≡ Menu

Ramai Guna Filter Anjing Tanpa Tahu Hukumnya Disisi Islam. Awas

Penggunaan filter atau turas bukanlah perkara yang asing lagi dalam aplikasi media sosial seperti Instagram, Facebook dan TikTok. Sudah menjadi tren, penggunaan filter haiwan seperti anjing, kucing, arnab dan beruang sering mendapat tempat dalam hati pengguna dek kerana kecomelannya.

Pun begitu, apakah hukum sebenar menggunakan filter berwajah anjing? Untuk mendapatkan jawapan yang sahih, tidak dapat tidak kita perlu merujuk kepada pakarnya, Mufti Wilayah Persekutuan dalam Irsyad Al-Fatwa 534: Hukum Berswafoto menggunakan turas gambar anjing.

Berikut adalah penjelasannya.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah ﷻ, selawat serta salam ke atas Junjungan Mulia, Nabi Muhammad ﷺ, ke atas Ahli Bait, serta Para Sahabat baginda, dan mereka yang mengikuti jejak langkah baginda hingga ke Hari Akhirat.

Ringkasan Jawapan:
Hukum mengambil swafoto dengan menggunakan turas bergambar anjing adalah dimakruhkan kerana perbuatan itu dianggap berkelakuan menyerupai haiwan tanpa ada keperluan. Walaubagaimanapun jika ia boleh membawa kepada mempermainkan asal kejadian Allah dengan mengubah kembali kejadian tersebut maka ia adalah haram.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Huraian Jawapan:
Secara asasnya, Syariah melarang kita untuk berkelakuan menyerupai haiwan. Larangan ini bertujuan untuk mengangkat kedudukan manusia berbanding kedudukan makhluk yang lebih rendah. Firman Allah :

لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ

Maksudnya : “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).”[1]

Menurut Imam Ibn Jarir Al-Tabari berkata ketika menafsirkan ayat tersebut, seakan-akan Allah menyatakan :

لقد خلقنا الإنسان في أحسن صورة وأعدلها

“Kami telah menciptakan manusia dalam rupa yang paling elok dan paling adil.”[2]

Daripada Anas Bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda :

اعْتَدِلُوا فِي السُّجُودِ وَلَا يَبْسُطْ ذِرَاعَيْهِ كَالْكَلْبِ

Maksudnya : “ Bersederhanalah semasa sujud dan janganlah salah seorang daripada kalian membentangkan tangannya seperti anjing membentang.”[3]

BACA:  Lima Haiwan Yang Dibenarkan Untuk Umat Islam Membunuhnya

Imam Al-Munawi berkata dalam kitabnya Faidh Al-Qadir :

وفيه إيماء إلى النهي عن التشبه بالحيوانات الخسيسة في الأخلاق والصفات وهيئة القعود ونحو ذلك

“Dalam hadith ini terdapat kecenderungan untuk menegah kelakuan menyerupai golongan haiwan yang rendah pada akhlak dan sifat, pada kelakuan duduk dan seumpama dengannya.”[4]

Justeru, hukum membentangkan atau menurunkan lengan ke lantai ketika sujud adalah makruh sekalipun jika dilakukan kerana penat akibat sujud yang terlalu lama bagi orang yang sujud bersendirian. Syeikh Zakaria Al-Ansari menyebut :

وَيُكْرَه بَسْطُهُمَا لِخَبَرِ الصَّحِيحَيْنِ وَلَا يَبْسُطُ أحدكم ذِرَاعَيْهِ انْبِسَاطَ الْكَلْبِ وَالتَّصْرِيحُ بِالْكَرَاهَةِ من زِيَادَتِهِ وَلَوْ طَوَّلَ الْمُنْفَرِدُ السُّجُودَ فَلَحِقَهُ مَشَقَّةٌ بِالِاعْتِمَادِ على كَفَّيْهِ وَضَعَ سَاعِدَيْهِ على رُكْبَتَيْهِ

“Makruh (hukumnya) membentangkan kedua tangan (ketika sujud) berdasarkan hadith yang terdapat dalam Al-Sahihain. Jangan ada di antara kalian yang membentangkan lengannya seperti mana anjing. Secara jelas ianya makruh walaupun jika seseorang itu memanjangkan sujud sehingga menjadikannya letih dia mana dia menahannya dengan tapak tangannya sambil meletakkan kedua lengannya pada kedua lututnya.”[5]

Hukum di atas adalah salah satu contoh daripada pelbagai hukum yang menunjukkan bahawa kelakuan menyerupai haiwan adalah satu perbuatan yang dibenci oleh syarak. Sekalipun ianya termasuk dalam hukum makruh. Oleh itu para ulama telah menetapkan satu kaedah :
التشبه بالحيوانات منهي عنه

“Berkelakuan menyerupai haiwan-haiwan adalah dilarang daripada melakukannya.”[6]

Dalam masa yang sama, jika penyerupaan itu dilakukan kerana suatu keperluan yang syarie, maka ianya diharuskan, contohnya ialah untuk bermain dengan anak-anak. Kami nukilkan daripada kitab Hayah Al-Sahabah[7] karangan Sheikh Muhammad Yusuf Al-Kandahlawi bahawa Rasulullah SAW pernah bermain dengan cucu-cucunya dan para sahabat yang kecil dengan menyerupakan dirinya yang mulia sebagai haiwan tunggangan.

Antaranya kisah Saidina Umar Bin Al-Khattab melihat Saidina Hasan dan Husin menunggang belakang Rasulullah SAW. Lalu beliau berkata : “ Sebaik-baik kuda ialah yang berada di bawah kalian berdua. Lalu Baginda yang mulia bersabda :

BACA:  Hukum Tidur Berbantalkan Mushaf. Adakah Ia Dibenarkan Dalam Islam?

ونعم الفارسان هما

Maksudnya : “ Dan sebaik-baik penunggang kuda adalah mereka berdua.”[8]

Di sisi Imam Ibn Asakir bahawa terdapat dalam satu riwayat Ibn ‘Abbas bahawa seorang lelaki melihat Saidina Hasan menunggang Nabi SAW lalu berkata : Wahai anak, sebaik-baik penunggang ialah orang yang sedang anda tunggang.

Lalu Nabi SAW bersabda :

ونعم الراكب هو

Maksudnya : “Sebaik-baik penunggang adalah dia (iaitu Saidina Hasan)”

Imam Al-Tabarani menyebut sebuah riwayat daripada Al-Barra’ Bin ‘Azin bahawa beliau pernah melihat Saidina Hasan menunggang Rasulullah SAW semasa solat lalu beliau berkata :

نعم المطية مطيتكما

Maksudnya : “ Sebaik-baik tunggangan ialah ‘haiwan tunggangan’ kalian.”[9]

Dalam sebuah hadith riwayat Jabir Bin Abdullah RA bahawa Rasulullah SAW pernah merangkak sambal ditunggang oleh Saidina Hasan dan Husin lalu Baginda bersabda :
نعم الجمل جملكما ونعم العدلان أنتما

Maksudnya : “Sebaik-baik unta adalah ‘unta’ kalian berdua dan sebaik-baik barang yang dibawa adalah kalian berdua.”[10]

Kaitan dengan patung sebagai permainan
Sebagai perbandingan, pengecualian ini juga berlaku dalam isu pengambilan patung sebagai permainan. Walaupun hukum memiliki patung adalah haram pada asalnya tetapi atas tujuan permainan kanak-kanak, maka diharuskan. Artikel-artikel berikut boleh dijadikan rujukan :

Bayan Linnas siri ke-86 : Akta Jenayah Seksual Kanak-Kanak : Satu pandangan Islami
Al-Kafi #1331 : Hukum menyimpan patung permainan kanak-kanak
Bayan Linnas siri ke-123 : Hukum memakai kostum atau cosplay.

Kesimpulan
Berdasarkan fakta dan kesimpulan di atas, kami berpandangan bahawa hukum mengambil swafoto dengan menggunakan turas bergambar anjing adalah dimakruhkan atas alasan perbuatan tersebut dianggap berkelakukan menyerupai haiwan tanpa ada keperluan. Adapun jika terdpaat keperluan seperti untuk permainan maka ianya diharuskan.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.