Ramai yang tahu pesakit kencing manis atau diabetes mempunyai kesukaran dan tidak boleh makan sesuka hati. Tak kiralah makanan atau makanan, jika tersalah makan memang buruk padahnya!
Kali ini kami nak kongsikan dengan kamu apakah kudap-kudap yang sesuai untuk pesakit diabetes makan. Scroll sampai habis okay?
Pir
Buah pir mengandungi sumber serat yang berfungsi untuk melambatkan penyerapan gula dalam darah dan menstabilkan kadar gula dalam darah selepas makan.
Jadi makan sebiji buah pir untuk kawal gula dalam darah tetapi pastikan kamu ambil sebelum makan ye.
Epal
Mengandungi 28g karbohidrat dan 5g serat, buah epal mengandungi indeks glisemik rendah yang tidak mempengaruhi kadar gula dalam darah.
Nak jadikan buah epal lebih best bila makan, potong epal dan tambah sedikit serbuk kayu manis atau mentega kacang. Bukan sahaja sedap, cara ini boleh tingkatkan pengambilan protein dan lemak sihat kamu.
Anggur
Bagus pada pesakit diabetes kerana mengandungi serat yang tinggi. Info untuk kamu, anggur merah mengandungi antioksidan dan polifenol di mana ia dapat kurangkan tekanan oksidatif dan lindungi badan dari komplikasi kesihatan.
Kekacang
Sesuai untuk semua orang termasuklah pesakit diabetes, kekacang mempunyai kepelbagaian seperti karbohidrat, kalori dan gula.
Kalau nak buat sendiri di rumah, kamu boleh campurkan kekacang seperti almond, pecan, mete, biji labu dan biji bunga matahari. Memang sedap!
Greek Yogurt
Makan sebanyak 200g setiap hari, greek yogurt dapat membantu mengawal selera makan dan craving. Pada masa yang sama, greek yogurt juga kaya tinggi dengan Vitamin D dan probiotik yang meningkatkan kawalan gula pada diabetes jenis 2.
Aiskrim pisang
Tak semua aiskrim boleh dimakan, tapi kalau teringin kamu boleh makan aiskrim pisang sahaja. Aiskrim pisang pun bukan sembarang aiskrim ye.
Maksud aiskrim pisang di sini adalah bekukan pisang selama 2-3 jam dan kisar pisang itu sebelum simpan dalam peti sejuk.
Dark chocolate
Rasa tak lengkap hidup kalau tak makan coklat. Bagi pesakit diabetes yang craving akan coklat, kamu perlu makan dark chocolate sahaja okay?
Dark chocolate sangat bagus kerana kandungan karbohidrat, gula dan kalori adalah rendah berbanding coklat biasa. Pilih dark chocolate yang mengandungi 70% koko dan makan sebanyak 28g sehari.
Bagi pesakit diabetes, kamu perlu tahu tak semua makanan boleh dimakan termasuklah kudap-kudap. Selamat beramal!