≡ Menu

Rokok Gulung Atau Rokok Biasa? Yang Mana Lebih Sihat?

Kita semua pasti sudah tahu bahawa tabiat merokok merupakan salah satu tabiat yang boleh menjejaskan kesihatan tubuh badan manusia.

Bagi mereka yang merokok, pasti ada yang pernah mencuba rokok gulung. Apakah perbezaan rokok biasa dan rokok gulung?

Adakah rokok gulung lebih selamat?

Bagi menjawab persoalan tersebut, berikut penjelasan yang dipetik di laman Hello Doktor dan tulis oleh Ahmad Farid.

Apa itu rokok gulung?
Buat anda yang belum tahu, rokok gulung adalah sejenis rokok yang perlu digulung sendiri oleh penghisapnya. Segala ramuan yang diperlukan untuk menggulung sebatang rokok juga perlu dibeli secara asing-asing.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Berikut adalah bahan-bahan utama yang diperlukan:

  • Tembakau
  • Kertas rokok
  • Penapis (opsyenel)
  • Penggulung (opsyenel)

Apa kandungan rokok gulung?
Ramai yang berpendapat bahawa bahaya rokok gulung adalah sedikit berbanding rokok biasa kerana tembakau yang digunakan adalah kurang kandungan bahan kimia. Benarkah perkara ini?

Ini adalah apa yang terkandung dalam tembakau rokok gulung:

  • Tar
  • Nikotin
  • Karbon monoksida
  • Nitrosamines

Jika diperhatikan, mungkin benar rokok gulung mempunyai kurang kandungan bahan kimia berbanding rokok biasa. Pun begitu, tidak bermakna ia selamat untuk dihisap.

Selagi ia bergelar rokok, ia masih akan mengakibatkan pelbagai risiko terhadap kesihatan seperti kanser, strok, penyakit jantung, radang paru-paru dan macam-macam lagi.

BACA:  Bagaimana Nak Tahu Kewujudan Saka?

Adakah anda sanggup menghadapi risiko sebegini?

“Membandingkan rokok gulung dengan rokok biasa seumpama bertengkar sama ada melompat keluar dari tingkat 20 atau tingkat 15 bangunan adalah lebih baik – kedua-duanya akan menyebabkan kalian jatuh dan mati”, jelas Deborah Arnott yang merupakan Ketua Eksekutif Action on Smoking & Health (ASH).

Kenapa ia menjadi pilihan?
Sebenarnya, terdapat beberapa sebab mengapa rokok gulung menjadi pilihan!

#1. Dipercayai kurang bahan kimia
Pertamanya, tentu sekali kerana individu terpedaya dengan kepercayaan bahawa ia mengandungi kurang bahan kimia berbanding rokok biasa.

Kepercayaan ini mungkin betul jika difikirkan secara logik akal. Pun begitu, ia masih mengandungi risiko yang tidak wajar untuk kalian ambil.

Ini samalah halnya dengan rokok elektronik seperti vape atau pod. Untuk pengetahuan anda, ia juga mempunyai kurang bahan kimia namun ia tetap berbahaya untuk kesihatan.

#2. Kos yang lebih murah

Selain itu, individu mungkin mula menghisap rokok gulung kerana ia lebih murah. Sebagai contoh, kos harga tembakau dan kertas rokok mungkin tidak sampai RM10 sahaja.

Dengan modal RM10 ini, lebih daripada 20 batang rokok gulung boleh dihasilkan. Tidak seperti rokok biasa yang bercukai, harga untuk 20 batang sahaja sudah hampir RM20.

#3. Imej yang nampak gah

BACA:  6 Dosa Yang Allah Tidak Ampunkan Sekalipun Dengan Taubat

Dalam pada itu, ada individu yang mula beralih kepada rokok gulung ekoran imej yang dibawa. Walaupun kelihatan agak mengarut, namun komuniti ini dilihat agak “cool” dalam kalangan perokok tegar.

Ini kerana setiap manusia mahu tampil berbeza daripada individu lain. Hakikatnya, mereka semua adalah sama sahaja. Rokok biasa, rokok gulung atau rokok elektronik tetap juga dipanggil rokok.

#4. Tiada tanda amaran
Akhir sekali, individu mula meninggalkan rokok biasa kepada rokok gulung kerana rokok gulung tidak mempunyai tanda amaran seperti rokok biasa.

Inilah juga sebab mengapa golongan perokok beralih kepada rokok elektronik. Gambar yang terdapat pada kotak rokok itu sebenarnya mempunyai magisnya yang tersendiri.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Penn Tobacco Center of Regulatory Science (TCORS), didapati bahawa punca utama perokok tegar berhenti merokok adalah gambar pelbagai penyakit yang boleh terjadi akibat ketagihan rokok.

Mereka juga mengatakan bahawa amaran bergambar jauh lebih berkesan berbanding amaran bertulis.

Jadi, ini adalah sesuatu yang mungkin pihak kerajaan boleh lakukan- wajibkan setiap produk yang digunakan untuk merokok sama ada secara menggulung sendiri atau elektronik dengan menampal amaran bergambar.

Dengan ini, kesedaran tentang bahaya rokok terhadap kesihatan mungkin boleh ditingkatkan.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.

x