≡ Menu

Rugi Jika Tidak Amalkan, Ini 7 Fadhilat Mengamalkan Surah Al-Mulk Sebelum Tidur

Surah al-Mulk banyak fadhilat dan manfaat kepada si pembacanya, apatah lagi para nabi, rasul dan ulama agama turut menggalakkan amalan membawa surah al-Mulk ini setiap hari.

Rugi bagi muslimin dan musliman tidak rebut peluang dengan mengamalkan bacaan surah al-Mulk ini, bagi yang ingin mengetahui apakah ganjaran dan manfaat jika mengamalkan bacaan surah al-Mulk setiap hari jom lihat di bawah.

Penyelamat Dan Pendinding Dari Seksa Azab Kubur

Surah al-Mulk ini bagus amal baca setiap hari dan setiap malam kerana ia mempunyai kelebihan menyelamatkan individu yang membaca surah ini dari azab seksaan kubur.

Diberi Pengampunan

Daripada Abu Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya di dalam al-Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada pembacanya sehingga diberi keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk.”

Dikeluarkan Dari Neraka Dan Dimasukkan Ke Dalam Syurga

Rasulullah SAW bersabda: “Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat surah itu surah al-Mulk.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari api neraka dan memasukkannya ke dalam syurga.”

Pengganti Bersoal Jawab Dengan Munkar Nakir

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya di dalam al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat, surah itu ialah surah al-Mulk.

Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam syurga.”

Mendapat Bantuan Dan Pertolongan Allah S.W.T

Saidina Abdullah bin Abbas berkata: “Sesiapa membaca surah al-Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah S.W.T di dalam kuburnya.

Bila azab hendak datang ke kepala, terdengar satu seruan: “Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah al-mulk.”

Hati Beriman

Rasulullah SAW bersabda: “Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah al-Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.”

Wajah Cantik

Saiyidina Ali berkata: “Sesiapa mengamalkan surah al-Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf.”

Jangan lepaskan peluang untuk rebut peluang dan ganjaran pahala dan manisnya manfaat disebalik amalan membaca surah al-Mulk ini setiap hari.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.