≡ Menu

Qiamullail Itu Makanan Rohani Orang Orang Yang Beriman

قُمِ ٱلَّیۡلَ إِلَّا قَلِیلࣰا

“Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat)” [Surah al-Muzzammil 2]

#Sambung bicara berkaitan solat tahajjud. Pelbagai huraian berkaitan solat tahajjud telah dibahaskan agar berjaya dijadikan amalan tambahan yang istiqamah untuk kita semua.

#Telah jelas bagi kita bahawa sesiapa yang mengerjakan solat Tahajjud, nescaya akan mendapat limpah kurnia daripada Allah swt yang tidak ada tolok bandingnya sedangkan bagi mereka yang meninggalkan ibadah yang mulia ini, mereka mengalami kerugian yang amat besar.

#Selain itu, diingatkan sekiranya seseorang itu sedang menghadapi keadaan yang sukar ataupun ditimpa kesusahan maka pohonlah pertolongan Allah swt melalui solat Tahajjud.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

#Hal ini kerana sesungguhnya Rasulullah saw ketika hendak menghadapi perang Badar dan Tabuk yang merupakan satu ujian yang besar bagi umat Islam, Baginda saw telah melakukan solat Tahajjud untuk memohon pertolongan serta perlindungan daripada Allah swt. Daripada Sayidina Abdullah bin Amru bin al-As r.a:

BACA:  Asyik Mengadu Suami Tiada Usaha Tingkatkan Ekonomi, Ini Sepatutnya

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامَ غَزْوَةِ تَبُوكَ قَامَ مِنْ اللَّيْلِ يُصَلِّي. فَاجْتَمَعَ وَرَاءَهُ رِجَالٌ مِنْ أَصْحَابِهِ

 “Bahawasanya Rasulullah saw melakukan solat malam (Tahajjud) pada saat perang Tabuk, maka para sahabat berkumpul di belakang baginda untuk menjaganya sampai baginda menyelesaikan solatnya dan berpaling menghadapi mereka” (HR Imam Ahmad)

#Solat tahajjud juga menjadi tanda aras bahawa seseorang hamba itu bersyukur atas nikmat yang dikurniakan Allah kepadanya. Hal ini berdasarkan riwayat ini:

وَعَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا، قَالَتْ : كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُومُ مِنَ اللَّيْلِ حَتَّى تَتَفَطَّرَ قَدَمَاهُ، فَقُلْتُ لَهُ: لِمَ تَصْنَعُ هَذَا، يَا رَسُولَ الله، وَقَدْ غُفِرَ لَكَ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِكَ وَمَا تَأخَّرَ؟ قَالَ: أفَلاَ أكُونُ عَبْداً شَكُوراً!

BACA:  Jangan Sesekali Lakukan Ini Jika Kita Mahu Doa Kita Dimakbulkan Allah SWT. BAca Dan Fahami Sedalam-Dalamnya

Daripada Sayidatina ‘Aisyah r.ha, ia berkata, “Nabi saw biasa melakukan solat malam sampai kedua kakinya pecah-pecah. Maka aku berkata kepadanya,: “Kenapa engkau melakukan seperti ini, wahai Rasulullah? Padahal dosa-dosamu yang telah lalu dan akan datang telah diampuni”. Rasulullah saw menjawab: “Tidak bolehkah aku menjadi hamba yang bersyukur” (Muttafaqun ‘alaih)

Berdoalah kepada Allah agar sentiasa diberikan kita kekuatan dan kelazatan dalam menunaikan solat Tahajjud disepanjang usia kita yang masih berbaki ini.. Jom berdoa dan berusaha bangun beribadah di malam yang sunyi lagi hening!!

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.