≡ Menu

Rambut Beruban Di Usia Muda? Apa Puncanya? Baca Lebih Lanjut

Semua orang akan merasai tua dan salah satu cara nak mengenali seseorang sudah lanjut usia apabila rambut mulai beruban.

Uban dikaitkan dengan faktor usia tetapi bagaimana pula untuk individu yang masih muda tetapi rambut mereka mulai bertukar menjadi putih.

Tahukah, secara umumnya uban berlaku di pertengahan 30-an bagi orang putih manakala individu dari Asia mula mempunyai rambut beruban di lewat 30-an dan mereka yang berbangsa Afrika-Amerika tidak beruban sehinggalah mencecah usia pertengahan 40-an.

Tetapi bagaimana jika sebaliknya pula berlaku? Di usia 20-an, awal 30-an sudah menampakkan kemunculan uban.

Faktor genetik

Genetik merupakan penyumbang terbesar kepada rambut beruban. Sekiranya anda mempunyai sejarah keluarga yang mengalami uban pramatang, anda juga berkemungkinan besar untuk mengalami perkara yang sama.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Tambahan, genetik anda juga menentukan berapa pantas rambut anda akan menjalani proses beruban dan sama ada rambut anda bertukar menjadi warna perak atau putih.

BACA:  Bolehkah orang Islam makan daging (Kosher) sembelihan orang Yahudi?

Keadaan perubatan

Uban pramatang mungkin berpunca daripada masalah kesihatan seperti anemia, vitiligo dan kekurangan vitamin B12. Orang yang mempunyai masalah pituitari dan tiroid juga lebih cenderung untuk mengalami uban pramatang.

Penggunaan tembakau

Kajian menunjukkan terdapat hubungan antara uban pramatang dan merokok. Kajian pada tahun 2010, menyatakan orang yang merokok lebih berisiko untuk beruban pada usia dua setengah kali ganda lebih awal berbanding yang tidak merokok.

BACA:  Sekurang-Kurangnya Berjalanlah Sebanyak Ini Untuk Kesihatan Kardiovaskular Anda! Cubalah

Memandangkan bahan kimia di dalam rokok boleh membahayakan sel rambut, merokok juga meningkatkan risiko untuk botak.

Tekanan

Walaupun masih tiada bukti yang mencukupi untuk mengaitkan antara tekanan dan uban pramatang, para saintis percaya bahawa hormon tekanan mempunyai kesan yang negatif kepada sel yang berfungsi menghasilkan pigmen rambut lalu menyebabkan ia beruban lebih awal.

Walau bagaimanapun, tekanan sememangnya membuatkan rambut gugur. Jadi, sekiranya anda mahu rambut yang cantik, adalah baik untuk mengawal tekanan anda.

Lagi satu, ada fakta mengatakan jika kerap mencuci rambut juga boleh mendatangkan uban. Betul ke?

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.