Allah SWT menciptakan makhluk-Nya di atas muka bumi ini dan mengurniakan setiap makhluk rezeki daripada pelbagai bentuk. Allah SWT tidak sekali-kali membiarkan makhluk-Nya hidup tanpa kurniaan rezeki.
Bersabarlah dalam memohon rezeki daripada-Nya yang dikenali dengan Ar-Razzaq. Allah SWT mengurniakan rezeki kepada sesiapa saja yang dikehendaki-Nya. Asalkan hamba itu berusaha mendapatkan rezeki yang dihajati.
“…Barangsiapa bertakwa kepada ALLAH nescaya ALLAH akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada ALLAH nescaya ALLAH akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya ALLAH melaksanakan urusan yang (dikehendaki)NYA. Sesungguhnya ALLAH telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (Surah Ath-Thalaq : 2-3)
Namun ada sebab mengapa rezeki ‘menjauh.’
Berikut tujuh sebab mengapa ‘hilangnya’ rezeki.
1. SERING BERGADUH
Usahlah bergaduh sesama suami isteri, lagi-lagi perihal duit. Berbincang dan cari persefahaman. Bila pasangan tidak redha antara satu sama lain, di situlah rezeki akan disekat…
2. MERUNGUT DAN MERASA ANAK-ANAK SEBAGAI BEBAN
Berikanlah kasih sayang kepada anak-anak kerana setiap anak adalah rezeki ALLAH Ta’ala. Namun ibu dan bapa juga perlu mengusahakan rezeki untuk anak-anak tanpa merungut dan rasa terbeban.
3. SELALU MENGELUH SESAMA SUAMI ISTERI DENGAN APA YANG TIDAK DIMILIKI
Kurangkan mengeluh dan banyakkan bersyukur dengan apa yang dimiliki tidak kira banyak atau sedikit kerana syukur itu adalah kunci kepada rezeki yang melimpah ruah…
4. LOKEK DENGAN PASANGAN DAN ANAK-ANAK
Jangan terlalu berkira-kira untuk mempermudahkan hal yang baik sekeluarga. Perlu ada tolak ansur dan dan faham sesama pasangan kerana rezeki yang ALLAH Ta’ala beri adalah untuk dikongsi bersama.
5. GAGAL MENGAWAL EMOSI DAN AMARAH
Jangan meninggikan suara dan gunakan kata-kata yang baik sahaja bersama suami, isteri dan juga anak-anak. Buangkan cara menakut-nakutkan ahli keluarga dan tanamkan layanan yang penuh mesra.
6. KURANG SABAR
Bersabarlah dalam menangani karenah suami, isteri dan anak-anak. Adakalanya sesuatu itu kita tidak suka. Tetapi, tetap perlu bersabar dan fahami keadaan pasangan dan anak. Nasihat dan cari penyelesaian secara baik. Banyakkan bersabar kerana sabar itu duit…
7. KURANG BERDOA DAN KURANGNYA BERTAKWA PADA ALLAH
Sentiasalah mendoakan yang baik-baik untuk suami, isteri dan anak-anak. Sentiasa ingatkan mereka dalam doa dan juga sepanjang hari kerana kuasa doa itu adalah luar biasa. Bertakwa dan bertawakal lah pada ALLAH.