≡ Menu

“Perlu Kita Uji Sendiri Sebulan Sekali,” Lelaki Ini Kongsikan Pentingnya Untuk Periksa Peranti ELCB Di Rumah


Kita telah dikejutkan dengan pemergian Allahyarham Eddy Wan Othman atau lebih dikenali sebagai Eddy Malmsteen dan kakaknya pada 22 Ogos lalu.

Kedua-dua mereka telah disahkan meninggal dunia akibat terkena renjatan alat pemanas air.

Justeru daripada itu, seorang pengguna Facebook bernama Akmal Zaki ada berkongsikan tentang peranti ELCB (Earth Leakage Circuit Breaker / Pemutus Litar Bocor Kebumi) yang berfungsi untuk memutuskan bekalan elektrik jika ada berlaku kebocoran arus pada alatan elektrik.

Mungkin ramai daripada kita yang terlepas pandang berkenaan perkara ini. Bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku kepada kita, ikuti perkongsian berkenaan perkara ini seperti berikut:

Assalamualaikum w.b.t semua. Hari ni kita dikejutkan dengan berita pemergian seorang rakan dalam industri muzik iaitu Allahyarham Eddy Wan Othman, dan dikhabarkan kematian Allahyarham disebabkan terkena renjatan elektrik pemanas Air. Mati itu pasti, bila dan bagaimana hanya Allah je yang tahu dan punca kematian adalah Asbab. Salam takziah pada keluarga arwah, semoga Arwah ditempatkan digolongan orang beriman. Al-Fatihah.

Di sini saya ingin kongsikan, maybe ada yang dah tau, mungkin belum, mungkin terlupa atau mungkin amik ringan. Perkongsian ini adalah umum untuk semua, pengetahuan umum yang perlu diambil tahu.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Gambar di bawah ni adalah KOTAK FIUS AGIHAN (DB), semua rumah mesti ada kotak ni, di dalam kotak ini mempunyai beberapa peranti yang penting dalam sistem pengaliran eletrik rumah kita, antaranya yang biasa kita gunakan adalah Main Switch, ELCB & MCB yang masing-masing ada fungsi keselamatan yang tersendiri.

Peranti ELCB
Yang ingin saya tekankan disini adalah peranti ELCB (Earth Leakage Circuit Breaker / Pemutus Litar Bocor Kebumi). Dalam kotak fius agihan, fungsi ELCB, ELCB akan memutuskan bekalan elektrik jika ada berlaku kebocoran arus pada alatan elektrik yang kita gunakan dalam rumah kita, maksudnya jika wayar api bocor pada alatan tersebut, automatik peranti ELCB akan putuskan bekalan, arus yang bocor terus akan dibawa ke bumi dengan sistem pembumian, secara langsung boleh menyelamatkan alatan elektrik berkenaan dan juga menyelamatkan seseorang yang memegang alat berkenaan.

Pastikan semua alatan elektrik anda disambung dengan wayar bumi (wayar hijau) dengan sempurna. Wayar bumi akan membawa arus bocor terus ke bumi.

Push monthly
Peranti ELCB tersebut perlu kita uji sendiri sebulan sekali, dengan menekan butang ‘T’ atau ‘Test Trip’ dan di peranti ELCB tu sendiri ada tertulis ‘PUSH MONTHLY‘, Jika di tekan tetapi tidak trip, bermakna rumah kita dalam keadaan bahaya dan peranti ELCB tersebut wajib di tukar oleh orang yang kompeten.

Lepas korang baca ni, korang cubalah test tekan ‘test trip’ ELCB kat DB rumah masing-masing, kalau tak trip, cepat-cepat la tukar.

Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat dan peringatan pada semua, jangan main-main dan jangan memandai-mandai dengan elektrik, sebab elektrik tu dia ada tapi kita tak nampak.

Semoga kita sentiasa dilindungi oleh-Nya
Amin ya Rabbal A’lamin.

Sumber: Amal Combination

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.