
Pernah tak anda berdiet dengan hanya makan roti tetapi berat badan tetap sama dan tak berkurang langsung? Mesti anda pelik dan tertanya-tanya kenapa jadi macam itu.
Jawapannya mesti anda mengamalkan roti putih. Hari ini Wanista nak berkongsi sedikit fakta mengenai roti putih yang menjadi pilihan mereka yang mahu berdiet.
Roti putih mengandungi karbohidrat, protein, vitamin dan juga mineral. Teksturnya yang lembut, gebu dengan harganya yang berpatutan menjadi faktor ianya menjadi kegemaran orang ramai.
Namun, roti putih dikatakan kurang elok untuk kesihatan. Ini kerana:
Terdapat proses penyulingan
Roti putih diperbuat daripada tepung putih halus daripada butiran gandum. Ia melalui proses penyulingan sebelum diputihkan dengan agen peluntur kimia yang mengandungi klorin. Impak daripada hasil campuran bahan kimia ini sebenarnya akan memudaratkan tubuh.
Metabolisme badan terganggu kerana ketiadaan serat dalam roti yang hilang ketika proses penyulingan. Serat sangat diperlukan tubuh badan untuk melancarkan proses pencernaan, mengawal berat badan, mencegah risiko sakit jantung, kanser dan diabetis.
Karbohidrat tinggi
Kandungan karbohidrat yang tinggi sangat mustahil dapat bantu kita mencapai berat badan yang diimpikan. Dua keping roti putih ini sebenarnya bersamaan dengan sepinggan nasi!

Kurang khasiat
Roti putih mempunyai khasiat yang sangat minima dan boleh menyebabkan tulang rapuh kerana kekurangan khasiat.
Keadaan ini selalunya berlaku pada tulang belakang (backbone) dan tulang pinggul yang berubah menjadi semakin nipis, lemah dan mudah retak dan patah.
Roti putih sememangnya sedap dimakan, tetapi ia juga dalam diam akan memudaratkan kesihatan kita sendiri.
Terdapat pelbagai jenis roti berkhasiat yang boleh didapati untuk menggantikan roti putih. Jadi, anda buatlah pilihan terbaik untuk diri anda dan keluarga.
