≡ Menu

Qurban Atau Aqiqah, Yang Mana Yang Perlu Didahulukan? Baca Lebih Lanjut

Tinggal beberapa hari sahaja lagi seluruh umat Islam akan menyambut Aidiladha. Dan inilah masanya untuk kita membuat ibadah korban sepanjang tiga hari nanti.

Namun yang menjadi persoalan, jika belum melaksanakan aqiqah untuk diri sendiri atau anak, bolehkah dilaksanakan ibadah korban.

Dalam hal ini yang mana harus didulukan antara aqiqah dengan diri sendiri atau korban. Fahami apa yang cuba disampaikan ini kerana antara kedua-duanya tidak ada kaitan sama sekali.

Cuma kedua-duanya adalah sunat muakkad atau sunat yang sangat dituntut.

Umum tahu ibadah korban hanya boleh dilakukan pada 10,11,12, dan 13 Zulhijjah. Ia bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah, menghayati semangat pengorbanan agung Nabi Ibrahim ketika Allah menguji Baginda supaya menyembelih anaknya.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Perlu diketahui juga umur binatang yang sah dijadikan korban adalah unta (5 tahun), lembu (2 tahun), kerbau dan kambing (2 tahun) dan biri-biri setahun atau telah gugur gigi hadapannya sesudah ia berumur enam bulan.

Bagaimanapun, kambing tidak boleh dikongsi kerana ia untuk seorang sahaja, manakala unta, kerbau dan lembu boleh dikongsi 7 orang walaupun berlainan niat.

BACA:  Rahsia Anak Soleh, Letak Tangan Atas Ubun-Ubun, Setiap Hari Mulakan Asmaul Husna

Bagi ibadah aqiqah pula, ia boleh dilakukan bermula setelah kesemua tubuh bayi itu keluar daripada perut ibunya sehingga baligh, sekali gus bermaksud aqiqah dilakukan tanda rasa gembira ibu bapa yang dikurniakan anak.

Setelah baligh, dia sendiri boleh melakukan aqiqah ke atas dirinya kerana aqiqah ini boleh dilakukan pada bila-bila masa.

Mengikut syariat, aqiqah dilakukan baik anak lelaki atau perempuan, cuma bezanya anak lelaki lebih afdal dengan dua ekor kambing sedangkan anak perempuan dengan satu ekor kambing.

Rasulullah SAW sendiri melaksanakan aqiqah untuk cucu Baginda dengan seekor kambing sahaja.

Jika tidak dapat melaksanakan aqiqah pada hari ke-tujuh kelahiran, maka boleh dilaksanakan pada hari ke-14 atau 21 atau jika masih tidak dilakukan maka sunat dilakukan sehingga anak itu dewasa atau akil baligh.

Setelah akil baligh dan masih belum melaksanakan aqiqah, terserah kepada si anak atau ibu bapa untuk menunaikan ibadah aqiqah.

Namun, sangat dianjurkan untuk si anak menunaikan ibadah aqiqah untuk dirinya sendiri yang masih belum terlaksana untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan membantu ibu bapanya melaksanakan hak aqiqah ke atas dirinya.

BACA:  5 Perkara Papa & Mama Patut Tahu Tentang Vaksin Pneumokokal Di Malaysia

Nabi SAW bersabda yang maksudnya: “Tiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan aqiqahnya, disembelih haiwan untuknya pada hari ketujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama”. (Maksud hadith riwayat Ahmad dan Tirmidzi)

Jadi, berbalik kepada persoalan antara aqiqah dan korban yang mana perlu didahulukan, terdapat dua situasi untuk difahami.

Jika dilihat dari sudut tuntutan, semestinya ibadah aqiqah yang perlu diutamakan.

Bagaimanapun dari segi waktu pula, apabila menjelang bulan Zulhijjah dan telah hampir kepada waktu korban, maka lebih utama melaksanakan ibadah korban terlebih dahulu kerana waktu pelaksanaannya pada 10 hingga 13 Zulhijjah sahaja setiap tahun. Manakala aqiqah pula boleh dilaksanakan pada bila-bila masa.

Namun, ada juga yang berkemampuan dan melaksanakan kedua-dua ibadah ini sekali.

Sesungguhnya mendalami ilmu itu sesuatu yang dituntun dalam Islam kerana ia akan memudahkan urusan kehidupan harian dan amalan untuk akhirat.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.