≡ Menu

Pesanan Untuk Nur Sajat – Ustaz Azhar Idrus

“SEBAIK melihat video itu, saya berdoa supaya Allah SWT melembutkan hatinya dan semoga Nur Sajat kembali semula ke pangkal jalan. Saya tahu video berkenaan ditujukan khas buat saya.

“Mungkin dia rasa tercabar dan tercalar kerana hanya dia mengetahui siapa dirinya yang sebenar dan nasihat saya jangan hidup dalam penuh penipuan,” kata Jefferi Mohd Nor, 52.

Jefferi yang dulunya seorang pondan dikenali sebagai Kak Qis kini kembali kepada fitrah menjadi lelaki.

Dia sebelum ini melakukan pembedahan plastik dan menyuntik silikon di bahagian payudara, hidung, mata, lesung pipit, tulang pipi dan bibir demi mengejar kehidupan sebagai seorang wanita.

Video pengakuan Jefferi tular di laman sosial sebelum ini yang meminta maaf kepada semua pihak terutama pelanggan produknya sambil menceritakan sisi gelap sebagai seorang pondan dan menunjukkan silikon yang sudah dikeluarkan.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Jefferi berkata, walaupun Nur Sajat tidak menyebut namanya namun apa yang dikatakan semua mempunyai kaitan dengan dirinya lebih-lebih lagi gelaran sebagai guru dan membaca surah al-Fatihah di awal video.

“Siapa yang melihat video saya sebelum ini pasti dapat mengagak apa yang dikatakan Nur Sajat ditujukan untuk saya, namun saya tidak mahu melatah dan sudah bersedia dengan setiap kemungkinan sebaik membuat keputusan untuk berhijrah.

BACA:  Orang Yang Kuat Adalah Orang Yang Memberi Kemaafan. Subhanallah

“Inilah yang akan saya hadapi iaitu menerima kecaman daripada pondan lain yang mungkin tidak suka melihat penghijrahan saya,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, dia tidak marah dan ambil hati apa yang dilemparkan Nur Sajat terhadap dirinya terutamanya tuduhan orang tua nyanyuk dan sengaja mahu meraih simpati untuk melariskan produk.

“Produk saya sudah terkenal sebelum penghijrahan saya, jadi saya tidak memerlukan sebarang promosi murahan sebegitu.

“Tujuan saya membuat pengakuan melalui video sekadar mahu meminta maaf kepada pelanggan, sahabat, dan keluarga yang lebih mengenali saya sebagai Kak Qis sebelum ini. Jika kita berdosa dengan Allah boleh meminta keampunan kepadaNya tetapi saya tidak mahu berdosa dengan manusia, itulah antara penyebab saya membuat video berkenaan,” katanya.

Katanya, nasihatnya kepada Nur Sajat semoga kembali ke pangkal jalan sebelum kematian menjemputnya.

Sementara itu, Nur Sajat, 32, menafikan video itu ditujukan kepada Cikgu Jefferi seperti yang didakwa pengguna laman sosial.

BACA:  Prank Mendedahkan Pisau Cukur. Apakah Pandangan Syarak? Baca Penjelasan Ini

“Memang dalam video itu saya menyebut perkataan cikgu, tetapi ia bukan ditujukan kepada dia. Saya bercakap secara umum. Bukan apa banyak juga rakan saya yang berubah dan insaf, namun tidak pula mereka menjaja cerita kepada umum.

“Sebaiknya itu lebih baik daripada terus bercerita. Perkara itu akhirnya memberikan persepsi lain dalam kalangan masyarakat. Kalau betul sudah berubah, baguslah. Jangan pula menggunakan kesempatan itu untuk kepentingan peribadi iaitu untuk dikenali dan menjual produk. Kasihan kepada orang lain yang turut berniaga,” katanya.

Sajat berkata, sekiranya Cikgu Jefferi terasa dengan apa diperkatakan, dia juga terasa dengan video yang pernah dimuat naik Cikgu Jefferi sebelum ini yang turut menyindir dirinya.

“Sepatutnya kalau betul Cikgu Jefferi tak puas hati dengan saya, dia boleh datang berjumpa terus atau mesej di laman Instagram. Dia tidak perlu menyindir saya.

“Dia tidak perlu mencanang dalam video berkenaan keburukan saya atau sesiapa pun. Lebih bagus jika saling mendoakan yang terbaik,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.