≡ Menu

Ramai Yang Tahu Kebaikan Essential Oil, Tak Ramai Yang Cakna Kesan Sampingannya

Penggunaan terma seperti “dihasilkan daripada 100% bahan semulajadi” atau “terapeutik” secara tidak langsung telah berjaya menjadi daya tarikan buat essential oil.

Baunya yang wangi dan menenangkan cukup diminati ramai dan sudah menjadi sebuah kemestian bagi sesetengah orang.

Namun, baru-baru ini, orang ramai mula membuka mata tentang perihal essential oil yang dikatakan tidak sesuai digunakan jika ada anak-anak di rumah, malah sebuah hantaran di Twitter menjadi tular apabila seorang pengguna melaporkan masalah pembesaran payudara pada anak yang baru berusia 6 tahun.

Sejauh manakah kesan sampingan essential oil kepada kesihatan?
Mari kita kenali essential oil serta kesannya yang kita perlu ‘alert’.

APA ITU ESSENTIAL OIL?

Essential Oil ialah cecair yang diekstrak daripada pelbagai tumbuhan. Baunya juga lebih kuat dan mengandungi kandungan komponen aktif yang lebih tinggi berbanding tumbuhan asal.

Selain dijual sebagai pewangi aromaterapi, essential oil juga boleh dijumpai dalam produk lain seperti minyak wangi, kosmetik dan sabun mandian.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Essential oil juga mengandungi beberapa komponen aktif yang baik untuk tubuh seperti antoksidan, ester dan terpene.

Berdasarkan kajian terbitan Journal of Dietary Supplements, penggunaan essential oil didapati berkesan membantu dalam melegakan rasa cemas, menenangkan minda dan meningkatkan tenaga.

ESSENTIAL OIL ADA BAIK DAN BURUKNYA

Sehingga ke hari ini, masih belum ada essential oil yang betul-betul selamat digunakan.

Buat masa sekarang, kebanyakan essential oil selamat jika digunakan dengan kaedah yang betul.

Beberapa essential oil juga mempunyai kebaikan dan kekurangannya. Antaranya :

  • Minyak eucalyptus baunya menenangkan namun boleh menyebabkan sawan jika tertelan.
  • Bau minyak chamomile juga dapat memberikan ketenangan, namun ia tidak sesuai digunakan bagi orang yang mempunyai alahan pada bunga dari keluarga daisi.
  • Minyak pudina mampu memberikan kesan dingin pada kulit, tetapi ia juga boleh menyebabkan kulit kemerahan atau melecur.
BACA:  Ruginya, Dalam Diam Mengumpul Dosa. Nauzubillah

Walaupun dihasilkan daripada ekstrak tumbuhan, ini tidak bermakna penggunaan essential oil selamat dan sesuai untuk semua.

Hakikatnya, terdapat banyak bahan kimia semulajadi dan berasaskan tumbuhan yang tidak selamat.

KESAN SAMPINGAN ESSENTIAL OIL YANG PERLU DIAMBIL PERHATIAN

Apa yang jelas, seperti produk berasaskan tumbuhan lain, essential oil juga boleh boleh menyebabkan masalah kesihatan.

Antara kesan sampingan penggunaan essential oil adalah seperti berikut :

1. MENYEBABKAN GANGGUAN HORMON

Menurut Dr Romy Block, seorang pakar dalam bidang endokrinologi berkata essential oil boleh mengganggu aktiviti endokrin yang berfungsi dalam menghasilkan hormon.

Endokrin yang terganggu boleh memberi kesan kepada penghasilan hormon dan mengakibatkan masalah kesihatan seperti kenaikan berat badan, ‘mood swing’ , ketidaksuburan, tidur yang terganggu dan kelesuan.

Menurut beliau, terdapat beberapa kes tentang kesan sampingan essential oil yang dilaporkan antaranya minyak lavender yang boleh mengakibatkan pembentukan payudara pada usia muda kanak-kanak perempuan serta minyak tea tree yang boleh mengakibatkan kesan yang sama pada kanak-kanak lelaki.

 

2. MENGAKIBATKAN ALAHAN

Sesetengah essential oil juga boleh menyebabkan alahan.

Anda boleh kenalpasti alahan jika anda mempunyai gejala seperti mata gatal dan berair, hidung tersumbat dan sering bersin.

Penggunaan essential oil secara sapuan terus pada kulit juga tidak disarankan kerana boleh menyebabkan kemerahan, gatal-gatal dan bengkak.

3. IRITASI PADA KULIT

Disebabkan komponen aktif berkonsentrasi tinggi yang ada dalam essential oil, ia tidak sesuai disapu terus pada kulit.

Jika disapu terus, ia boleh menyebabkan iritasi pada kulit seperti keradangan dan kegatalan. Larutkan essential oil terlebih dahulu sebelum menyapunya pada kulit.

4. BAHAYA KEPADA HAIWAN PELIHARAAN

Berdasarkan American Society for Prevention to Cruelty to Animals (ASPCA), kucing sangat sensitif pada bau essential oil kerana deria baunya yang lebih kuat berbanding manusia.

BACA:  Pernah Terfikir Tak Kenapa Rumah Nenek Kita Mesti Ada Serai Di Rumah? Ini 10 Sebabnya

Walaupun kesan penggunaan essential oil berbeza antara kucing, sebaiknya pemilik kucing perlulah elakkan kucing berada di ruang yang dipasangkan diffuser.

Jangan sesekali menyapu essential oil pada kucing pula !

TIPS MENGELAKKAN KESAN SAMPINGAN ESSENTIAL OIL

Bagi memastikan kesesuaian essential oil, anda boleh jalankan patch test.

Caranya ialah dengan sapukan essential oil yang telah dilarutkan pada bahagian kecil kulit.

Tunggu seketika dan perhatikan jika ada kesan alahan. Jika kulit merah, atau kegatalan, basuhkan kulit dan jangan gunakan essential oil tersebut.

Agak sukar untuk menidakkan atau mengiyakan keberkesanan essential oil kerana ia boleh memberikan reaksi berbeza bergantung kepada individu.

Bagi yang ingin mengamalkan essential oil di rumah, anda boleh ikuti tips ini :

  • Jika anda mengandung, berpenyakit, atau mempunyai anak kecil di rumah, bincang dahulu dengan doktor sebelum mencuba essential oil.
  • Hentikan penggunaan essential oil jika ia menyebabkan simptom alahan seperti mata berair, kulit gatal atau sesak nafas.
  • Elakkan kucing daripada ruang yang dipasangkan diffuser essential oil. Bukakan pintu supaya kucing anda bebas ke mana-mana.
  • Walaupun dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan, essential oil boleh jadi racun jika tertelan. Jauhinya daripada capaian kanak-kanak dan haiwan peliharaan.

 

Essential oil ada baik dan buruknya.

Walaupun ia dibuat berasaskan bahan semulajadi, ia boleh menyebabkan kesan sampingan bagi sesetengah individu. Sebelum gunakan essential oil, anda harus pastikan kesesuaiannya dengan anda dan ahli keluarga.

Menurut Dr Che Puteh Osman, seorang ahli kimia, dalam satu jenis essential oil boleh terdapat berpuluh hingga ratus sebatian kimia.

Gunakanlah essential oil dengan selamat, dan dapatkan bantuan perubatan jika berlaku kesan sampingan.

Elakkan makan essential oil dan elakkan essential oil yang mengandungi camphor kepada kanak-kanak bawah 2 tahun.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.