Sering kali cacar air meninggalkan bekas luka pada kulit. Keadaan ini boleh jadi sangat mengjengkelkan kerana ianya sangat mengganggu penampilan dan menjadi punca kurang keyakinan dalam diri.Tambahan pula, jika bekas cacar tersebut muncul di kawasan muka. Seperti jerawat, bekas cacar air termasuk jenis bekas luka atrofi. Bekas luka ini terbentuk akibat dari kerosakan kolagen kulit ketika berlakunya peradangan. Bekas luka jenis ini akan membuat kulit menjadi cemgkung dan nampak tidak rata atau berlekuk. Selain peradangan, bekas cacar air boleh juga berlaku disebabkan oleh menggaru.
Maka dari itu, siapa saja yang mengalami cacar air tidak disarankan untuk menggaru kulit untuk meminimalkan terbentuknya bekas luka. Tapi untungnya, jika bekas cacar air sudah terlanjur muncul, bersedialah dengan beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkannya. Berikut cara menghilngkan bekas cacar air secara semula jadi dan dengan ubat-ubatan yang boleh dicuba.
1. Lidah buaya
Berbagai rawatan yang boleh dilakukan di rumah dapat membantu mengurangkan atau menghilangkan bekas cacar air. Berdasarkan Health Line, lidah buaya adalah agen penyembuhan yang luar biasa, terutama jika berakitan dengan kulit.
Lidah buaya salah satunya difahamkan memiliki sebatian aloin dan acid salisilat yang dapat menghilangkan bekas luka yang menghitamkan secara semula jadi. Berikut cara menghilangkan bekas cacar air dengan lidah buaya:
Ambil gel dari daun lidah buaya
Sapukan gel terus pada bekas cacar anda dengan gerakan memutar
Setelah setengah jam, bersihkan gel dengan air sejuk segar
Lakukan dua kali setiap hari.
2. Madu
Madu dapat digunakan untuk menghilangkan bekas luka kerana zat antibiotik yang terkandung didalamnya boleh membantu penyembuhan luka secara semula jadi. Madu memberi banyak manfaat terutamanya untuk menghilangkan bekas luka atrofi, seperti bekas jerawat dan bekas cacar.
Berikut cara menghilangkan bekas cacar air dengan madu:
- Sebelum tidur, tutupi bekas luka anda dengan madu
- Bungkus bekas luka yang tertutup madu dengan kain pembalut
- Biarkan sepanjang malam
- Di waktu pagi, tanggalkan balutan dan bersihkan madu dengan air suam
Jadikan ini sebahagian dari rutin anda setiap malam
3. Minyak kelapa
Minyak kelapa juga termasuk bahan semula jadi yang dapat dimanfaatkan sebagai ubat untuk menghilangkan bekas luka di kulit. Kandungan vitamin E dalam minyak kelapa dapat mempercepatkan proses penyembuhan dan mencegah munculnya bekas luka baru. Berikut cara menghilangkan bekas cacar air dengan minyak kelapa:
Panaskan beberapa sudu makan minyak kelapa atau secukupnya untuk dicairkan
Sapukan minyak dan urutkan pada bekas luka lebih kurang 10 menit
Biarkan kulit menyerap minyak selama satu jam
Ulang dua hingga empat kali setiap hari
4. Bahan semula jadi lainnya
Terdapat beberapa bahan semula jadi lainnya yang dipercayai boleh digunakan orang untuk mengurangkan bekas cacar air.
Dipetik dari Medical News Today, beberapa bahan semula jadi yang mungkin boleh dipakai untuk menghilangkan bekas cacar air hanya dengan teknik sapuan, antaranya ialah:
- Oats
- Cacao butter atau lemak kakao
- Minyak argan
- Minyak zaitun
- Minyak jojoba
- Shea butter
- Sari lemon
- Baking soda atau soda kue
Perlu diperhatikan, bahan-bahan ini mungkin berguna untuk menjaga kesihatan kulit atau menyokong perawatan bekas luka, tetapi hanya ada sedikit penelitian yang memastikan keberkesannya dalam memudarkan bekas cacar air. Jadi, jangan ragu untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan berbagai bahan semula jadi tersebut untuk menghilangkan bekas cacar air.
5. Krim vitamin E
Sebuah tinjauan kajian yang diterbitkan oleh Aesthetic Surgery Journal pada 2016 tentang vitamin E sebagai perawatan bekas luka telah mencatatkan hasil yang pelbagai . Sementara beberapa penelitian menunjukkan bahawa vitamin E dapat menyebabkan pemulihan yang signifikan pada tampilan bekas luka, penelitian lainnya belum dilaporkan manfaat apa pun. Beberapa penelitian juga menemukan bahawa vitamin E menyebabkan kesan sampingan tambahan seperti ruam dan gatal-gatal. Untuk itu, seseorang yang ingin mencuba menggunakan krim vitamin E akan lebih baik mendapatkan nasihat terlebih dahulu dengan pakar kulit.
6. Rosehip oil
Sebuah penelitian yang diterbitkan oleh Journal of Cosmetics, Dermatological Sciences and Applications pada 2015 menemukan bahawa penggunaan rosehip oil jenama tertentu setiap hari pada bekas luka selama 12 minggu dapat memperbaiki penampilan mereka, mengurangkan kemerahan dan perubahan tona kulit.
Namun, penelitiannya agak kecil. Jadi penelitian lebih lanjut diperlukan untuk menentukan adakah ini merupakan perawatan yang efektif untuk menghilangkan bekas cacar air. Perlu diperhatikan, sesiapa saja harus mencairkan minyak esensial apa pun dalam minyak lain sebelum menyapukan pada kulit untuk menghindari reaksi yang merugikan.
7. Lakukan penggelupasan
kulit Eksfoliasi adalah proses penggelupasan sel kulit mati dan tua. Mengelupaskan bekas luka dapat membantu menghilangkan beberapa jaringan yang kasar atau berubah warna dan memperlihatkan tisu yang lebih muda di bawahnya.
Eksfoliasi dapat dilakukan dengan bahan kimia atau secara mekanikal. Eksfoliant mekanikal termasuk scrub wajah, batu apung, dan loofah yang semuanya memiliki tekstur kasar yang dapat mengikis sel kulit mati. Eksfoliasi kimia termasuk losyen, salap dan sabun mandi yang mengandungi bahan kimia yang menarik sel-sel kulit tua untuk memperlihatkan kulit yang lebih muda.
8. Krim penghilang bekas luka
Beberapa krim dan salap penghilang bekas luka yang dijuaal bebas di pasaran (dikenalo sebagai ubat OTC) dapat membantu menghilangkan bekas cacar air. Seseorang perlu mencari bahan khusus dalam krim, seperti retinol dan acid glikolat yang umum dalam produk penghilang bekas jerawat. Sebuah penelitian kecil menemukan bahawa perawatan dengan bahan-bahan ini menyebabkan penyembuhan yang signifikan pada bekas jerawat lebih dari 90 peratus peserta. Bahan-bahan ini juga dapat membantu untuk bekas luka cacar yang sama dengan bekas jerawat.
9. Sapukan gel silikon
Gel silikon adalah krim yang disapukan pada seseorang yang mempunyai bekas luka setiap hari selama jangka waktu tertentu, biasanya selama 6 bulan. Gel dapat membantu melembabkan tisu-tisu parut dan menyebabkan bekas luka memudar. Namun ingat, sebelum menggunakan gel silikon, akan lebih baik jika mendapatkan nasihat pakar terlebih dahulu.