≡ Menu

Ramai Tak Suka Epal Hijau Sebab Masam. Yang Masam Itulah Ada Ubat

Tak dinafikan buah-buahan pada umumnya adalah makanan yang sihat dan penting bagi tubuh kita.

Epal hijau adalah salah satu makanan yang popular di Malaysia kerana ia mudah didapati di kebanyakan pasar raya dan harganya pula agak murah berbanding buah-buahan lain.

Walaupun sedikit masam, epal hijau yang juga dikenali dengan nama Granny Smith ini amat banyak khasiatnya.

Ia bukan saja boleh dimakan begitu saja, tetapi begitu sesuai diminum sebagai jus.

PERBEZAAN KHASIAT EPAL HIJAU DAN EPAL MERAH
Ramai yang nak tahu, ada tak perbezaan khasiat epal hijau dengan epal merah ni sebenarnya kan.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Menurut kajian yang dilaporkan oleh HuffingtonPost, pakar nutrisi mengatakan bahawa buah epal memiliki pelbagai manfaat kesihatan kerana ia mengandungi antioksidan dan flavonoid di samping kandungan potassium, fosforus, kalsium, mangan, magnesium, besi, zink serta vitamin A, B1, B2, B6, C, E, K, folat dan niasin.

Tapi, epal hijau mempunyai sedikit kelebihan terutamanya kepada mereka yang sedang berdiet kerana epal hijau biasanya mengandungi lebih banyak serat dan kurang kadar gula berbanding epal merah.

Namun begitu, epal merah pula mengandungi lebih banyak antioksidan berbanding epal hijau.

Walau bagaimanapun, pakar nutrisi mengingatkan bahawa perbezaannya dari segi kuantiti amatlah sedikit dan kedua-duanya baik untuk kesihatan.

Jom baca lebih lanjut tentang khasiat epal hijau yang mungkin kita tak pernah tahu.

10 KHASIAT EPAL HIJAU UNTUK KESIHATAN
1. MEMBANTU MENURUNKAN DARAH TINGGI
Menurut Dr Mohd Ramzdhan menerusi DoctorOnCall, antara kebaikan utama epal hijau ialah membantu menurunkan tekanan darah yang tinggi.

Kajian dari Brigham and Women’s Hospital in Boston, US pada tahun 2016 telah mendapati bahawa memakan 4 biji epal setiap hari boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi sehingga 9%.

BACA:  9 Petua Melegakan Sakit Tekak & Bengkak Tonsil Dengan Bahan Semulajadi

Hal ini demikian kerana dikatakan bahawa epal hijau ini mengandungi bahan-bahan yang membolehkan tekanan darah yang tinggi diturunkan serta banyak membantu melancarkan pengaliran darah kita.

2. KHASIAT EPAL HIJAU UNTUK PENCERNAAN
Zat besi dalam epal boleh membantu meningkatkan kadar oksigen dalam darah dan membantu meningkatkan
kadar metabolisme.

Selain itu, serat yang tinggi dapat meningkatkan kesihatan sistem pencernaan supaya bebas dari toksin sekaligus bebas dari masalah sembelit dan mengurangkan risiko jangkitan barah usus besar.

3. KHASIAT EPAL HIJAU UNTUK DIET
Epal hijau adalah antara snek yang terbaik untuk anda yang sedang berdiet.

Dibekalkan dengan serat dan rendah lemak, gula, dan natrium, epal hijau diketahui dapat mengurangkan rasa lapar.

Selain itu, pengambilan epal hijau dapat meningkatkan potensi pembakaran kalori yang membantu anda mencapai matlamat penurunan berat badan anda dengan cara yang sihat.

 

4. KHASIAT EPAL HIJAU UNTUK KECANTIKAN
Tahukah anda, yang anda boleh membuat masker semulajadi mengunakan epal hijau?

Antara manfaatnya untuk kulit luaran ialah ia dapat melembapkan kulit serta membantu menghilangkan kedutan sambil memperbaiki keseluruhan tekstur kulit.

Caranya mudah, hanya kisar dan ambil seratnya. Kemudian campurkan dengan sedikit madu dan bolehlah disapukan ke seluruh bahagian muka.

Lebihan jus tu boleh diminum. Sedap!

5. KELEBIHAN EPAL HIJAU UNTUK RAMBUT
Ramuan yang dibuat dari daun dan kulit epal hijau berfungsi dengan baik untuk mengatasi masalah kelemumur.

Maka tak hairanlah ada produk yang menggunakannya sebagai bahan utama untuk syampu.

BACA:  Menjerit Pada Anak Lebih Bahaya Dari Merotan. Semua ‘Disimpan’ Dalam Otak Anak

Untuk membuatnya mudah saja, kisarkan epal dan ambil jusnya untuk dilumur secara berkala ke kulit kepala. Mesti rasa segar!

 

6. MENGURANGKAN KADAR KOLESTEROL
Selain itu, golongan individu yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi disarankan untuk banyak mengambil epal hijau.

Ia juga mengandungi anti-oksidan yang membantu dalam pembentukan semula sel sel dan melindungi hati supaya ia dapat berfungsi dengan baik.

8. BAIK UNTUK PENGLIHATAN ANDA
Epal hijau adalah sumber pelbagai vitamin.

Vitamin A yang terdapat didalamnya diketahui mempunyai potensi untuk memperkuat dan meningkatkan penglihatan anda.

9. KHASIAT EPAL HIJAU UNTUK WANITA
Kandungan zat baron yang terdapat dalam epal hijau dikatakan mampu mengawal keseimbangan hormon estrogen dalam badan individu wanita.

Hormon estrogen adalah hormon yang penting untuk wanita dalam membantu aspek perkembangan seksual dan mengawal penebalan dinding rahim selama proses kitaran menstruasi dan kehamilan.

Estrogen juga berperanan untuk mengawal metabolisme tulang dan kolesterol.10. TULANG DAN GIGI YANG SIHAT
Epal hijau juga mengandungi kalsium, yang penting untuk menguatkan tulang.

Beberapa sumber lain melaporkan bahawa epal hijau boleh mencegah kerosakan gigi.RUPANYA ADA BANYAK KELEBIHAN EPAL HIJAU!
Wah, begitu banyak kebaikan yang terkandung dalam sebiji epal hijau kan?

Jadi lepas ni bolehlah kita amalkan makan epal hijau secara sederhana.

Ia boleh dimakan begitu saja, ditambah dalam overnight oats atau dibuat jus – ikut selera masing-masing ok!

Yang penting, pelbagaikan pengambilan buah-buahan dan sayuran untuk memastikan kita mendapat khasiat yang seimbang setiap hari.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.