≡ Menu

Pernah Tertanya Tak Mengapa Madu Tualang Itu Mahal Harganya? Ini Sebabnya!

Apakah khasiat madu tualang pada kesihatan? Artikel ini akan membincangkan beberapa khasiat madu tualang, kandungan nutrisi dan kompaun sihat di dalamnya

Pengenalan

Madu ialah salah satu sumber makanan yang dikatakan mempunyai 1001 khasiat sehingga disebut dalam kitab Al-Quran tentang kebaikannya. Madu dihasilkan oleh sekumpulan lebah di dalam sarang mereka. Antara madu yang berkualiti tinggi ialah madu tualang iaitu madu yang dihasilkan oleh lebah tualang atau nama saintifiknya Apis dorsata.

Lebah spesies ini banyak berkoloni di Kawasan Asia Tenggara sehingga ke selatan India. Sarangnya bersifat terbuka dan dibina jauh dari tanah, kebiasaannya diatas pokok yang tinggi. Di Malaysia, madu tualang ini dikutip oleh pengumpul madu di kawasan sekitar hutan tropika.

Apa yang membuatkan madu tualang dikatakan berkhasiat? Madu tualang mengandungi beberapa kandungan yang sangat diperlukan pada tubuh badan dan dapat meningkatkan kesihatan secara keseluruhan. Antara kandungan tersebut adalah:

1. Mineral

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Mineral yang terkandung dalam petai adalah seperti kalium, zink, kalsium dan banyak lagi. Jika dilihat pada kandungan nutrisi petai, ternyata sumber-sumber mineral ini agak tinggi terutamanya kalium dan kalsium.

Kalium adalah mineral yang penting dalam penjagaan jantung dan kesihatan kardiovaskular. Ia juga bertindak sebagai komponen anti-hypertensi, iaitu merendah dan mengawal tekanan darah serta mengawal pergerakan otot. Kalsium berfungsi dalam penjagaan kesihatan dan meningkatkan ketumpatan tulang untuk menampung pergerakan badan.

2. Kompaun bioaktif

Kompoun bioaktif selalunya berada pada tumbuhan. Menurut kajian, kompaun bioaktif ini berperanan sebagai anti-hipertensi, antioksida, anti-kanser dan banyak lagi. Pendek kata, ia mampu memberi impak positif pada penjagaan kesihatan secara menyeluruh. Antara kompaun bioaktif yang terdapat pada madu tualang ialah asid fenolik terdiri daripada asid benzoik, hyacinthin, catechin, kaempferol, naringenin dan luteolin.

Khasiat Madu Tualang

Memandangkan madu tualang mengandungi beberapa komponen penting pada kesihatan, ia sekali gus memberi khasiat dan impak positif pada keseluruhan tubuh badan. Antara khasiat madu tualang yang dapat dirungkaikan adalah:

1. Aktiviti antimikrobial

BACA:  Doa Sebelum Naik Kapal Terbang

Kajian menunjukkan sifat antimikrobial pada madu tualang dapat menghalang pertumbuhan beberapa bakteria bergram negative seperti Staphylococcus aureus, Streptococcus agalactiae, Streptococcus anginosus, dan Eschericia coli.

Memandangkan madu tualang dapat menghalang pertumbuhan bakteria, maka ia efektif untuk mengurangkan risiko jangkitan penyakit. Sebagai contoh, Staphylococcus aureus mudah menjangkiti individu melalui sentuhan dan titisan air di udara yang boleh mengakibatkan pneumonia serta keradangan tulang (osteomyeolitis).

2. Aktiviti antioksida

Kandungan phenolic dan flavonoids dalam madu tualang adalah yang tertinggi berbanding madu-madu lain di Malaysia. Phenolic dan flavonoids adalah sumber antioksida yang baik untuk melawan radikal bebas yang berpunca daripada pencemaran, cahaya matahari dan bahan kimia Aktiviti antioksida ini dapat melindungi sel dan tubuh badan daripada kerosakan.

3. Membantu dalam penyembuhan luka

Banyak kajian telah dilakukan untuk mengkaji keberkesanan madu tualang terhadap penyembuhan luka. Keberkesanannya terbukti pada luka separa tebal dan tebal. Menurut kajian ini, madu tualang menunjukkan kesan baik sama seperti ‘dressing’ luka yang digunakan dalam perawatan di pusat perubatan untuk kesan terbakar iaitu dari segi keluasan luka dan tempoh masa penyembuhan.

Ia juga melambatkan infeksi bakteria dalam luka terutamanya bagi pesakit kencing manis.

4. Baik untuk penjagaan kesuburan

Tidak banyak lagi kajian madu tualang terhadap manusia untuk membuktikan keberkesanannya terhadap kesuburan. Tetapi, dalam beberapa kajian yang telah dijalankan, madu tualang dikatakan dapat meningkatkan kuantiti sperma dan meningkatkan beberapa hormone wanita.

5. Mengawal paras gula darah

Rasa madu tualang yang manis dan ia juga dikategorikan sebagai gula, pastinya akan memberi impak negatif pada kawalan gula darah bagi pesakit kencing manis. Walau bagaimanapun, sesetengah madu mempunyai kebaikan dalam penjagaan diabetik.

Madu tinggi dengan fruktosa berbanding sukrosa, maka ia sedikit sebanyak tidak terlalu cepat meningkatkan paras glukosa darah. Walaupun ia dikatakan mempunyai kesan positif, pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan kerintangan insulin.

6. Menurunkan paras kolesterol dan lemak

Kolesterol dihasilkan sebanyak 70% dalam badan kita dan selebihnya ia datang daripada sumber makanan. Umum mengetahui, kolesterol terbahagi kepada dua iaitu LDL (kolesterol jahat) dan HDL (kolesterol baik).

BACA:  Cara Berniaga Sudah Berubah. Namun, Teladanilah Rasulullah Dalam Perniagaan

Madu tualang dikatakan dapat menurunkan paras LDL dan juga trigliserida iaitu lemak ringkas yang merupakan salah satu faktor yang penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok.

Artikel BerkaitanPunca Kolesterol tinggi dan Rawatan

7. Bertindak sebagai anti-radang

Madu tualang merupakan alternatif rawatan yang telah digunakan sejak zama dahulu kala. Memandangkan kesan perawatannya terbukti dalam menyembuhkan luka, ia juga mempunyai manfaat dari segi mengurangkan keradangan.

Madu tualang ini juga dikatakan dapat melindungi daripada sinaran UV yang dapat mendorong kepada keradangan dan kerosakan DNA pada sel badan.

8. Anti-kanser

Madu tualang yang kaya dengan bahan antioksida seperti vitamin dan kompaun bioaktif berpotensi untuk memelihara kesihatan sel dan bertindak untuk menghalang pembentukan sel tidak normal seperti kanser.

Menurut kajian, kandungan flavonoids iaitu salah satu bahan antioksida dalam madu tualang mempunyai fungsi yang paling utama dalam mengurangkan risiko tumor dan pembiakan sel abnormal kanser.

9. Penjagaan kecantikan kulit

Memandangkan madu tualang mengandungi kompaun biokatif seperti flavanoid, ini menjadikan madu tualang sebagai salah satu buah yang kaya dengan bahan antioksida yang menjadi factor pelindung kepada sel dan tisu kulit.

Bahan antioksida ini juga bertanggungjawab dalam membantu pengekalan kolagen yang menjadi penyokong struktur kulit. Lebih banyak kolagen, lebih baik struktur kulit kita ini sekali gus dapat melambatkan penuaan dan menjadi kulit nampak lebih licin serta berseri.

10. Mengawal tekanan darah

Madu tualang juga berfungsi dalam penjagaan kesihatan jantung kerana ia dapat mengawal tekanan darah. Kandungan mineral seperti kalium yang tinggi dapat mempunyai fungsi dalam pengawalan tekanan darah dengan melancarkan perjalanan darah, membantu relaksasi otot dan merendahkan kesan sodium. Memandangkan kandungan sodium dalam madu tualang amat rendah, maka kesan antihipertensi lebih ketara.

Madu adalah sumber makanan yang terbukti dengan pelbagai manfaat terhadap kesihatan. Ia juga merupakan sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W untuk penjagaan kesihatan. Walau bagaimanapun, makanlah secara sederhana. Pemakanan yang berlebihan termasuklah madu juga mampu memberi mudarat jika diambil berlebihan.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.