
Mungkin ada yang beranggapan bahawa penyakit darah tinggi adalah sejenis penyakit yang hanya akan dihidapi oleh golongan yang sudah berumur.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), anggapan itu sebenarnya adalah tidak benar.
Ini kerana, golongan muda juga turut mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidapi penyakit ini.
Menurut ciapan daripada akaun Twitter rasmi KKM, antara faktor yang membolehkan golongan muda menghidapi penyakit darah tinggi ini adalah kerana perubahan gaya hidup seperti kerap mengambil makanan segera dan kurang bersenam.
Justeru daripada itu, KKM ada berkongsikan tentang petua untuk mengawal tekanan darah. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, rujuk infografik seperti berikut:

Petua Kawal Tekanan Darah
- Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.
- Berhenti atau tidak merokok/e-rokok
- Kurangkan pengambilan garam kepada 1 paras sudu teh sehari
- Hadkan atau elakkan pengambilan minuman beralkohol
- Mengurangkan tekanan atau stres
- Dapatkan tidur yang berkualiti
- Amalkan pemakanan sihat #SUKUSUKUSEPARUH
- Mengurangkan berat badan
