≡ Menu

Ramai Tak Tahu Manfaat Yang Besar Jika Mandi Menggunakan Air Sejuk.

RAMAI daripada kita memilih untuk mandi menggunakan air panas terutamanya pada waktu pagi.

Tetapi tahukah anda bahawa beberapa kajian menunjukkan bahawa mandi dengan air sejuk lebih bagus untuk kesihatan fizikal dan mental manusia.

Pelbagai manfaat dapat diperolehi menggunakan air sejuk ketika mandi termasuklah meningkatkan sistem pertahanan tubuh, menyegarkan dan beberapa kebaikan yang lainnya.

Berikut adalah beberapa manfaat mandi menggunakan air sejuk berbanding air panas terutamanya pada waktu pagi seperti dilaporkan Medical News Today.

1. Menyegarkan!

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Anda mungkin berasa tidak tahan dengan kesejukan saat ia terkena pada badan tetapi percayalah ia mampu menyegarkan anda terutamanya pada waktu pagi!

Menurut satu kajian yang diterbitkan menerusi British Journal of Sports Medicine, mandi air sejuk memiliki banyak kesan fisiologi pada tubuh.

Air sejuk juga mampu meningkatkan metabolisme tubuh kerana perlu bekerja lebih keras untuk mempertahankan suhu badan yang stabil.

Ia sekali gus membuatkan seseorang lebih aktif pada waktu pagi.

2. Meningkatkan sistem pertahanan tubuh

Sebuah kajian bertajuk, “The Effect Cold Showering on Health and Work: A Randomized Controlled Trial” menemui bahawa orang yang mandi menggunakan air sejuk, 29 peratus lebih rendah untuk jatuh sakit.

Penyelidik menyimpulkan bahawa mandi air sejuk dapat membuatkan penyakit seseorang menjadi tidak terlalu teruk dan memicu sistem kekebalan tubuh manusia.

3. Meningkatkan mood

Beberapa penyelidik teori mengungkapkan bahawa mandi menggunakan air sejuk dapat meningkatkan mood seseorang.

Sebuah kajian oleh Medical Hypotheses menunjukkan bahawa mandi air sejuk dapat mengaktifkan sistem saraf simpatik dan meningkatkan kesediaan neurotransmitter seperti neropinefrin dan endorfin.

BACA:  Ada Sebab Kenapa Kebanyakan Kedai Tak Guna Lagi Polisterin Untuk Bungkus Makanan. Ini Sebabnya, Jangan Kita Pakai Lagi

Seseorang juga mungkin lebih cenderung tidak mengalami gejala kemurungan selepas mandi menggunakan air sejuk. Bagaimanapun penting untuk diketahui bahawa air sejuk bukan satu-satunya rawatan bagi masalah itu.

4. Mempercepatkan pemulihan fizikal

Sebuah kajian menerusi Journal of Strength and Conditioning Research mendapati bahawa mandi terapi air kontra (menggunakan air panas, kemudian air sejuk) dapat membantu meningkatkan pemulihan dan mengurangkan kepenatan.

Penelitian ini dapat membantu ahli sukan dalam membantu melegakan kesakitan otot selepas bersukan.

5. Mengurangkan rasa sakit

Dalam sebuah kajian yang lain, air sejuk juga mempunyai kesan seperti bius setempat untuk menghilangkan rasa sakit.

Pendedahan terhadap air sejuk dapat menyebabkan pembuluh darah menyempit sehingga membantu mengurangkan pembengkakan dan rasa sakit.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.