≡ Menu

Ramadhan Dan Ibu. Sayangi lah Ibu Anda Sementara Mereka Masih Hidup

Ketika waktu bersahur tadi Abang berkata,”Buka puasa ni kita makan apa ibu?”. Si Acik mencelah, “Ibu masak nasi ayam ka?”. Si Adik tidak mahu ketinggakan, “ Adik nak tom yam tau ibu.”

Aduhai anak-anak!

Bagaimanakah ibu mahu penuhi permintaan kalian? Saya hanya tersenyum dan belum berkata sepatah pun.

Begitulah cabaran seorang ibu untuk menyediakan juadah berbuka nanti. Bukan mahu menurut sahaja kemahuan anak-anak namun, kasihnya ibu, simpatinya ibu memikirkan anak-anak yang telah berpuasa, menahan lapar dan dahaga seharian, apalah salah kiranya permintaan mereka dilayani.

Tetapi seorang ibu masih insan biasa, tiada tongkat sakti atau bantuan pari-pari, maka kebijaksaan akal lah yang mampu membantunya.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Di meja makan tadi, saya pun memberikan cadangan, “Bulan puasa ada 30 hari kan, apa kata kita susun menu? Hari ni ibu masak nasi ayam, esok tom yam pula, boleh?”.

BACA:  10 Sebab Kenapa Hati Kita Rasa Kosong Dan Hidup Tak Bermakna. Nauzubillah

Dan kemudian Ayah bersuara, “ Mana boleh nak masak semua sekali, kalau masak banyak-banyak, siapa pula nak habiskan? Tu belum pergi bazar lagi.”

Maka perbincangan menu buka puasa pun berakhir dengan keputusan itu.

Sebenarnya menyediakan hidangan ketika berbuka tidak sesusah memikirkan menu untuk bersahur sedangkan saya rasa waktu sahur yang perlu diberikan keutamaan kerana anak-anak akan meneruskan rutin ke sekolah seperti biasa.

Berbanding juadah berbuka yang pelbagai dan boleh dimasak, ditempah atau dibeli, juadah sahur sememangnya perlu disediakan oleh ibu.

Waktu makan sekitar pukul 5 pagi agak susah untuk menelan nasi ketika itu. Lalu ibu terpaksa mencari alternatif untuk memastikan anak-anak bersahur dengan berkualiti.

BACA:  7 Ciptaan Allah Yang Tidak Hancur Apabila Hari Qiamat Kelak. Bersediakah Kita?

Nasi ketika sahur mungkin boleh diganti dengan roti atau bahan karbohidrat yang lain. Minuman susu bagi anak-anak ialah sajian wajib ketika bersahur. Apa yang penting menu sahur biarlah mudah dimasak dan dimakan panas-panas. Barulah selera anak-anak terbuka dan mereka bersemangat untuk berpuasa.

Kita mahu didik anak-anak prinsip Rukun Islam yang ketiga itu, maka kita perlu membuat persediaannya. Tidak adil jika kita perintahkan anak-anak berpuasa tetapi waktu sahur kita abaikan. Ajarlah anak-anak untuk memanfaatkan waktu sahur yang penuh dengan keberkatan.

Untuk semua ibu dengan anak-anak yang mempunyai 1001 permintaan ketika berbuka, teruslah melayani ragam mereka dan sediakan mereka untuk merealisasikan ibadat berpuasa tanpa putus asa.

Ramadhan Kareem.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.