≡ Menu

Perceraian Semakin Tinggi, Suami Perlu Memainkan Peranan

Pada zaman moden ini tanpa sedar tanggungjawab suami yang hakiki banyak dilupakan. Hal ini mungkin disebabkan, ramai isteri sekarang sudah berada sama tinggi dengan kedudukan suami dan lebih selesa berdikari sendiri.

Perkara ini tidak bagus kerana boleh meruntuhkan rumah tangga.

TANGGUNGJAWAB SUAMI SEMAKIN DILUPAKAN, INI SEBABNYA

Tahu tak, kesilapan besar lelaki sekarang adalah terlalu selesa membiarkan isterinya hidup berdikari dan menguruskan hidup seorang diri.

Itu bagus untuk mereka tapi tidak bagus untuk hubungan. Perempuan zaman sekarang mampu memandu sendiri ke mana hala yang dia ingin tuju, tanpa perlu bergantung pada suami.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Menguruskan anak-anak sendiri
Beli barang keperluan di pasar raya sendiri
Makan seorang diri di tengah orang ramai
Menguruskan emosinya sendiri
Menangis bawah shower
Berseronok makan kek depan tv sendiri
Kamu tidak langsung bertanya rutinnya kerana kamu fikir tak banyak beza pada rutinnya setiap hari. Sepertinya sudah masak dgn jadual hariannya.

BACA:  Taatlah Pada Perintah Allah, Jauhilah Segala LaranganNya

Sibuk memenuhi kekosongan jiwa di media sosial, smartphone application atau game. Sibuk dengan kerja sendiri dan kawan-kawan daripada mengambil tahu kekosongan pasangan sendiri.

Sama ada kewujudan kamu disedari atau tidak. Its same, sampai satu tahap dia akan fikir semua benda boleh buat sendiri so apa guna ada kamu lagi?

Call lah walau seminit atau mesej lah walau sepatah. Jadikan itu rutin walau di mana jua. Walau kesibukan mengejar kamu.
Walau masa mencemburui kamu.

Sekurangnya tanya dia, adakah hari ini kamu ok? Sihat ke tidak dia, tanya dia awak dah makan ke belum? Ada apa-apa masalah ke hari ini.

Benda yang kamu rasa remeh dan kecik untuk ditanya itulah yang sebenarnya mampu menyentuh hati dia, paling dalam. Sekurang-kurangnya dia masih rasa you are still there in her life .

BACA:  Tujuan Berkorban Yang Kita Wajib Tahu. Perbetulkan Niat Dan Persepsi.

Tapi percayalah bila hatinya telah tawar buat macam mana pun tetap akan tawar. Isteri amanah Allah untuk kamu zahir dan batin.

Jangan sampai isteri kamu akan mati rasa terhadap kamu. Mungkin nampak dia tak kisah tetapi dia memendam rasa yang teramat sangat.

Seandainya kamu meremehkan perasaan dan hati seorang isteri jawablah kamu dengan Allah di akhirat kelak. Jangan tanya mengapa rezeki kamu sempit kerana kamu sendiri menyempitkan ruang kasih sayang kamu pada seorang yang bergelar isteri.

Andai rasa sukar mahu membahagiakan orang lain, usahakan membahagiakan dirimu terlebih dahulu dan kamu akan bisa membahagiakan orang lain tanpa ada apa-apa masalah.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.