≡ Menu

Remaja 18 tahun meninggal dunia kerana kanser perut, selepas kerap makan mi segera setiap malam

Seorang pelajar lelaki berusia 18 tahun dari Taiwan dilaporkan meninggal dunia kerana menghidap kanser perut selepas menjadikan mi segera sebagai makanan hariannya.

Difahamkan, remaja berkenaan mula mengamalkan pemakanan yang tidak sihat itu sejak dari sekolah menengah.

Selepas tamat dari sekolah menengah dan berjaya masuk ke universiti, dia mula menunjukkan tanda-tanda seperti perut kembung, rasa loya dan sakit perut menyebabkan keluarganya berasa risau dan bimbang keadaannya tidak bertambah baik dari masa ke semasa.

BACA:  Tabiat Ini Punca Tahi Telinga KERAS.Ini Cara Paling Berkesan Membersihkan Lubang Telinga Tersumbat TANPA MEMBAHAYAKAN Diri Anda!

Lalu remaja itu dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan. Namun kesemua mereka terkejut apabila doktor mengesahkan dia menghidap kanser perut tahap kritikal.

Menurut doktor, peluang untuk remaja itu bertahan lama adalah amat tipis kerana sel-sel kanser telah merebak pada organ-organ lain.

Selepas setahun lebih bertarung dengan penyakit kanser itu, remaja yang tidak didedahkan namanya itu akhirnya meninggal dunia.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Pakar Onkologi, Dr Gan, menasihatkan orang ramai mengurangkan pengambilan makanan seperti sosej, daging bakar, jeruk dan mi segera kerana makanan-makanan ini dikaitkan dengan penyebab kanser.

BACA:  Amalan Minum Air Selepas Bangun Tidur

Sumber: World of Buzz, Seehua

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.

x