≡ Menu

Petua Menyembelih Binatang Amalan Almarhum Tuan Guru Hj Hashim

MUDIR PONDOK PASIR TUMBOH DAN TOK2 GURU TUKANG SEMBELIH

1. Supaya daging tidak berlemak;

a) Ada wudhu’ ketika sembelih binatang.

b) Mata pisau disapu terlebih dahulu dengan minyak yang ada dibahagian hidung kita.

c) Hulu pisau dibungkus dengan kertas atau sebagainya.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

d) Mata pisau dikilir atau digerakkan dengan belakang tapak tangan.

2. Supaya daging binatang menjadi lembut;

a. Mata pisau diletak dekat butir halkum binatang

b. Kedudukan seluruh badan kita jangan berbetulan dengan mata pisau

BACA:  Surah Yang Mampu Membuatkan Rezeki Anda Mengalir Deras. Bacalah Selama 40 Hari Dan 40 Kali Berturut. Didiklah Anak Untuk Mengamalkannya

c. Tahan nafas sewaktu hendak sembelih dan semasa sembelih maka nafas dilepas secara perlahan-lahan.

3. Bacaan ketika mahu sembelih binatang supaya daging tidak berbau busuk;

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الحَمْدُاللّهُمَّ هَذَا هَذَا مِنْكَ وَإِلَيْكَ فَتَقَبَّلْ مِنَّا كَمَا تَقَبَّلْتَهُ مِنْ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ خَلِيْلِكَ وَمِنْ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبِيْدِكَ وَرَسُوْلِكَ اللّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ رِضَاكَ وَالجَنَّة
َ
4. Selesai sembelih binatang maka sapukan hujung mata pisau kepada pipi binatang tadi supaya lalat tidak datang menghurungi daging.

5. Supaya mencukup atau memadai daging bagi setiap jamuan;

BACA:  Inilah Doa Pembuka Rezeki dari Arah yang Tak Pernah Disangka

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ ِلإِيْلاَفِ قُرَيْشٍ إِيلاَفِهِمْ رِحْلَةَ الشِّتَاءِ وَالصَّيْفِ

Hembus dan sapu kepada badan binatang bermula bahu hingga punggungnya.

6. Jangan basuh tangan dan mata pisau sehingga binatang sembelihan benar-benar telah mati.

# Sebaiknya tukang sembelih tidak menjadi tukang yang memandikan mayat kerana biasanya boleh membawa kepada daging menjadi keras.

P/s : Jangan lupa pula adab2 dan syarat2 penyembelihan yang telah ditetapkan oleh syara’..

Wallahualam…

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.