≡ Menu

Peristiwa Nabi Musa Dan Firaun Menjadi Iktibar Kepada Kita Tentang Isu Semasa Zaman Sekarang

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلۡقَاهِرِ فَوۡقَ عِبَادِهِ، وَالۡأَوَّلُ لَيۡسَ قَبۡلَهُ شَيۡءٍ، وَالۡأٓخِرُ لَيۡسَ بَعۡدَهُ شَيۡءٍ، وَالظَّاهِرُ لَيۡسَ فَوۡقَهُ شَيۡءٍ، وَالۡبَاطِنُ لَيۡسَ دُونَهُ شَيۡءٍ.

أَشْهَدُ أَن لَّا إِلَهَ إِلَّا ٱللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، الْبَدْرُ الدُّجَى وَالسِّرَاجُ الْمُنِيرِ.

اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى حَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَإِمَامِنَا وَقُدْوَتِنَا مُحَمَّدٍ، نَبِيِّ الرَّحْمَة وَشَفِيعِ الْأُمَّةِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ وَنَصَرَهُ وَوَلَاهُ.

أَمَّا بَعْدُ:

فَيَاعِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Wahai hamba-hamba Allah,

Bertaqwalah kamu kepada Allah (dengan mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya). Carilah bekalan, maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu adalah bertaqwa kepada Allah. Maka sesungguhnya berjaya dan selamat orang-orang yang bertaqwa kepada Allah.

Marilah kita mendengar firman Allah Ta’ala yang memberi semangat kepada umat Islam sehingga hari kiamat:

وَنُرِيدُ أَن نَّمُنَّ عَلَى الَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا فِي الْأَرْضِ وَنَجْعَلَهُمْ أَئِمَّةً وَنَجْعَلَهُمُ الْوَارِثِينَ (٥) [سورة القصص  : ٥]

(Maksudnya): Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (apa yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya).

Ayat ini menceritakan raja yang paling zalim dalam sejarah manusia yang mengaku dirinya menjadi tuhan iaitu Firaun yang berkata:

فَقَالَ أَنَا رَبُّكُمُ الْأَعْلَىٰ (٢٤) [سورة النازعات  : ٢٤]

(Maksudnya): (Seraya) berkata: “Akulah tuhanmu, yang paling tinggi”.

وَنَادَىٰ فِرْعَوْنُ فِي قَوْمِهِ قَالَ يَا قَوْمِ أَلَيْسَ لِي مُلْكُ مِصْرَ وَهَٰذِهِ الْأَنْهَارُ تَجْرِي مِن تَحْتِي ۖ أَفَلَا تُبْصِرُونَ (٥١) [سورة الزخرف  : ٥١]

(Maksudnya): Dan Firaun berseru kepada kaumnya, (seraya) berkata: “Wahai kaumku! Bukankah kerajaan negeri Mesir ini kepunyaanku, (bukankah) sungai-sungai ini mengalir di bawahku; maka apakah kamu tidak melihatnya?

Firaun yang mencabar ketuhanan Allah Subhanahu wa Ta’ala dan kekuasaannya dijatuhkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan cara yang menakjubkan. Allah Subhanahu wa Ta’ala melantik seorang rasul iaitu Nabi Musa ‘alaihis salam yang dibesarkan di dalam mahligai Firaun sendiri dan dipelihara oleh Firaun sendiri. Tidak diduga olehnya diatur oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala , tiba-tiba Musa yang dijadikan anak angkat itu menjatuhkan kerajaannya dan membinasakan bala tenteranya.

Keras dan zalimnya undang-undang untuk mengekalkan kerajaannya seperti menyembelih anak lelaki dan membenarkan anak perempuan sahaja untuk melumpuhkan kaum Bani Israil yang tinggal di Mesir meneguhkan kerajaannnya. Musa dilantik oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala menjadi rasul ditemani oleh saudaranya Harun datang ke Mesir dengan gagah berani bersama mukjizat pertolongan Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Allah Subhanahu wa Ta’ala menjadikan kejatuhan Firaun dengan perjuangan, bukan dengan percuma. Diperintah supaya mereka bersabar. Allah Subhanahu wa Ta’ala menjanjikan kemenangan. Musa ‘alaihis salam yakin dengan kemenangan itu. Bani Israil meminta Musa berdoa kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala:

وَقَالَ مُوسَىٰ رَبَّنَا إِنَّكَ آتَيْتَ فِرْعَوْنَ وَمَلَأَهُ زِينَةً وَأَمْوَالًا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا رَبَّنَا لِيُضِلُّوا عَن سَبِيلِكَ ۖ رَبَّنَا اطْمِسْ عَلَىٰ أَمْوَالِهِمْ وَاشْدُدْ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ فَلَا يُؤْمِنُوا حَتَّىٰ يَرَوُا الْعَذَابَ الْأَلِيمَ (٨٨) قَالَ قَدْ أُجِيبَت دَّعْوَتُكُمَا فَاسْتَقِيمَا وَلَا تَتَّبِعَانِّ سَبِيلَ الَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ (٨٩) [سورة يونس  : ٨٩-٨٨]

(Maksudnya): Dan Nabi Musa pula (merayu dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau telah memberikan kepada Firaun dan ketua-ketua kaumnya barang-barang perhiasan dan harta benda yang mewah dalam kehidupan dunia ini. Wahai Tuhan kami! (Kemewahan yang Engkau berikan kepada mereka) akibatnya menyesatkan mereka dari jalanMu (dengan sebab kekufuran mereka). Wahai Tuhan kami! Binasakanlah harta benda mereka dan materikanlah hati mereka (sehingga menjadi keras membatu), maka dengan itu mereka tidak akan dapat beriman sehingga mereka melihat azab yang tidak terperi sakitnya. Allah berfirman: “Sesungguhnya telah dikabulkan doa kamu berdua; oleh itu hendaklah kamu tetap (menjalankan perintahKu seterusnya), dan janganlah kamu menurut jalan orang-orang yang tidak mengetahui (peraturan janjiKu)”.

Syarat yang pertama adalah istiqamah (teguh di atas jalan yang betul) dan yang kedua; jangan ikut jalan orang-orang yang jahil (yang tidak tahu), yang tidak mahu berjuang, yang berputus asa dan menganggap kemenangan Islam itu adalah mustahil.

Nabi Musa ‘alaihis salam menunaikan syarat itu dengan penuh kesabaran dalam tempoh beberapa tahun yang panjang. Setelah mereka menerima syarat itu dan diterima oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala, Nabi Musa diperintah oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala supaya berhijrah meninggalkan Mesir dengan cara kerahsiaan. Mereka berhijrah beramai-ramai. Keesokannya diketahui oleh Firaun, lalu memburu mereka dengan berjuta bala tentera yang lengkap dengan segala kekuatannya. Mereka tersekat di tepi laut. Melihat debu yang menjulang ke langit yang menandakan ramainya bala tentera Firaun, mereka berkata sebagaimana firman Allah Ta’ala:

فَلَمَّا تَرَاءَى الْجَمْعَانِ قَالَ أَصْحَابُ مُوسَىٰ إِنَّا لَمُدْرَكُونَ (٦١) [سورة الشعراء  : ٦١]

(Maksudnya): Setelah kedua-dua kumpulan itu nampak satu sama lain, berkatalah orang-orang Nabi Musa: “Sesungguhnya kita akan dapat ditawan”.

Nabi Musa menjawab dengan beriman dan yakin kepada janji Allah Subhanahu wa Ta’ala:

قَالَ كَلَّا ۖ إِنَّ مَعِيَ رَبِّي سَيَهْدِينِ (٦٢) [سورة الشعراء  : ٦٢]

(Maksudnya): Nabi Musa menjawab: “Tidak! Jangan fikir (akan berlaku yang demikian)! Sesungguhnya aku sentiasa disertai oleh Tuhanku (dengan pemuliharaan dan pertolonganNya), Ia akan menunjuk jalan kepadaku”.

Lalu Allah Subhanahu wa Ta’ala memerintahkan Nabi Musa supaya memukul tongkatnya ke laut. Allah Subhanahu wa Ta’ala menjadikan air laut terangkat seperti bukit dan gunung ganang dengan lorong-lorong yang kering. Bani Israil diselamatkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala semuanya, manakala Firaun ditenggelamkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan mukjizat yang menandakan kekuasaan Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Peristiwa ini menjadi pengajaran kepada umat Nabi Muhammad Shallahu ‘alaihi wasallam yang menyambung perjuangan Islam untuk seluruh dunia, menghadapi keadaan pasang surut, rebah dan bangun, menang dan kalah. Kita menghadapi kehilangan kerajaan Islam dengan jatuhnya khilafah yang telah berlalu selama seratus tahun. Negeri-negeri Islam dijajah oleh musuh, dibahagikan oleh kuasa-kuasa penjajah sesama mereka. Ada negeri Islam ditakluk oleh British, dijajah oleh Perancis, dijajah oleh Belanda, dijajah oleh Komunis dan penjajah-penjajah yang lain. Bukan sahaja tanahairnya dipecah, bahkan umat Islam juga dipecah, ditekan dan ditindas. Islam mahu dihapuskannya, orang Islam ditangkap dan ditawan untuk menjadi hamba abdi serta dihantar ke seluruh pelusuk dunia. Hasil-hasil negeri Islam dirampas, dirompak dan disamun, serta dibelasah umat Islam habis-habisan. Melihat kepada cara yang dilakukan ini, habislah Islam. Allah Subhanahu wa Ta’ala berjanji:

BACA:  Sedeqah Bukan Sahaja Bagi Duit Atau Barang. Ini 11 Cara Lain Untuk Bersedeqah. Subhanallah

يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ (٨) [سورة الصّف  : ٨]

(Maksudnya): Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).

Rasulullah Shallahu ‘alaihi wasallam telah berjanji:

[لَيَبْلُغَنَّ هَذَا الْأَمْرُ مَا بَلَغَ اللَّيْلُ وَالنَّهَارُ. [رواه إمام أحمد

(Maksudnya): Sesungguhnya urusan agama ini akan sampai (ke seluruh pelusuk dunia) di mana sampainya siang dan malam.

Hari ini kita dapati orang Islam yang ditawan dan yang dihalau diletakkan di seluruh pelusuk dunia menyebarkan agama Islam dan diterima oleh penduduk-penduduk tempatan. Kita melihat kelemahan agama-agama yang lain daripada Islam. Gereja-gereja dan rumah-rumah ibadat dikosongkan. Kita melihat kehancuran kuasa besar Komunis di abad yang lalu dan kini kita melihat kuasa besar Liberal Kapistalisme sedang merudum.

Kita menyaksikan kisah Firaun dan Nabi Musa berulang. Anak-anak orang Islam yang ditawan, raja-raja Islam yang ditawan dididik dan diasuh di bawah mereka diajar dengan maksiat, minum arak, berzina dan sebagainya, diajar dengan fahaman-fahaman yang sesat untuk kembali ke tanahair mereka bagi merosakkan umat Islam. Kita dapati generasi baharu yang dibawa oleh penjajah ini kembali kepada Islam dan mempertahankan Islam dan menegakkan Islam.

Perubahan berlaku di seluruh dunia bermula dengan negeri tabir besi negeri Komunis yang dianggap tabir besi di mana orang-orang Islam dikurung di dalam tabir besi, tidak boleh bergerak. Apa yang berlaku kejatuhan Komunis dan orang-orang Islam negara Komunis bangkit semula, belajar agama, belajar Islam, dan Islam berkembang. Kita menyaksikan Islam berkembang di negara Eropah. Di negeri Islam pula muncul kumpulan Islam yang berjuang untuk menegakkan Islam. Kita melihat pelbagai usaha dilakukan untuk menyekat kemenangan Islam dengan apa cara sahaja, sama ada menggunakan tentera, menggunakan kekayaan dan menggunakan media untuk menipu. Segala-galanya untuk menghalang cahaya Islam untuk dipadamkan. Kita menyaksikan semua usaha itu gagal.

Percayalah akan tiba masanya Islam akan kembali dan bangkit semula. Sabda Nabi Shallahu ‘alaihi wasallam:

[بَدَأَ الْإِسْلَامُ غَرِيبًا وَسَيَعُودُ غَرِيبًا فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ. [رواه ابن ماجه

(Maksudnya): Islam bermula dalam keadaan dagang dan akan kembali semula (di akhir zaman) menjadi dagang, maka berjaya dan mencapai kemenangan bagi orang-orang yang dagang.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بِالْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِالآيَاتِ وَالْحِكْمَةِ، أَقُولُ قَوْلِى هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.