≡ Menu

Rancanglah Pengurusan Harta, Elakkan Perbalahan Dan Kesulitan Di Kemudian Hari.

Permusuhan, berebut-rebut harta, saman-menyaman dan kes lambat selesai! Itulah antara risiko yang bakal dihadapi sekiranya seseorang itu gagal membuat perancangan harta dengan baik semasa hayatnya. Sudahlah pemahaman masyarakat Islam agak lemah, keadaan ini diburukkan lagi dengan kecilnya bilangan yang mempunyai kesedaran, keprihatinan dan kepekaan untuk menguruskan harta sendiri atau keluarga masing-masing.

Pemahaman yang lemah menjadikan harta tidak dirancang dengan baik. Sebahagiannya kurang kesedaran tentang kepentingan instrumen perancangan harta seperti wasiat dan hibah. Sebahagian yang lain pula enggan untuk bersedia terhadap proses tuntutan yang sukar selepas kematian. Sesetengahnya pula cuai, tidak mengambil serius dan bertangguh-tangguh.

Tidak dinafikan bahawa mengurus harta yang telah ditinggalkan oleh seseorang yang telah meninggal dunia merupakan tindakan dan proses yang sukar, tetapi bukan bermakna ia boleh diabaikan dan dibiarkan begitu sahaja. Hal inilah yang mengakibatkan harta menjadi beku, tidak dapat memberi manfaat kepada waris malah yang menyedihkan akan menyukarkan kehidupan waris yang selama ini bergantung pada si mati. Disebabkan sikap-sikap yang negatif ini, ada kes yang hanya dapat disempurnakan selepas berdekad lamanya malah menjangkaui hingga 50 tahun. Bahkan ada juga kes yang hanya diberi perhatian oleh waris selepas lapan generasi!

Apa lagi agaknya yang dapat menyedarkan kita semua bahawa kematian itu sesuatu yang tidak mampu dihidu oleh sesiapa?  Apatah lagi dalam suasana pada ketika ini betapa kematian yang disebabkan wabak COVID-19 seperti masih enggan untuk berhenti. Seperkara lagi, kalaulah orang dewasa pun mengalami rasa sukar untuk menguruskan harta peninggalan si mati, bolehkah kita bayangkan bagaimana pula keadaannya jika waris-waris yang ditinggalkan itu masih amat muda dan bergantung hidup pada orang dewasa? Sehubungan dengan ini, dinyatakan bahawa sehingga 13 September 2021 terdapat seramai 4,422 orang kanak-kanak telah kehilangan salah seorang daripada ibu bapa atau penjaga mereka. Daripada jumlah itu pula seramai 154 orang kanak-kanak menjadi yatim piatu kerana kehilangan kedua-dua ibu bapa mereka.

Jika dalam kalangan orang dewasa mempunyai keprihatinan yang tinggi terhadap perkara ini dan mereka  membuat perancangan yang sempurna terhadap harta yang mereka miliki, sudah tentu apabila berlaku kematian, waris-waris tidaklah akan menghadapi keadaan yang amat sukar. Apatah lagi jika waris-waris yang ditinggalkan masih muda. Itu belum lagi keadaan mereka yang terdedah dengan manipulasi orang dewasa yang tidak amanah dalam mentadbirkan harta mereka sebagai anak-anak yatim. Sekurang-kurangnya apabila perancangan terhadap harta dibuat dengan sempurna maka, kuranglah kebarangkalian harta itu untuk dimanipulasi oleh kalangan yang tidak bertanggungjawab. Dan sekiranya timbul sebarang kemusykilan ketika mereka dewasa kemudiannya, masih terdapat dokumen atau rekod yang mereka boleh capai kerana dokumen tidak hanya disimpan oleh pemberi, pemegang amanah dan penerima manfaat, malah ia juga disimpan oleh agensi atau institusi berkaitan.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Meninggalkan waris dalam keadaan berharta itu telah pun dipesankan oleh Rasulullah SAW melalui hadis baginda dalam persoalan yang melibatkan wasiat. Instrumen wasiat adalah antara perancangan harta yang baik dan medium ini disediakan untuk mereka yang bukan dalam kalangan waris tetapi seharusnya merupakan individu yang memberi erti dalam kehidupan seseorang individu.  Pada penghujung pesanan itu baginda menyatakan bahawa:

“Sesungguhnya meninggalkan para waris dalam keadaan kaya dan berharta itu lebih baik daripada meninggalkan mereka dalam keadaan miskin dan meminta-minta. Sekiranya kamu membelanjakan sesuatu hanya untuk mendapatkan keredaan Allah, kamu tetap mendapat ganjaran walaupun hanya sesuap makanan yang kamu suapkan ke mulut isteri kamu.” Riwayat oleh Imam Bukhari dan Muslim.

BACA:  Rezeki Saya Terbuka Luas Lepas Amalkan 2 Perkataan Zikir Ini

Pesanan yang disampaikan oleh baginda bukan sekadar harus difahami dan digunakan secara asal boleh (simplistic). Zaman telah berubah. Sekiranya perancangan tidak dibuat secara teliti dan sempurna, keadaan ini boleh mengundang pertikaian dan manipulasi. Dengan dokumentasi yang kemas dan lengkap akan menjadi dokumen yang selamat dan boleh melindungi hak-hak pihak yang berkepentingan. Malahan hak harta itu sendiri dapat dilindungi. Contohnya dalam persoalan hibah. Hibah sudah sempurna tanpa kehadiran saksi. Walaupun demikian, dalam dokumentasi hibah, saksi diperlukan bagi menjadikan hibah berkenaan benar-benar boleh dikuatkuasakan selain menjadi dokumen yang utuh dan sukar untuk dipertikai. Dalam hal ini perancangan harta sebenarnya turut melibatkan dokumentasi lengkap tentang aset dan liabiliti pemilik, pelantikan wasi dan pakar-pakar yang menjadi rujukan.

Satu hakikat yang perlu diambil perhatian dan dihadapi oleh pemilik harta serta mereka yang menguruskan harta keluarga ialah, perancangan harta melibatkan modal dengan sejumlah wang yang banyak. Kekangan kewangan boleh menyebabkan proses untuk mengurus tadbir menjadi terbengkalai dan terhenti di pertengahan jalan.

Pengajaran yang boleh diambil di sini antaranya adalah apabila kita mengumpul harta atau kekayaan ia seharusnya disusuli dengan perancangan harta yang kemas dan didokumentasikan. Sebagaimana yang telah disebutkan sebelum ini bahawa harta yang dibiarkan dan tidak diuruskan akan menjadi harta beku. Bagi harta beku dalam bentuk wang ringgit selepas tujuh tahun akan diserahkan ke baitulmal. Dalam hal ini sekurang-kurangnya ia boleh memberi manfaat kepada masyarakat Islam secara kolektif. Malangnya, jika harta beku itu dalam bentuk aset fizikal, ia hanya akan terbiar begitu sahaja. Sudah tentu, ia sesuatu yang merugikan kepada sektor ekonomi masyarakat Islam.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.