≡ Menu

Pintu Rezeki Terbuka Seluas – Luasnya Dengan Solat Dhuha

Adakah anda sedang baca artikel tentang cara solat dhuha di pejabat? Tentu sekali anda ialah seorang pekerja yang baik berdedikasi. Pasti disayangi oleh pentadbir dan rakan-rakan sekerja yang lain.

Atau adakah anda sedang membaca artikel tentang cara solat dhuha ini dari rumah? Jika anda seorang surirumah, bertuah sungguh suamimu. Sanggup luangkan masa yang sedikit, mencari ilmu tentang cara solat dhuha untuk mendekatkan diri pada Allah.

Jika anda baca entri cara solat dhuha ini dari asrama atau hostel, kami yakin yang anda adalah seorang pelajar cemerlang. Susah mahu jumpa pelajar yang bukan sahaja berjaga awal, tetapi ada inisiatif untuk mengerjakan solat dhuha.

Tahniah kami ucapkan!

CARA SOLAT DHUHA
Adakah anda sedang baca artikel tentang cara solat dhuha di pejabat? Tentu sekali anda ialah seorang pekerja yang baik berdedikasi. Pasti disayangi oleh pentadbir dan rakan-rakan sekerja yang lain.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Atau adakah anda sedang membaca artikel tentang cara solat dhuha ini dari rumah? Jika anda seorang surirumah, bertuah sungguh suamimu. Sanggup luangkan masa yang sedikit, mencari ilmu tentang cara solat dhuha untuk mendekatkan diri pada Allah.

Jika anda baca entri cara solat dhuha ini dari asrama atau hostel, kami yakin yang anda adalah seorang pelajar cemerlang. Susah mahu jumpa pelajar yang bukan sahaja berjaga awal, tetapi ada inisiatif untuk mengerjakan solat dhuha.

Tahniah kami ucapkan!

Untuk pengetahuan, sumber asal artikel ini adalah terbitan Panduan Mengerjakan Solat Sunat & Surah Yasin dan Amalan Pilihan dari Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Terengganu. Cara solat dhuha ini cuma sebahagian sahaja dari keseluruhan Panduan Mengerjakan Solat Sunat. Untuk download PDF lengkap dari Unisza, sila ke sini.

cara-solat-dhuha-mudah-ringkas-betul-doa-1

cara-solat-dhuha-mudah-ringkas-betul-doa-2

Teks untuk gambar di atas adalah seperti berikut:

Solat Dhuha bermaksud solat sunat yang dikerjakan pada waktu dhuha, iaitu pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang galah (kira-kira 20 minit selepas terbit matahari ) hinggalah matahari berada tepat di tengah- tengah langit (sebelum menjelang Zuhur).

Anjuran Rasulullah terhadap amalan Solat Dhuha adalah sebagaimana dalam sebuah hadis Riwayat Abu Hurairah ra:

“Telah bersabda Rasulullah SAW; Barang siapa yang memelihara jaminan (yang ada pada) Solat Dhuha, terampunlah baginya dosa-dosanya, sekalipun seumpama buih di lautan”

1. Lafaz Niat Solat Dhuha;

“Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu, adalah waktu dhuha (milikMu), pancaran cahaya adalah pancaran cahaya (milik)Mu, (Segala) KecantikanMu itu adalah kecantikan (milik)Mu, (Apapun) Kekuatan adalah kekuatan (milik)Mu, (Apa juga) qudrat adalah qudratNya, dan (segala) perlindungan itu adalah (datang dari) pelindunganNya. Ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkanlah ia, jika ada di bumi keluarkanlah ia, Jika ia sukar (Kau) mudahkanlah, Jika ia kotor (Kau) suci bersihkanlah, Jika ia jauh dekatkanlah, dan jika ia hampir maka permudahkanlah, dengan kebenaran dhuhaMu, pancaran cahayaMu, KecantikanMu, KekuatanMu dan QudratMu, Berikanlah aku apa yang telah Kau telah berikan (kepada) hamba-hambaMu yang soleh.”

DOA SOLAT DHUHA
Sebagai alternatif, untuk doa dalam Bahasa Arab dan Bahasa Melayu, tonton video di YouTube ini dari UNIC.

Ya Allah
Sesungguhnya Waktu Dhuha itu Dhuha-Mu
Kecantikannya Kecantikan-Mu
Keindahannya Keindahan-Mu
Kekuatannya Kekuatan-Mu
Kekuasaannya Kekuasaan-Mu
Perlindungannya Perlindungan-Mu

Ya Allah
Jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi, keluarkanlah
Jika sukar, per-Mudahkanlah
Jika haram, sucikanlah
Jika jauh, dekatkanlah

Berkat waktu Dhuha
Kecantikan-Mu, keindahan-Mu
Kekuatan-Mu, kekuasaan-Mu

Limpahkan kepadaku segala
Yang Engkau telah limpahkan
Kepada hamba-hamba-Mu yang soleh

Sumber: SirapLimau

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.