Bila kembung perut, kamu rasa satu badan serba tak kena. Sakit mencucuk di perut sampaikan boleh muntah, pening kepala dan nak pengsan.
Kembung perut adalah reaksi angin dalam perut. Ia terjadi apabila badan bertindak mengeluarkan angin berlebihan yang terhasil daripada minuman dan menelan makanan bersama air liur.
Kembung perut adalah masalah biasa yang boleh terjadi kepada semua peringkat umur. Dan macam-macam keadaan berlaku ketika kembung perut, adakalanya memalukan, paling teruk sampai tak boleh bangun dan bergerak.
Macam-macam cara untuk mencegah kembung perut. Salah satu paling ideal dan sihat adalah mengambil secawan teh pudina.
Cubalah Secawan Teh Pudina Panas
Menurut Portal Myhealth, minyak pudina mengandungi menthol, yang mempunyai antispasmodic. Kamu akan dapati rasa panas secawan teh pudina akan memberikan penyembuhan daripada gas dan kesakitan berpunca dari gas. Dalam hal lain, pudina boleh menyebabkan pedih ulu hati dan tindak balas asid.
Kebaikan Sains Pada Secawan Teh Pudina
Minum teh pudina dapat membantu kita dalam pelbagai cara. Dari memberi kita ketenangan dari tekanan mental dan bau mulut hingga meningkatkan sistem imun, malah penurunan berat badan.
Secawan teh pudina panas dapat membantu anda. Menurut Pakar Nutrisi Dr. Simran Saini dari Fortis Hospital,
“Teh pudina membantu dalam menurunkan berat badan, mengurangkan pedih ulu hati, kulit wajah glowing, mendorong tidur dan memberikan rasa kenyang, seterusnya membantu kamu menurunkan berat badan.
Hampir tidak ada kesan sampingan, teh pudina boleh diminum bila-bila masa kamu mahu.
Bebas Tekanan
Untuk menghilangkan tekanan dan kegelisahan, teh pudina adalah remedi yang baik. Ramuan herba ini dikenali sebagai ubat penenang otot dan bersifat antispasmodic, membantu kamu berehat di tengah tekanan mental yang berterusan.
Meningkatkan Sistem Imun
Pudina mempunyai sifat antibakteria yang membantu melawan penyakit dan seterusnya meningkatkan sistem imuniti. Potassium, vitamin B dan pelbagai antioksidan membantu tubuh berfungsi dengan cara yang sihat.
Sleep-Friendly
Sekiranya anda seorang yang mengalami masalah insomnia, amalkan teh pudina. Untuk tidur yang nyenyak dan lena, minum teh pudina bebas kafein yang juga berfungsi sebagai penenang otot dan membantu kamu tidur dengan lena.
Melawan Nafas Berbau
Sebilangan besar penyebar mulut mempunyai pudina di dalamnya. Minyak aktif yang terdapat dalam teh mendorong nafas segar. Sifat antibakteria membantu menghilangkan plak yang mungkin menyebabkan bau busuk.
Meningkatkan Pencernaan
Minyak aktif dalam pudina bertanggungjawab untuk sifat antiseptik dan antibakteria yang menjadikan pudina pilihan yang baik untuk membaik pulih sistem pencernaan. Sifat adaptogenik dapat membantu mengimbangkan badan dengan apa cara yang diperlukan.
Menurunkan Berat Badan
Sekiranya anda ingin turun beberapa kilogram, cuba teh pudina. Secawan teh pudina dapat membuat kamu merasa kenyang untuk jangka masa yang lebih lama, sehingga kamu tidak merasa lapar sepanjang hari. Dengan cara ini kamu akan mengelakkan penambahan kalori tambahan, serta berlakunya penurunan berat badan.
Memandangkan teh pudina bebas kafein, kamu boleh meminumnya pada bila-bila masa sepanjang hari. Nikmatinya selepas makan untuk membantu pencernaan, pada waktu petang untuk meningkatkan tenaga atau sebelum tidur untuk membantu kamu berehat.
Selamat Beramal!