≡ Menu

Risiko Kanser Jika Anda Berlebihan Garam. Ikuti Perkongsian Ini

Sodium merupakan mineral yang terkandung dalam garam dan merupakan antara nutrisi yang diperlukan dalam tubuh badan manusia tetapi dalam kuantiti yang kecil. Walaupun garam penting namun pengambilan yang melebihi keperluan boleh mendatangkan banyak keburukan pada tubuh manusia.

Garam atau sodium antara bahan tersembunyi yang ada dalam setiap makanan yang kita makan. Oleh itu, setiap orang perlu sentiasa menjaga kadar pengambilan garam atau sodium bagi mengelakkan penyakit yang disebabkan oleh kadar sodium yang tinggi dalam badan.

Ikuti perkongsian seorang Dietition yang memberikan tips-tips menghadkan pengambilan sodium.
TINGGI SODIUM TINGGI RISIKO KANSER
“Kalau takdak budu, sambal belacan, ikan masin tak lengkap menu tu..mesti ada baru selera”
“Tak sempat nak masak bila balik, tu selalu beli makanan segera untuk anak anak…senang diorang pun suka”
“Letak msg atau serbuk sikit dalam masakan..baru umph”

Memang tak dinafikan makanan macam ni memang naik selera makan tapi kandungan sodium tu tinggi. Sodium ni sejenis garam dan banyak digunakan untuk mengawet makanan bagi tahan lama dan menaikkan rasa makanan.

Sodium banyak dikaitkan dengan darah tinggi. Kalau ambil sodium lebih dari had selalu darah tinggi akan naik mencanak. Tapi mungkin itu bagi orang yang ada hipertensi kan, yang takde penyakit boleh la melantak kan kan kan
Tak jugak.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Baru baru ini saya terima kes melalui NGO yang saya kendalikan bersama team iaitu Kelab Bantu Dia seorang pesakit lelaki didiagnos kanser usus tahap 3.

BACA:  10 Sifat Isteri Yang Memurahkan Lagi Rezeki Suami

Tidak boleh bekerja, bergantung sepenuhnya dengan makanan melalui tiub, dan tak dapat nak membuang seperti biasa (kebanyakan pesakit perlu bergantung pada stoma bag macam dalam gambar di bawah sebab dah kena operate usus).

Pengambilan sodium yang berlebihan secara berterusan meningkatkan RISIKO kena kanser usus (colorectal). TERUTAMANYA melalui makanan daging terproses (hotdog, burger, nugget etc), ikan masin, makanan jeruk (buah/sayur) atau makanan yang dihasilkan melalui fermentasi (kicap, budu, cencalok etc).

Had sodium seeloknya 1 hari 5gm (1 sudu kecil) tapi rakyat Malaysia secara purata ambil 7g atau lebih.
Tinggi sangat…

Dan tahu tak, kanser usus ini adalah kanser kedua tertinggi di Malaysia? Kadar kematian 1 dalam 5 orang. Itu sebab saya risau.

Antara tips untuk hadkan pengambilan sodium sehari
1. Gunakan MSG yang natural seperti tomato, kentang, cheese dalam masakan dari guna MSG serbuk.
2. Buat homemade nugget, hotdog, burger untuk seisi keluarga (boleh tambah sayur).
3. Buat stok sendiri dari menggunakan kiub pati atau perasa.
4. Elak tambah garam dalam masakan yang sedia ada sumber garam lain contoh masak kicap, masak dengan ikan bilis atau ikan masin, menggunakan pes atau sos.
5. Dari letak garam dalam masakan, letak dalam mangkuk hidangan, contoh apabila dapat mangkuk sup atau hidangan yang tawar dan tiada garam anda cuit sikit garam dan letak dalam mangkuk untuk secukup rasa.
Kalau nak budu, sambal belacan, kicap padankan dengan masakan yang kurang garam macam ikan bakar etc.
6. Elak dari makan makanan luar. Jika perlu utamakan hidangan yang lengkap (ada nasi, lauk dan sayur) dari hidangan ala carte sahaja (contoh nasi goreng xxx, mee xxx, kuehteow xxx)
7. Tak perlu hirup sup sampai licin. Kebanyakan sodium ada dalam kuah.
8. Hadkan 1 sudu kecil garam sehari dengan letak siap siap dalam bekas sambil amalkan tips no 5.
9. Balancekan dengan sayur hijau dan buah sebab potassium dalam makanan ni melawan kesan sodium dengan baik.
10. Utamakan makanan fresh dari mengambil makanan dalam tin, paket atau botol (contoh buah fresh bukan buah tin, ikan fresh bukan ikan tin etc).
Semua orang boleh amalkan tips di atas, bukan sahaja pesakit darah tinggi.

BACA:  Pelik Betul, Lepas Makan Pulut Mesti Mengantuk. Ini Puncanya!
Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.