≡ Menu

Pesta Arak dan Bala – Ustaz Syakir Nasoha

Pesta arak yang boleh menjerumus kepada perzinaan dan mencemar kehormatan di sisi semua agama tiada mempunyai kaitan dengan poligami dalam Islam yang mempunyai peraturan dan kewajipan sebagai suami isteri.

Mufti negeri, Prof. Mayda Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin justeru menegaskan supaya setiap orang muslim beretika dalam memberi pandangan berhubung sesuatu perkara yang jelas mengenai hukum-hakam.

Beliau berkata, arak adalah buruk di sisi semua manusia yang waras dan telah menjadi masalah terhadap masyarakat termasuk di negara maju sekali pun.

BACA:  Doa Tetamu Buat Tuan Rumah

Kata beliau, jika seseorang tidak bersetuju dengan pesta arak, namun ia bukan bermakna individu tersebut menolak hiburan.

“Betapa ramai golongan beragama yang turut berhibur dan bernyanyi dengan cara santun, bernasyid dan berselawat dengan kadar kesopanan sebagai manusia waras.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

“Bukan muslim hendak minum arak adalah hak mereka tetapi penganjuran pesta (arak) boleh memberikan kesan negatif kepada masyarakat awam,” katanya dalam laman sosial Facebook miliknya hari ini.

BACA:  Kenapa Orang Dulu Dulu Memasak, Tambah Daun Kucai? Ini Khasiatnya

Beliau dipercayai mengulas kenyataan Datuk Zaid Ibrahim semalam yang disyaki mengaitkan satu pesta bir besar-besaran yang dijadualkan berlangsung di sebuah pusat beli-belah di Sri Hartamas pada 6 hingga 7 Oktober ini dengan poligami. – UTUSAN ONLINE

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.