≡ Menu

Petua Untuk Melegakan Angin Di Perut dan Kembung. Insya’Allah Lega

Perut kembung seringkali bukanlah menjadi punca gangguan kesihatan serius. Namun, jika dibiarkan berlarutan tetap akan menyebabkan rasa sakit yang mengganggu. Dalam kebanyakkan kes, kembung perut seringkali terjadi kerana gangguan pencernaan atau terlalu banyak gas atau angin yang terkumpul di dalam perut.

Kabar baiknya, perut kembung boleh dicegah dan diatasi dengan cara berikut:

1. Perubahan gaya hidup

Dalam kebanyakkan kes, gejala perut kembung dapat dikurangkan atau bahkan dicegah dengan melakukan beberapa perubahan gaya hidup sederhana. Berikut perubahan gaya hidup yang boleh  dilakukan untuk mencegah perut kembung:

  • Hindari mengunyah permen karet. Mengunyah permen karet dapat menyebabkan anda menelan lebih banyak udara, yang seterusnya akan menyebabkan kembung.
  • Bataskan pengambilan minuman berkarbonasi. Hindari makanan yang menyebabkan angin seperti kubis, kekacang kering dan dal. Makan perlahan dan hindari minum menggunakan straw.
BACA:  Nak Murah Rezeki? Jangan Tinggal Solat Dhuha

2. Amalkan probiotik

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Probiotik juga dapat membantu menyeimbangkan bakteria baik dalam sistem pencernaan. Penelitian membuktikan mengambil probiotik dapat membantu meringankan perut kembung hingga 70 peratus. Untuk mendapatkan manfaat tersebut, kita boleh mengonsumsi kefir atau yogurt.

3. Urutan

Urutan perut juga dapat membantu mengurangkan perut kembung. Hasil penelitian menunjukkan bahawa urutan mengurangkan depression, anxiety, kesejahteraan dan gejala perut kembung. Manfaat tersebut boleh diperolehi dengan melakukan terapi urutan selama 15 minit sebanyak dua kali sehari.

4. Atasi dengan ramuan di rumah

Kembung biasanya dapat diubati dengan bahan-bahan yang ada di rumah seperti tungku perut dengan air hangat, minum air berkarbonat atau minum ubat untuk meredakan sembelit yang mencetus kembung. Perut kembung juga boleh berlaku kerana makan makanan yang tidak menentu. Hal ini boleh kita atasi dengan mencatat makanan apa saja yang kita ambil sehari-hari untuk menemukan penyebabnya.

BACA:  Jangan Rosakkan Amalan Soleh Dengan Perkara Yang Tidak Elok. Rugi

5. Dapatkan nasihat doktor

Kadang kala, perut kembung boleh berlaku kerana keadaan kesihatan yang serius. Jadi, kita harus melakukan pengesanan awal dengan pergi berjumpa doktor.

Jika mengalami gejala berikut, segeralah mendapatkan nasihat doktor:

  • Rasa sakit yang teruk
  • Demam
  • Muntah berlangsung lebih lama dari 24 jam
  • Muncul darah pada tinja
  • Cedera fizikal, seperti pukulan di perut atau kemalangan kereta
  • pembengkakan perut yang drastik atau di tempat lain pada tubuh
  • Pembedahan
  • Kegagalan hati atau ginjal.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.