≡ Menu

Piramid Makanan Baharu. Kalau Nak Sihat, Kurus, Amalkan Pemakanan Yang Betul

PIRAMID Makanan Malaysia merupakan satu rujukan mudah bagi individu mempelbagaikan makanan harian mengikut jumlah sajian yang disarankan.

Menurut portal rasmi MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia, makanan seimbang mengandungi kombinasi pelbagai jenis makanan untuk memberi kita semua zat makanan yang diperlukan oleh tubuh.

Ia bererti tiada satu pun makanan tunggal yang dapat membekalkan kesemua zat yang diperlukan kerana tubuh memerlukan pelbagai jenis makanan dalam kuantiti yang berbeza untuk memelihara kesihatan.

Mengenai piramid makanan, terdapat empat perubahan utama dalam Piramid Makanan Malaysia 2020 berbanding Piramid Makanan 2010.

BACA:  Pusat Beli-Belah Himpunkan Produk Muslim Bakal Dibuka Tak Lama Lagi

Berikut inti pati perubahan Piramid Makanan Malaysia 2020:

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

i) Sayur-sayuran dan buah-buahan merupakan sumber utama yang paling banyak diperlukan oleh tubuh badan.

ii) Sumber karbohidrat utamakan sumber bijirin penuh dan ubi (disarankan antra 3 ke 5 sajian sehari).

iii) 6 hingga 8 gelas air sehari (sebelum ini tiada dinyatakan dalam Piramid Makanan Malaysia 2010).

iv) Unit sajian lebih jelas digambarkan dengan menggunakan cawan agar orang ramai lebih mudah untuk cakna definisi sajian.

 

“Apa-apapun, paling penting apabila diterjemah dalam pinggan, orang ramai boleh praktikkan konsep suku-suku separuh dengan mudah,”

  • Piramid Makanan Malaysia mempunyai gabungan lima kumpulan makanan yang diletakkan pada empat aras.
  • Selain daripada jenis kumpulan makanan, piramid makanan juga menyatakan jumlah sajian yang disarankan untuk diambil dalam sehari bagi setiap kumpulan makanan.
  • Bentuk piramid yang lebih besar di bahagian bawah dan semakin mengecil ke atas menggambarkan kepada individu perlu mengambil makanan yang lebih banyak pada bahagian bawah (dasar) piramid dan makan sedikit makanan-makanan pada aras paling atas (puncak) piramid.
BACA:  Rezeki Takkan Berkurang Jika Kita Bersedeqah, Makin Allah Tambah Ada Lah

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.