≡ Menu

Petua Orang Dulu-Dulu, Kalau Berkhatan, Makan Ikan Haruan. Rupanya Inilah Sebabnya

 

Anda semua mesti pernah dengar atau terbaca mengenai pati ikan haruan yang dikatakan hanya membawa kesan buruk kepada pengguna, terutamanya bagi wanita yang bersalin pembedahan atau yang sedang berpantang.

Dikatakan bahawa pati ikan haruan ini akan menyebabkan wanita bersalin pembedahan akan mengalami adhesion colic di mana usus- usus akan melekat akibat makan pati ikan haruan. Jadi, bila hendak melakukan pembedahan, ia akan mengakibatkan kesakitan yang luar biasa.

Tapi sejauh mana perkara buruk ini berlaku? Mungkin ianya tidak akan menjadi serius jika anda mengamalkan nya dengan cara yang betul kan?

Jadi, kalau anda nak tahu cara yang selamat untuk menggunakannya, anda dinasihatkan untuk mengikuti arahan seperti yang tertera di dalam kotak iaitu 1 botol sehari atau pun berjumpa doktor.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Mungkin ada manfaat lain juga yang anda perlu tahu tentang pati ikan haruan ni. Jom lah tengok dulu!

BACA:  Magnet Hiasan Pada Peti Sejuk Penyebab Kanser? Baca Dulu Penjelasan Doktor

1. MENGANDUNGI PROTEIN YANG TINGGI

Seperti yang anda ketahui, ikan haruan sangat kaya dengan protein. Protein yang terdapat dalam pati ikan haruan baik untuk meningkatkan daya keupayaan dan memperbaiki tisu badan anda.

Pati ikan haruan ini amat bermutu tinggi dengan ramuan tradisional yang diproses dengan teknologi terkini di bawah peraturan GMP yang ketat. Jadi ia tidaklah membawa kesan buruk seperti yang anda telah dengar sebelum ini.

2. PEMBENTUKAN SEMULA KOLAGEN DALAM BADAN

Pati ikan haruan juga mengandungi vitamin A yang membantu dalam pembentukan semula kolagen dalam badan anda serta menambah daya penglihatan.

Selain itu, ia juga dapat membantu bagi melembapkan kulit dan bertindak sebagai antioksidan serta melambatkan proses penuaan.

3. MEMBANTU DALAM PROSES PERTUMBUHAN KANAK-KANAK

Kekurangan albumin boleh terjadi pada tubuh manusia. Hal ini boleh menyebabkan zat tidak dapat diedarkan dengan baik keseluruh tubuh.

BACA:  Rimas Terlalu Kerap Sedu, Ketahui Punca Sedu Dan Rawatan Di Rumah

Bagi anak kecil, ia boleh menyebabkan terbantutnya pertumbuhan, perkembangan otak yang tidak maksimal, penurunan kekebalan tubuh dan juga menyebabkan anak mudah sakit.

Jadi, bagi kanak-kanak yang mengambil ikan haruan secara teratur akan memiliki kadar albumin jauh lebih tinggi, dan mengalami peningkatan berat badan dan kadar hemoglobin darah secara nyata.

4. MEMBANTU UNTUK MENYEMBUHKAN LUKA

Hasil kajian saintifik membuktikan isi ikan haruan amat bermanfaat dalam membantu proses penyembuhan luka terutamanya bagi ibu-ibu bersalin dan mereka yang menjalani pembedahan.

Antara kebaikan lain adalah ikan haruan mempunyai asam amino dan lemak yang dapat menyembuhkan luka dalam perut serta amat baik untuk mengubati penyakit gastrik.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.