≡ Menu

Puasa Sunat Daud, Puasa Yang Dicintai Allah SWT

Bagaimana lafaz niat Puasa Sunat Nabi Daud?

Artikel ini akan menunjukkan cara lafaz niat puasa sunat Daud secara mudah dan lengkap.

Pengenalan

Puasa adalah ibadat sunat yang cukup unik dan istimewa.

Unik kerana tiada yang mengetahui nilainya kecuali Allah SWT. Istimewa kerana puasa sentiasa mengingatkan diri dan menambah kerinduan terhadap Bulan Ramadan.

Tidak hairanlah, ramai ulama menyatakan ibadat puasa sebagai ibadat yang paling baik untuk mendekati Allah SWT.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Allah SWT membuka begitu banyak pintu kebaikan dan peluang-peluang beramal. Kita dapati terdapat banyak jenis, cara, dan kaedah bagi melaksanakan ibadat puasa.

Setiap jenis puasa ini sudah dijanjikan fadilat dan kelebihan yang banyak. Antara jenis-jenis puasa sunat ini, Nabi Muhammad SAW menunjukkan dan mengiktiraf salah satu antaranya sebagai puasa yang paling baik, iaitu puasa Nabi Daud AS.

Lafaz Niat Puasa Sunat Nabi Daud

Lafaz niat puasa Nabi Daud adalah seperti berikut:

BACA:  Batalkah Wudhu' Sekiranya Tersentuh Kulit Kanak Kanak Yang Bukan Mahram?

Nawaitu sauma dâwuda lillahi ta’âlâ.

Sahaja aku puasa sunat Daud kerana Allah Taala

Secara asasnya, tiada lafaz niat khusus bagi puasa Nabi Daud AS.

Seseorang sudah dikira berniat apabila terdetik hasrat melakukan satu perbuatan ataupun ibadat.

Bagi sesetengah individu, melafazkan niat membantu menghadirkan ataupun menegaskan nit yang ada dalam hati mereka. Justeru, bagi memudahkan, memadai berniat dalam hati seperti ini:

“Sahaja aku puasa sunat seperti Nabi Daud AS kerana Allah Taala.

Cara Melaksanakan Puasa Nabi Daud

Seperti yang difahami daripada hadis Nabi Muhammad SAW sebelum ini, cara melaksanakan puasa Nabi Daud AS adalah berpuasa selang sehari; sehari puasa, sehari tidak.

Pada hari apa sebaiknya kita mulakan?

Perkara ini tidak menjadi is kerana bilangan hari dalam seminggu adalah ganjil, dan in menyebabkan putaran hari berpuasa berbeza setiap minggu.

Sebagai contoh, sekiranya kita memilih memulakan puasa pada hari Jumaat minggu pertama, kita tidak akan berpuasa pada hari yang sama pada minggu seterusnya.

Oleh itu, kita tidak akan berpuasa pada hari yang sama dalam dua minggu berturutan.

Hari Apa Yang Diharamkan Puasa Daud?

Puasa sunat ini dikecualikan pada hari-hari yang diharamkan berpuasa, iaitu dua hari raya dan hari-hari tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah)

BACA:  Adab-Adab Menggunakan Tandas Yang Kita Mungkin Sudah Terlupa. Ilmu Tiada Erti Jika Kita Tidak Amalkannya

Fadilat & Kelebihan Puasa Sunat Daud

1. Puasa yang paling dicintai oleh Allah SWT

Sesungguhnya puasa yang paling disukai oleh Allah adalah puasa Nabi Daud. Solat yang paling disukai Allah adalah solat Nabi Daud. Baginda tidur pada separuh malam, bangun (mengerjakan solat) pada sepertiganya dan tidur semula pada seperenamnya. Baginda berpuasa sehari dan berbuka (yakni tidak berpuasa) sehari.”

(Hadis riwayat Muslim)

2. Antara kelebihan puasa ini adalah tidak terlalu berlebihan dalam sesuatu perkara.

Dengan ini, dapat memberikan hak kepada Allah SWT dengan berpuasa dan memberikan juga hak kepada badan dengan berehat.

Di samping itu, menyediakan ruang dan peluang secukupnya bagi golongan yang bekerja, mencari ilmu, dan sebagainya untuk beribadat.

Dalil bagi ini berpunca daripada soalan seorang sahabat Nabi, Abdullah bin Amr RA yang begitu bersemangat beribadat dan berpuasa.

Apabila Nabi Muhammad SAW meminta dia berpuasa sehari dalam sebulan, dia menjawab, “Aku mampu lebih daripada itu.” Kemudian Baginda meminta dia berpuasa dua hari, dia juga menjawab, “Aku mampu lebih daripada itu.” Begitulah jawapannya sehingga Baginda meminta dia berpuasa empat hari namun tetap ditolak.

Akhirnya Nabi Muhammad SAW memberikannya cara yang lebih baik, iaitu berpuasa seperti Nabi Daud AS AS. Cara pertengahan yang tidak membebankan.

(Hadis riwayat Bukhari)

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.