≡ Menu

Petua Natural Untuk Melegakan Sakit Tekak. Hanya Gunakan Bahan Di Dapur!

Sakit tekak adalah satu simptom yang biasa kita alami. Terutamanya, dalam keadaan panas terik dan kurang minum air kosong. Sakit tekak merangkumi rasa sakit , kekeringan, atau kegatalan pada bahagian tekak.

Setiap individu pasti pernah mengalami sakit tekak bila menelan atau tengkak bengkak. Kesakitan pada tekak sebenarnya antara sebab paling lazam mengapa individu mengunjungi klinik!

Tapi jika anda mengalami tekak bengkak atau sakit tekak bila menelan, namun tidak mahu berjumpa doktor, di sini kami senaraikan 8 penawar yang boleh meringankan kesakitan anda.

Apa itu tekak bengkak dan apa simptom yang berbahaya?
Tekak merujuk kepada bahagian anterior (hadapan) pada struktur leher. Ia mengandungi beberapa struktur asas yang membentuk sistem pernafasan seperti larinks dan farinks.

Walau bagaimanapun, ciri penting pada saluran ini adalah struktur yang dipanggil sebagai epiglotis. Ia merupakan injap yang bertanggungjawab menghalang pergerakan makanan dan minuman daripada memasuki saluran pernafasan.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Tanpanya atau jika ia tidak berfungsi dengan baik, manusia mudah mendapat pneumonia sedutan (aspiration pneumonia).

Sakit tekak atau tengkak bengkak merujuk kepada keradangan pada tekak kesan daripada jangkitan kuman. Ia tergolong dalam kelas jangkitan saluran pernafasan atas (upper respiratory tract infection).

Kebiasaannya, individu akan mengalami simptom-simptom yang lain seperti demam, batuk, selesema dan pening kepala.

Adakah antibiotik diperlukan jika tekak bengkak atau sakit tekak bila menelan?
Penggunaan antibiotik merupakan topik hangat kini, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan simptom yang sering dipandang enteng, seperti sakit tekak.

Antibiotik cuma berkesan apabila digunakan terhadap bakteria. Ia tidak akan memberi apa-apa tindak balas terhadap virus, memandangkan ia tidak mempunyai struktur penting yang menjadi asas kepada fungsi antibiotik tersebut.

Kira-kira 90% kes sakit tekak disebabkan oleh virus. Namun, apakah yang akan terjadi jika kita tidak mengambil antibiotik apabila tekak bengkak kita disebabkan oleh jangkitan bakteria?

Walaupun kurang 10% bakteria dikaitkan dengan sakit tekak, kesannya masih boleh membawa komplikasi kronik yang teruk. Sebagai contoh, bakteria streptokokal yang sering menyebabkan sakit tekak ketika menelan. Jika tidak dirawat dengan baik, ia boleh menyebabkan komplikasi demam reumatik.

Kajian yang dijalankan pada tahun 1987 mendapati mereka yang dijangkiti bakteria akan baik 16 jam lebih awal daripada mereka yang dijangkiti virus dengan bantuan rawatan antibiotik.

Namun, mereka yang dijangkiti virus akan sembuh sepenuhnya dalam tempoh masa 1 minggu sama ada mereka dirawat ataupun tidak.

BACA:  Daun Lidah Jin Merawat Diebetes dan Batu Karang?

Sakit tekak bila menelan

Walaupun anda sudah berjumpa dengan doktor atau sudah mengambil ubat untuk sakit tekak, tapi tekak anda masih sakit?

Jangan risau, di sini kami senaraikan 8 penawar semula jadi yang boleh membantu andamelegakan tekak bengkak itu.

Madu
Menurut kajian, madu berpotensi bertindak sebagai pemulih luka yang berkesan. Paul IM telah menerajui sekumpulan pengkaji untuk mencari jenis rawatan yang efektif bagi menangani masalah batuk malam.

Hasil kajian mendedahkan, madu lebih berkesan dalam merawat tengkak bengkak berbanding ubat batuk (dextromethorphan). Ia juga mengurangkan kekerapan batuk pesakit.

Air garam
Tujuan utama berkumur air garam adalah untuk membunuh bakteria yang telah menjangkiti tekak. Ia berkesan dalam melegakan tekak bengkak dan dalam masa yang sama melancarkan aliran lendiran di dalam tekak.

Kajian yang dijalankan pada tahun 2005 mendapati, mereka yang berkumur dengan air setiap hari selama 2 bulan mempunyai kadar jangkitan salur pernafasan atas yang rendah berbanding dengan mereka yang tidak berkumur.

Teh Kamomil (Chamomile tea)
Kamomil merupakan salah satu herba tertua di dalam dunia perubatan tradisional. Ia sering digunakan bagi mengubati penyakit seperti keradangan, spasme otot, masalah berkaitan haid, insomnia, ulser dan masalah gastrousus.

Pada tahun 2011, kamomil (terutamanya the kamomil ataupun wap kamomil) dibuktikan mampu merawat sakit selesema, termasuklah tekak bengkak.

Herba ini juga dapat membantu memperkuatkan sistem imuniti badan bagi melawan jangkitan mikroorganisma.

Pudina
Jika anda suka mengunyah gula-gula getah, anda pasti tahu makanan tersebut mengandungi peppermint, kan? Ia diperbuat daripada mentol yang memberi rasa kesejukan dalam mulut.

Mentol mempunyai keupayaan untuk mencairkan kahak dan melegakan sakit tekak. Ia bertindak sebagai agen antiradang, antibakteria dan antiviral; memberikan ruang kepada tekak untuk beransur pulih dengan kadar yang segera.

Fenugreek atau Halba
Halba mempunyai sifat antiradang dan boleh digunakan untuk merawat penyakit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria serta kulat.

Kajian yang dijalankan pada tahun 2018 mendapati halba mengandungi bahan bioaktif yang berpotensi untuk merawat penyakit kencing manis, masalah kesuburan, kolesterol tinggi dan jangkitan mikroorganisma.

Akar manis (Licorice root)
tekak bengkak

Akar manis telah digunakan sebagai penawar bagi sakit tekak sejak dulu lagi. Apabila bahan kumur yang diperbuat daripada akar manis diberikan kepada pesakit 5 minit sebelum diberikan ubat bius, ia dapat mengurangkan insiden terjadinya fenomena sakit tekak selepas tempoh pembedahan (postoperative sore throat).

BACA:  Dua Kali Diserbu Pegawai Pencegah Maksiat, Gaya Macam Nak Pecah Pintu Punya Rempuh!

Namun, akar manis ini tidak sepatutnya diambil pada kuantiti yang banyak untuk jangka masa yang panjang.

Menurut laman web, National Center for Complementary and Integrative Health, mereka yang berbuat demikian berisiko untuk mendapat hipertensi dan masalah tahap potassium rendah, seterusnya menyebabkan masalah jantung dan otot.

Jika anda ingin mengambilnya untuk tujuan merawat sakit tekak, ambillah pada jumlah yang sedikit dan berhenti setelah anda sembuh.

Cuka epal sider
Banyak kajian telah membuktikan keberkesanan cuka epal sider untuk melawan jangkitan bakteria. Ini sedikit sebanyak disebabkan oleh sifat bahan tersebut yang berasid.

Ia mampu untuk mencairkan kahak dan menghalang bakteria daripada terus membiak.

Bawang putih
Baunya mungkin tidak menyenangkan, namun khasiatnya dapat melindungi badan dari jangkitan bakteria. Bau busuk bawang putih datang dari satu kompaun yang dipanggil sebagai organosulfur.

Ia mempunyai sifat antibakteria semula jadi menjadikan ia satu agen yang sangat bernilai dalam menghindarkan diri daripada jangkitan bakteria.

Kajian pada tahun 2001 membuktikan penggunaan suplemen yang ada ekstrak bawang putih dapat melindungi diri daripada penyakit selesema.

Penawar semula jadi yang disenaraikan ini sepatutnya dijadikan sebagai suplemen dan bukan rawatan utama individu. Jika anda disahkan ada jangkitan bakteria dan diberi antibiotik, sila habiskan ubat antibiotik tersebut mengikut arahan doktor.

Acetaminophen (paracetamol) juga merupakan ubat yang efektif dalam merawat sakit tekak.

Bagaimana jika anak saya yang sakit tekak?
Orang dewasa boleh mencuba pelbagai jenis herba yang terbukti berkesan untuk merawat sakit tekak, namun bagaimana pula dengan kanak-kanak?

Sebenarnya, penting buat anda untuk membawa anak berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan lanjut. Namun terdapat beberapa tip yang anda masih boleh guna untuk mengurangkan kesakitan yang dialami si manja.

Pasangkan pelembab udara dalam bilik anak
Galakkan anak anda untuk minum air kosong secukupnya. Hindari minuman sejuk, minuman berjus atau aiskrim
Jika anak berusia kurang 1 tahun, jangan beri madu padanya! Ini kerana madu mengandungi spora daripada bakteria Clostridium botulinum yang boleh menyebabkan keracunan makanan.
Beri lozeng yang boleh merawat sakit tekak. Akan tetapi, kanak-kanak bawah 5 tahun tidak patut diberikan lozeng yang boleh merawat sakit tekak kerana risiko tercekik.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.

x