≡ Menu

Rasulullah Teladan Untuk Kita Ikuti. Hayatilah Perjuangan Baginda Rasulullah

Islam agama yang bukan hanya menyentuh soal ibadah seperti sembahyang, puasa dan zakat sahaja, tetapi Islam juga bercakap soal negara bangsa. Salah satu cabang ilmu Syariah ialah Fiqh Muamalat yang di dalamnya merangkumi perbincangan tentang politik kenegaraan (Fiqh al-Siyasah al-Dawliyyah), maka lahirlah perbincangan yang luas tentang kedudukan negara bangsa dalam Islam berpandukan nas-nas al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Sejarah kehidupan bernegara baginda SAW sudah pasti menjadi sandaran paling penting dalam proses memahami hubungan Muslim dengan tanah airnya dari segi kecintaan dan semangat patriotisme dalam dirinya.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, patriotisme bermaksud: “Perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air.” Antara ilmuan besar dunia Islam yang menyentuh secara khusus tentang negara bangsa ini ialah Syeikh Yusuf al-Qaradawi melalui beberapa tulisannya seperti Min Fiqh al-Dawlah fi al-Islam (Fiqh Kenegeraan dari Perspktif Islam), al-Siyasah al-Syar’iyyah (Politik menurut Syariah) dan Piagam Kefahaman Islam. Antaranya beliau menyebut bahawa setiap Muslim wajib menyintai tanah airnya melalui penghayatan kehidupan yang sebenar berdasarkan pedoman agama seperti yang kita pelajari daripada kecintaan Rasulullah SAW terhadap bumi Makkah ketika peristiwa Hijrah al-Rasul pada tahun ke-11 kerasulannya.

Allah SWT merakamkan janji-Nya kepada baginda ketika peristiwa Hijrah bahawa Dia akan kembalikan semula tempat yang dirindui oleh baginda itu. Firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah yang mewajibkan kamu menyebarkan al-Quran (agama Islam) akan mengembalikan semula kamu ke tanah airmu.” (Surah Al-Qasas: 85). Tanah air yang dirindui itu ialah Makkah yang merupakan tempat tumpahnya darah baginda yang mulia. Sirah menggambarkan betapa baginda dan para sahabat sangat sedih dan berasa berat kaki untuk melangkah meninggalkan bumi Makkah lantaran bumi itulah tempat jatuh lagi dikenang.

BACA:  Kaut Pahala Berlipat Ganda. Amalkan Sedeqah Dan Lazimi Bacaan Al-Quran

Sebuah hadis yang masyhur daripada Ibnu ‘Abbas RA bahawa baginda bersabda yang bermaksud: “Alangkah baiknya dirimu wahai Makkah, sungguh betapa aku sangat menyintaimu. Jika bukan kerana kaumku yang menghalauku dari sini, pasti aku akan kekal tinggal di sini.” (Riwayat al-Tirmizi).

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Sempena sambutan Hari Malaysia ke-70 pada tahun ini, marilah kita mengambil pengajaran daripada kisah cinta Rasulullah SAW ini terhadap tanah airnya. Cinta memerlukan jihad dan perjuangan, kerana cinta tulus baginda ini maka tertegaklah sebuah negara Islam iaitu Madinah yang menjadi tanah haram kedua sehingga hari ini. Cintakan negara mestilah dibuktikan dengan sumbangan daripada semua lapisan masyarakat bermula dari yang tua sehingga yang muda, pemimpin sehingga rakyat, dari sebesar-besar sumbangan sehinggalah sekecil sumbangan walaupun hanya membuang sampah ke dalam tong yang disediakan, menjaga kebersihan alam sekitar, menghulurkan rezeki kepada gelandangan, memberi makanan kepada haiwan terbiar di tepi atau apa sahaja yang boleh menguntungkan bumi Malaysia tercinta.

BACA:  Nama Sahabat Yang Disebut Di Dalam Al-Quran

Setelah beberapa lama kita menikmati sebuah negara yang merdeka, maka bangkitlah wahai rakyat Malaysia untuk mara memajukan negera dengan pelbagai kepakaran masing-masing. Ada yang pakar IT, pertanian, ekonomi, diplomasi dan banyak lagi sepatutnya digunakan untuk memajukan negara. Jika dia seorang pakar Muslim, maka ketahuilah bahawa sumbangannya itu bukan sahaja bermanfaat di dunia tetapi juga di alam selepas kematiannya kelak. Ini kerana segala jasa dan sumbangannya itu menjadi ilmu yang dimanfaat generasi selepasnya, justeru itulah pahala yang kekal dan berpanjangan sehingga hari kiamat.

Kerana itu, ilmu dan pendidikan mesti digabungjalinkan dengan nilai dan etika (akhlak) bagi proses menyempurnakan peribadi seorang manusia (rakyat). Semua orang tahu buang sampah merata-rata akan merosakkan bumi hijau, tetapi apabila pengetahuan (ilmu) itu tanpa peradaban (akhlak) maka kerosakan itu tetap akan berlaku. Tetapi apabila pengetahuan dan peradaban dikombinasikan secara normal, maka semua orang akan berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan kebaikan kepada alam. Semoga kita menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembinaan negara bangsa melalui kecintaan kita terhadap bumi Malaysia walau sekecil mana sekalipun sumbangan kita.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.