≡ Menu

Ramadhan Mendidik Kesabaran. 90 Kali Sabar Disebut Dalam Al-Quran

Apakah erti sabar yang sebenar dalam tradisi Islam? Adakah reda sahaja dengan apa yang berlaku itu sabar? Artikel ini akan membincangkan konsep sabar dan kepentingan untuk bersabar dalam kalangan umat Islam.

Apakah sabar sebenarnya?
Sabar dari segi bahasanya bermaksud tidak cepat marah dan kuat dalam menghadapi kesakitan. Dalam Islam, sabar adalah fikrah umatnya. Bayangkan tanpa kesabaran, siang dan malam wujud tanpa bergilir dan tidak sempat ditunggu dan dinikmati.

Ini bermakna, seluruh kehidupan manusia memerlukan kesabaran dan tidak boleh diasingkan atau dinafikan dalam kehidupan. Sabar dari segi praktikalnya ialah menahan diri daripada pelbagai ujian termasuk ujian dalaman (nafsu) dan luaran.

Sabar dalam memerangi nafsu supaya tidak mengikut nafsu dan taat kepada Allah SWT bukanlah mudah. Begitu banyak dugaan yang datang dan bukan mudah untuk mengutamakan apa yang disukai Allah dan mengelakkan apa yang tidak disukai.

Hal ini dinyatakan dalam sabda Rasulullah SAW:

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

“Musuhmu yang paling ganas ialah nafsumu sendiri yang berada antara dua sisimu.”

(Hadis riwayat al-Baihaqi)

Sabar dalam ujian yang didatangkan Allah Taala pula ialah sabar dalam menghadapi ujian bagi dugaan berbentuk kepayahan atau kesenangan. Sabar dalam ujian memang mudah disebut daripada dilaksanakan.

Pentingnya umat Islam untuk bersabar
Tetapi berkat kesabaran, Allah SWT menjanjikan penawar yang mendekatkan manusia kepada Allah dan dijanjikan ganjaran pahala tanpa hisab. Ia sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.”

(Surah al-Zumar, ayat 10)

Sabar juga sangat perlu bagi menahan diri daripada membuat maksiat. Ditambah lagi dengan keperluan sabar dalam memastikan kelestarian ketaatan kepada Allah Taala.

BACA:  Puasa Tapi Tak Tutup Aurat, Apa Hukumnya?

Peringkat-peringkat sabar ini, iaitu dari segi menahan nafsu diri, menahan diri daripada membuat maksiat dan kekal taat kepada Allah SWT – ia bukanlah mudah. Ini memerlukan kekuatan mental dan psikologi untuk dipraktikkan dalam kehidupan.

Firman Allah SWT menyebut betapa orang yang sabar adalah tergolong dalam mereka yang beruntung:

“Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan nasihat-menasihati dengan kebenaran dan nasihat-menasihati dengan kesabaran.”

(Surah al-Asr, ayat 1-3)

Pentingnya sabar dan tingginya darjatnya disebut sehingga 90 kali dalam al-Quran. Tanpa kesabaran, tiadalah ketahanan diri manusia yang menjadikan manusia itu makhluk yang tertinggi darjatnya.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.