah. Maka sesungguhnya berjaya dan selamatlah mereka yang bertaqwa kepada Allah.

أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ.

وَلَمَّا رَأَى الْمُؤْمِنُونَ الْأَحْزَابَ قَالُوا هَٰذَا مَا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَصَدَقَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ ۚ وَمَا زَادَهُمْ إِلَّا إِيمَانًا وَتَسْلِيمًا (٢٢) مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ ۖ فَمِنْهُم مَّن قَضَىٰ نَحْبَهُ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ ۖ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيْلًا (٢٣)  [سورة الأحزاب : ٢٢-٢٣]

(Maksudnya): Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzab, berkatalah mereka: “Inilah yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kami dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya”. Dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah. Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Saudara muslimin yang dirahmati Allah,

Ayat ini mengisahkan peristiwa Ahzab yang berlaku pada bulan Syawal tahun yang ke lima Hijrah apabila kumpulan orang-orang Yahudi yang paling dimurka oleh Allah dan yang paling bermusuh dengan Islam, Rasul dan umatnya dalam keadaan mereka mengetahui kedatangan Nabi Muhammad SAW dalam kitab mereka dan mereka mengetahui benarnya Islam serta mereka melihat tanda-tanda yang ada pada jasad Nabi SAW, namun mereka menentang Islam. Bukan sahaja tidak masuk Islam yang menjadikan mereka yang sangat dimurkai oleh Allah [المغضوب عليهم]. Yang kita doakan supaya Allah jangan jadikan kita seperti mereka. Mereka yang tahu Islam, tetapi menentang Islam.

Mereka sanggup menubuhkan pasukan bersekutu, gabungan orang-orang Yahudi, kaum Arab Makkah dan lain-lain dalam satu pasukan yang sangat besar yang jumlahnya sepuluh ribu, lengkap dengan senjata di zaman itu bagi menyerang Madinah untuk menghapuskan Islam. Mereka datang untuk menyerang secara besar-besaran dalam keadaan bala tentera Islam sangat sedikit, jumlah orang Islam belum ramai lagi.

BACA:  Keladi Yang Berbahaya Jika Termakan Dek Budak-Budak. Berbahaya!

Lalu Nabi SAW bermesyuarat dengan para sahabat dan merancang dengan cara menggali parit di kawasan-kawasan yang dapat dilalui oleh musuh melalui cadangan Sulaiman Al-Farisi RA. Mereka datang dengan jumlah yang besar. Di kala itu umat Islam diuji oleh Allah dengan ujian yang sangat dahsyat. Firman Allah Ta’ala:

هُنَالِكَ ابْتُلِيَ الْمُؤْمِنُونَ وَزُلْزِلُوا زِلْزَالًا شَدِيدًا (١١) وَإِذْ يَقُولُ الْمُنَافِقُونَ وَالَّذِينَ فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ مَّا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ إِلَّا غُرُورًا (١٢) [سورة الأحزاب : ١١-١٢]

(Maksudnya): Pada saat itulah diuji orang-orang yang beriman, dan digoncangkan perasaan dan pendiriannya dengan goncangan yang amat dahsyat. Dan lagi masa itu ialah masa orang-orang munafik dan orang-orang yang tidak sihat dan tidak kuat iman dalam hatinya berkata: “Allah dan RasulNya tidak menjanjikan kepada kita melainkan perkara yang memperdayakan sahaja”.

Di saat umat Islam diuji oleh Allah SWT dengan ujian yang dahsyat ini, rupa-rupanya di sana umat Islam yang teguh iman mereka dan kuat keyakinan mereka akan Allah SWT, apabila melihat kedatangan tentera musuh yang ramai, mereka berkata: “Inilah janji Allah dan Allah menjanjikan kita akan diuji dan dicuba”.

أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ (٢) وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ ۖ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ (٣) [سورة العنکبوت : ٢-٣]

(Maksudnya): Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.

Di saat ujian yang dahsyat ini telah melahirkan orang yang benar-benar beriman yang sanggup menghadapi musuh yang lebih besar, dan Nabi Muhammad SAW memberi semangat kepada mereka bahawa Allah akan memberi kemenangan; bukan sahaja kemenangan mengalahkan bala tentera Ahzab, bahkan kemenangan menjatuhkan dua kuasa besar dunia Parsi dan Rom yang akan dikalahkan oleh Islam. Bukan sahaja tentera Ahzab yang besar itu, bahkan yang lebih besar lagi dapat dikalahkan oleh Islam.

BACA:  Hukum Mengambil Duit Secara Sembunyi Kerana Majikan Tidak Membayar Gaji.

Orang-orang Islam yang kuat imannya bekerja dengan penuh semangat serta percaya dengan janji Allah dan janji RasulNya adalah janji yang benar, janji dunia dan janji akhirat. Adapun orang-orang munafik didedahkan iman mereka yang bohong dan palsu, membohongi janji Allah janji RasulNya. Allah melakukan satu penapisan terhadap manusia untuk menguji mereka sebelum mereka dihadapkan di hadapan Allah SWT. Dalam dunia telah diuji dan selepas ini disaksikan bagaimana tentera Ahzab dikalahkan dengan pertolongan Allah SWT yang luar biasa. Mereka berpecah sesama mereka, lalu mereka berundur.

Allah memberi kemenangan yang besar kepada umat Islam dan Islam berkembang dengan lebih kuat, lebih gagah dan lebih perkasa serta sambutan terhadap Islam lebih hebat. Janji Rasulullah SAW Parsi dan Rom yang merupakan kuasa besar dunia dijatuhkan, walaupun tidak berlaku di zaman Nabi SAW, tetapi berlaku di zaman Khulafa’ur Rasyidin. Islam berjaya menumbangkan dua kuasa besar itu dan Islam menjadi kuasa besar yang tunggal.

Itulah janji Allah SWT dan janji Allah adalah benar. Cahaya Allah SWT tidak dapat dipadamkan bila-bila masa sahaja sebelum berlakunya kiamat.

Semua kisah yang berlaku di dalam Al-Quran adalah petunjuk Allah SWT yang berulang, tidak hanya berlaku di zaman Nabi SAW sahaja, tetapi juga berlaku di zaman kita dan zaman akan datang untuk menguji kita sejauh mana percaya akan kekuasaan Allah SWT dan benarnya agama Islam. Kita mesti percaya, janji Allah adalah benar, janji dunia dan janji akhirat.

أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ.

وَلَيَنصُرَنَّ اللَّهُ مَن يَنصُرُهُ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ (٤٠) [سورة الحج : ٤٠]

(Maksudnya): Sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya (agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بِالْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِالآيَاتِ وَالْحِكْمَةِ، أَقُولُ قَوْلِى هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.