≡ Menu

Rajin Gosok Gigi Tapi Tetap Kuning, Ketahui Makanan Yang Menyebabkan Ini Berlaku

Gigi putih atau kuning, yang mana lebih sihat?

Pakar menjelaskan kenapa gigi kuning lebih kuat berbanding gigi putih. Dipetik dari portal majalah Science Focus (BBC Focus Magazine), gigi yang kuat adalah dalam keadaan normalnya di mana, gigi normal adalah gigi yang berwarna kekuningan dan bukanlah yang putih berkilau seperti kebanyakan selebriti miliki.

Walaupun begitu, kita sebagai manusia tak dapat lari dari inginkan sesuatu yang cantik pada diri. Ini termasuk juga pada gigi. Kita ingin barisan gigi putih, sihat dan cantik.

Oleh itu, jika gigi kamu agak kekuningan, mungkin kamu boleh perhatikan makanan dan minuman yang kamu ambil. Jangan tak tahu ia juga mempengaruhi keadaan dan warna gigi.

Adakah warna gigi kamu ditentukan oleh makanan dan minuman?

Sekiranya kamu tidak menyukai warna gigi, ada banyak perkara yang boleh dilakukan. Selain menggunakan prosedur pemutihan yang berbeza seperti ubat gigi atau krim gigi, kamu mungkin boleh cut beberapa minuman dan makanan yang boleh mengubah warna gigi.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Teh dan kopi

Kopi memang sedia kala merubah warna gigi kamu. Teh hijau dan putih mempunyai kesan paling rendah pada warna gigi. Lemon atau susu boleh meneutralkan kesan minuman ini.

Jus

Jus buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai kesan yang kuat kerana mengandungi asid yang melemahkan gigi.

Sekiranya kita makan buah beri dan sayur-sayuran, air liur dihasilkan lebih cepat dan menghilangkan warna kuning tersebut.

Beet dan bilberi

Kepekatan kromogen yang tinggi dalam makanan ini menjadikan gigi menjadi kuning.

Rempah

Kari dan kunyit boleh mengubah warna gigi. Ia boleh menjadikan gigi kamu kelihatan kuning atau merah. Sekiranya anda memakan sesuatu yang mengandungi rempah ini, minum teh hijau dengan lemon untuk meneutralkan kesannya.

Kicap dan cuka

Kedua bahan ini sering meningggalkan kesan bintik-bintik gelap pada gigi.

Soda

Soda mengandungi banyak pewarna kimia yang mengubah warna gigi. Ia juga merosakkan enamel.

Untuk meneutralkan kesan negatif ini, basuh dan kumur mulut selepas makan. Dan jangan lupa rajin berus gigi.

Selamat Beramal!

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.