≡ Menu

Ruginya Alahai Tak Tahu Khasiat Hempedu Bumi. Banyak Betul Khasiatnya!

Apakah khasiat hempedu bumi? Artikel ini akan membincangkan beberapa khasiat hempedu bumi, kandungan nutrisi dan kompaun di dalamnya

Pengenalan

Tahukah anda akan tumbuhan yang digelar hempedu bumi? Hempedu bumi atau nama saintifiknya Andrographis paniculata merupakan sejenis tumbuhan yang berasal dari keluarga Acanthaceae. Ianya adalah sejenis tumbuhan herba yang mempunyai jangka hayat yang hanya lebih kurang satu tahun.

Antara ciri-ciri tumbuhan ini adalah mampu untuk tumbuh sehingga 60 ke 70 cm, batangnya pula tidak seperti tumbuhan lain kerana berbentuk segi empat dan berdaun hijau yang licin. Tumbuhan ini telah digunakan sekian lamanya untuk tujuan perubatan tradisional seperti merawat kencing manis, masalah penghadaman, demam dan pelbagai lagi tujuan perubatan yang lain. Oleh itu, artikel ini akan membincangkan dengan lebih lanjut akan kebaikan hempedu bumi kepada kesihatan.

10 Khasiat Hempedu Bumi

Berikut merupakan khasiat hempedu bumi kepada kesihatan

1. Bersifat antimikrob

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Pokok hempedu bumi mempunyai sifat antimikrob iaitu mempunyai rintangan terhadap aktiviti mikrob yang dapat mengakibatkan penyakit. Ektrak pokok hempedu bumi yang ditemui mempunyai sifat ini adalah ekstrak andrographolides dan arabinogalactan di mana ekstrak ini mampu mencegah aktiviti bakteria B. subtilis dan E. coli.

2. Anti kanser

Kanser merupakan penyakit yang terjadi disebabkan oleh pembahagian sel yang tidak terkawal lalu membentuk sekumpulan sel yang tidak normal. Satu kajian telah dijalankan untuk mengkaji kesan ekstrak hempedu bumi terhadap sel imun dan sel kanser manusia (3). Kajian ini mendapati bahawa ekstrak metanolik (dichloromethane) bersifat anti kanser di mana ianya menghalang pembahagian sel kanser kolon.

3. Melindungi hati

Satu kajian terhadap haiwan telah dijalankan untuk mengkaji kesan ekstrak etanolik hempedu bumi terhadap perlindungan hati (4). Kajian ini mendapati bahawa pemberian ekstrak hempedu bumi sebanyak 500 mg/kg dapat melindungi daripada kerosakkan hati haiwan di dalam kajian ini. Ini menunjukkan tumbuhan herba ini berpotensi untuk melindungi hati daripada mekanisma hepatotoksisiti.

4. Anti keradangan

Keradangan ataupun inflamasi adalah satu proses di mana badan cuba untuk melindungi kita dari bahaya luar. Sekiranya ini terjadi dalam tempoh masa yang lama, keradangan juga dapat meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit kronik yang lain.

Kajian yang dijalankan terhadap haiwan mendapati bahawa pemberian ekstrak metanol selama 5 hari dapat mengurangkan reaksi keradangan di kalangan haiwan terbabit (5).

5. Meningkatkan fungsi sistem pertahanan badan

Sistem pertahanan badan merupakan antara sistem yang penting untuk tubuh badan manusia kerana ianya melindungi kita dari sebarang bahaya dari luar. Antara sel-sel yang terlibat di dala sistem ini aalah sel darah putih, antibodi dan lain-lain.

Kajian mendapati bahawa ekstrak hempedu bumi dapat meningkatkan pembahagian dan penghasilan sel darah putih (5) yang bertindak untuk melawan jangkitan dan serangan patogen luar.

6. Anti diabetik

Diabetes merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh paras gula yang tinggi di dalam darah melebihi paras normal. Antaranya penyebab kepada paras gula yang tinggi ini adalah kekurangan insulin dan insulin yang tidak sensitive.

Satu kajian terhadap haiwan telah dijalankan untuk mengkaji kesan pemberian ekstrak etanolik hempedu bumi terhadap haiwan yang mempunyai dan tidak mempunyai diabetes (6). Kajian mendapati bahawa hempedu bumi dapat mengurangkan paras gula di dalam darah ketika berpuasa bagi haiwan yang menghidap diabetes.

7. Bersifat antihiperlipid

Hiperlipidemia adalah keadaan di mana paras kolesterol yang tidak baik di dalam darah melebihi paras normal. Hal ini dapat mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan di mana ianya dapat meningkatkan risiko untuk mendapatkan masalah jantung. Kajian telah dijalankan untuk mengkaji kesan pemberian ekstrak hempedu terhadap haiwan (7). Kajian ini mendapati bahawa pemberian ekstrak ini dapat menurunkan paras TG dan LDL iaitu sejenis kolesterol tidak baik.

BACA:  Hati-Hatilah Dengan Jerat Percintaan SebelumPerkahwinan

8. Bersifat antimalaria

Penyakit malaria adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh gigitan nyamuk yang telah dijangkiti parasit sporozoites. Parasit ini mampu memasuki sistem darah manusia dan membiak menghasilkan lebih banyak parasit. Kajian mendapati bahawa pokok hempedu bumi mempunyai kesan antimalaria kerana kandungan dan komponen aktif yang terdapat di dalamnya (8).

9. Merawat demam

Selain daripada rawatan moden, hempedu bumi turut digunakan untuk tujuan perubatan tradisional (9). Di China, pokok hempedu bumi ini digunakan secara tradisional untuk merawat demam dan panas badan. Mereka menganggap tumbuhan ini ‘pahit dan sejuk’ dan mampu untuk mengeluarkan panas badan.

10. Merawat cirit birit

Cirit birit merupakan masalah kesihatan yang sering dialami oleh kita. Selain dari perubatan moden, terdapat pelbagai perubatan tradisional dan petua yang boleh diamalkan untuk merawat cirit-birit (9). Pokok hempedu bumi ini merupakan antara salah satu alternatif yang digunakan untuk masalah sistem penghadaman ini.

Konklusinya, terdapat pelbagai kebaikan pokok hempedu bumi kepada kesihatan badan. Namun begitu, sebelum mengambil apa-apa suplemen dan herba, anda hendaklah merujuk kepada doktor terlebih dahulu untuk memastikan anda bebas dari sebarang kontraindikasi bagi herba terbabit. Ini penting untuk mengelakkan sebarang kesan sampingan yang tidak diingini.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.